...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Friday, October 31, 2008

petua dari indon...

hari ni lintah kedah nak kongsikan petua tradisional dari indonesia. lintah kedah pun tak pasti... petua ni betul-betul mujarab ataupun tidak... lintah kedah pun tak pernah cuba lagi...

bagi nak melihat ke"original"annya petua ni... lintah kedah copy bulat-bulat apa yang petua tradisional ni petuakan guna bahasa indonesia...

"ambil 3 atau 5 ekor lintah sawah, lalu masukan jadi satu dalam botol bekas obat yang berisi segenggam kelapa parut, kemudian di jemur hingga lintah & kelapa hancur menjadi minyak.

kemudian minyak dipakai pada saat mau tidur dengan cara diurut dari pangkal penis ke atas [awas muncrat], lakukan selama min 15 menit, paling cepat 1 minggu berhasil apabila elastisitas ototnya bagus."


betul ker ni?... berani ker mencubanya?... lintah kedah hanya nak berkongsi informasi dengan anda...

nanti kalau ada sapa-sapa cuba buat petua ni... kalau menjadi... tolong habaq mai na...

.

Thursday, October 30, 2008

terlepas la pulak...

tengah lintah dok buat kerja... tetiba telefon lintah bunyi, ada orang call la tu... ooooo.... kak tie (sepupu lintah) rupanya. tak pernah-pernah kak tie telefon lintah sebelum ni....

rupa-rupanya dia nak cakap pasal lintah kedah masuk tv. laaaa.... dah masuk dalam berita pukul satu tengahari tadi....

lintah kedah sendiri pun terlepas nak tengok jugak... tak sempat la nak rakam untuk masukkan dalam blog ni... harap-harap petang ni ker...malam ni ker... ada lagi... lintah sendiri pun teruja juga nak masuk tv ni... maklumlah siapalah kami nak masuk tv sebelum-sebelum ni... hahaha...

kata kak tie lagi... petang semalam pukul 7.50 malam pun dah ada tentang lintah kedah ni dalam tv...

harap-harap ada disiarkan lagi...

.

Wednesday, October 29, 2008

kata masuk tv... tak dak pun.?!

lintah kedah memohon maaf kerana berita tentang lintah kedah tidak ke udara di rtm malam ni... pagi tadi lintah kedah dihubungi rtm. katanya rencana tu akan ditayangkan malam ni...

jadi... oleh sebab itu lintah kedah mengwar-warkan perkara ni dalam blog... minta maaf.. nanti lintah kedah call rtm tanyakan balik...

lintah: kami pun tertunggu-tunggu jugak...

.

nak habaq mai... lintah kedah masuk tv malam ni...

seperti yang lintah kedah "publish" kan artikal jumaat lepas... rtm ada mai buat liputan tentang lintah di lintah kedah. di sini lintah kedah nak habaq laa...

malam ni (rabu 29/10/2008) kita pakat-pakat la tengok berita perdana tv1 (jam 8.00 malam) slot pertanian.
insyaallah liputan yang dibuat hari tu ada dalam berita perdana malam ni...


untuk semua peminat, penternak dan pengusaha lintah bolehlah dapatkan maklumat dan gambaran sebenar tentang lintah kedah. lihat dan nilai sendiri tentang potensi penternakan lintah di malaysia.

lintah kedah berharap slot malam ni menarik dan berinformasi untuk ditonton...

lintah: jangan lupa yer... insyaallah malam ni...

.

minggu-minggu bahagia di lintah kedah...

tentunya posting kali ni agak berbeza dengan posting-posting yang lalu. saja je nak kongsi kegembiraan dengan pengunjung blog lintah kedah. bukannya apa sangat... tentang kereta "buruk" jer...

al maklumlah...
tujuh tahun lalu 'lintah' ada beli sebuah kereta baru dan hari ni kereta tu dah agak "kusam" dah... masa beli dulu... itu lah antara "kereta mampu milik" yang best ada kat malaysia ni... bila bawak jer... "ada la sikit rasa......" hahaha..

hari ni... alhamdulillah... kereta tu dah jadi hak milik kekal lintah sekeluarga. dah habis bayar rupanya... dan...yang bestnya lagi kereta kancil abah pun habis bayar jugak... dah dua kereta jadi hak milik "lintah kedah"...

bukannya lintah tak nak tukar kereta baru... masa tahun keempat dan lima dulu... ramai kawan-kawan lintah tukar kereta. masa tu banyak sangat model baru... lintah pun jadi tak tentu arah... nak tukar jugak!.. tapi alhamdulillah bila difikir.. fikir... dihitung...hitung... biarlah lintah selesaikan yang satu ni dulu... sebab lintah ada perancangan tersendiri...

bila dah habis bayar ni... boleh la nak intai-intai kereta baru pulak kot!..... boleh la pakai dua kereta. emmm...kereta ni boleh ker? teringin pulak nak pakai nissan livina... selesa sikit... atau.... mpv proton... bila? tak tahu la...

pagi ni... lintah nak ke jpj untuk nak buat pengesahan pemilikan kereta ni... dan satu lagi berita gembira... adik lintah (si tokeh lintah kedah) pun baru beli kereta pertama dia pulak minggu ni.... bertambah la lagi kereta di lintah kedah... lepas ni berebut garaj la pulak.... hahaha...


lintah: ini semua rezeki dari allah... alhamdulillah... masa kecil dulu tak merasa semua ni....

.

Tuesday, October 28, 2008

projek ternakan pacat... ?!

antara lintah dan pacat... manakah pilihan anda?. kami memilih lintah kerana ada hujahnya... lintah dan pacat adalah dari "family" yang sama (filum : annelida, kelas : hirudinea). usah ditanya apa ke bendanya filum dan kelas tu... hahaha... ini adalah "nama keluarga" yang diberikan untuk haiwan ni oleh para pengkaji flora dan fauna.

ada orang tanya... boleh ke bela pacat...? tak dak salahnya nak bela pacat. tak perlu ambil lesen
pun... tapi...

sanggup ker anda?
mencari benih di hutan-hutan
kerana belum ada lagi pembekal...

sanggup ker anda?
membina hutan tiruan
kerana habitatnya daun kayu kehijauan...

sanggup ker anda?
sediakan kambing untuk hidangan
kerana belut bukan makanannya di daratan...

sanggup ker anda?
menuai hasilnya nanti
kerana terpaksa kutip di celahan dedaun...

sanggup ker anda?
luangkan masa 24 jam
kerana pacat tak duduk diam...

dan...
sanggup ker anda?

menjaja pacat di pasar malam
kerana belum ada lagi permintaan

kalau sanggup... silakan...
pacat juga punyai hirudin yang berpotensi dan hebat...

lintah: tidak mustahil ada orang yang mengusahakan projek ternakan "pacat" kedah!.. berani ker? hahaha...

.

Monday, October 27, 2008

mpv proton... ok ker?

pagi ni lintah kedah menjelajah dalam internet... saja cari bahan dan informasi terbaru tentang ternakan lintah. tapi lain pulak yang jumpa... jumpa video mpv proton.

mengikut maklumat kat blog tu... gambar ni (video di roll kanan) diambil curi-curi dari dalam kereta. lokasinya di lebuhraya PLUS berhampiran simpang pulai.

kalau tengok mpv proton kat video tu nampak solid jer... tak dak tambah apa-apa lagi... bangga jugak la sebab malaysia dapat keluarkan mpv macam ni.

saja la lintah nak kongsi dengan pengunjung blog ni... ok jugak kalau ada sebijik mpv proton ni... boleh la lintah kedah hantar "balang lintah" cepat sikit kepada pelanggan... hahaha...

lintah : cam ner? mpv ni ok ker?...

.

Sunday, October 26, 2008

eksklusif : gambar rakaman RTM di lintah kedah...

seperti yang dijanjikan... kami menyiarkan gambar proses rakaman RTM berkaitan ternakan lintah di lintah kedah. kehadiran RTM nampaknya "menggemparkan" penduduk kampung... hahahaha....

al maklumlah... mana ada orang kenal "kampung tempoyak" sebelum ni...


dulu...
"saya fikri, dari kampung tempoyak".... hahaha... "tempoyak"!!... gelak dek orang jer...

sekarang...
... tiada lagi gelak sidir...

RTM di lintah kedah...


lintah : terima kasih atas kunjungan ini...
kepada semua...
jangan lepaskan peluang merebut pakej hebat dari lintah kedah...
hubungai en fikri (013-3507765) untuk penawaran dan perbincangan.

.

Friday, October 24, 2008

kunjungan RTM di lintah kedah...

pagi tadi lintah kedah menerima kunjungan istimewa daripada radio televisyen malaysia (RTM). kunjungan ini telah dirancang lebih awal setelah lintah kedah dihubungi sendiri oleh pihak RTM sejak seminggu lalu. lintah kedah berbesar hati menerima kunjungan ini.

sebenarnya... pihak RTM ingin melihat dan merakamkan sendiri kegigihan usahawan muda menjalankan pelbagai perusahaan dan projek ternakan. lintah kedah sememangnya diusahakan oleh anak-anak muda yang komited menjalankan perusahaan ini.

rakan kongsi lintah kedah terdiri daripada para graduan universiti dan kolej tempatan dan luar negara. kami bermula dengan modal sendiri tanpa memohon bantuan daripada mana-mana pihak. hasil perkongsian "wang" dan "usaha" bersama, maka hari ini lintah kedah terus menapak.

apa yang lebih "mengujakan"... kami menjadikan perusahaan lintah ini sebagai sumber "pendapatan sampingan" kerana kami mempunyai kerjaya masing-masing. ini menunjukkan bahawa projek ternakan lintah ini tidaklah susah sangat untuk dikendalikan...

liputan RTM hari ini lebih menumpukan kepada latar belakang en fikri (pengurus projek lintah kedah). dalam usia yang baru mencecah 24 tahun disember ini, beliau berani menghadapi pelbagai risiko "perniagaan". dalam masa yang sama... beliau turut mengusahakan perusahaan kerepek warisan bonda disamping mempunyai kerjaya tetap. dalam masa terdekat ini, beliau akan mengusahakan ternakan ikan puyu... kami sekeluarga dan rakan-rakan bangga dengan usaha beliau dan mendoakan kejayaan ini.

liputan RTM hari ini adalah untuk slot di radio kedah dan slot berita RTM 1. masa dan tarikh siaran akan dinyatakan kelak...

lintah: gambar eksklusif rakaman RTM di lintah kedah akan disiarkan nanti di blog ini. lintah kedah sedang menawarkan pakej lintah yang menarik. sila hubungi en fikri untuk tawaran pakej ini.

.

Wednesday, October 22, 2008

kualiti air : suburnya pokok...

pokok yang hidup subur dalam kolam menggambarkan kepada kita tentang kualiti airnya. kualiti air yang tidak tercemar dengan racun dan pH air yang stabil amat penting untuk ternakan lintah.

lintah tidak dapat hidup dalam air yang terlalu berasid atau terlalu beralkali. "clorin" akan mengancam hidup lintah. jadi air paip biasa perlu di "neutral"kan atau dikurangkan kepekatan asidnya (clorin) terlebih dahulu supaya lintah dapat hidup dan membiak dengan selesa.

air yang terlalu tercemar dengan pelbagai "sampah" seperti daun-daun reput dan batang-batang pisang masam yang terlalu banyak juga mengganggu habitat lintah. selain "mengganggu" habitat lintah... keadaan ini juga mengganggu "pandangan mata" dan "haruman hidung" kita..

dalam memastikan kolam yang bersih... penjagaan kebersihan kolam jangan diabaikan..

.

Sunday, October 19, 2008

pembungkusan : "balang" lintah...

"pembungkusan" lintah sebelum penghantaran kepada para pembeli adalah sangat penting. kami di lintah kedah amat menitikberatkan tentang kebersihan dan kualiti lintah.

satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah keselesaan lintah dalam "balang". lintah kedah menggunakan "balang" yang bersesuaian untuk "pembungkusan lintah". setiap balang mengandungi 200 ekor induk. ini adalah jumlah yang bersesuaian dengan isipadu "balang".

pengendalian "pembungkusan" lintah tidaklah semudah yang disangkakan. induk lintah akan dikira dengan teliti kerana kami tidak mahu para pembeli mendapat lintah yang kurang daripada yang sepatutnya. jika terdapat lebihan lintah daripada yang sepatutnya... itu adalah "bonus" untuk pembeli. kami memberi jaminan bahawa setiap "balang" lintah induk tidak akan kurang daripada yang sepatutnya.

segala pertanyaan berkaitan lintah di lintah kedah... hubungi terus en fikri di talian 0133507765. beliau sedia menjawab pertanyaan anda...

.

Saturday, October 4, 2008

teknologi yang belum pasti...

dalam kita mengejar cara pembiakan lintah yang terbaik... pelbagai teknik dan produk 'perangsang' pembiakan diwujudkan dalam pasaran. ada yang menggunakan cecair dan ada yang menggunakan baja-baja dari 'tinja' haiwan seperti cacing dan kambing.

kami di lintah kedah ingin menegaskan bahawa hampir semua produk berkaitan penternakan di pasaran tidak dilakukan kajian secara saintifik. produk-produk ini dihasilkan hanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka sebagai penternak lintah. walau bagaimanapun, kami tidak menafikan sepenuhnya kebaikan produk-produk yang dihasilkan. maksud kami, produk yang dihasilkan bukan untuk lintah tetapi hanya untuk persekitaran hidup lintah.

sehingga kini, di malaysia... tiada kajian saintifik berhubung cara terbaik menternak lintah. jika seseorang menghadiri 5 kursus penternakan lintah... kami percaya... kelima-lima tempat kursus akan menerangkan kaedah yang berlainan. ini adalah kerana penerangan yang disampaikan berdasarkan pengalaman masing-masing.

kami di lintah kedah masih berpandangan "ortodoks" dan masih mengamalkan cara "kembali ke alam asal" lintah. dengan itu, kami berusaha mengembalikan suasana habitat asal lintah di dalam kolam kanvas. cara ini telah membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.
alhamdulillah...

.

galeri kami... untuk anda...