...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Saturday, March 28, 2009

lintah kering...

sekali lagi lintah merayap dalam internet untuk mencari informasi mengenai penternakan lintah. kali ni ada pengunjung blog lintah kedah yang bertanyakan tentang lintah kering.

lintah biasanya dijual hidup-hidup untuk perubatan seperti bekam dan pembuatan minyak. walau bagaimanapun, bagi tujuan perubatan... ada juga yang dijual secara kering.
lintah dikumpulkan dan dikeringkan di bawah cahaya matahari yang terik. proses ini mengambil masa dua minggu atau lebih bergantung kepada haba dari cahaya matahari. lintah dijemur sehingga betul-betul kering tanpa dicampur bahan lain.

setelah itu, lintah kering akan dijual kepada pengusaha minyak atau dieksport ke luar negara. apa yang mengujakan... harga di pasaran malaysia bagi lintah kering adalah sekitar RM480 hingga RM500 bagi sekilogram. dan... di luar negara boleh mencecah ribuan dolar. sekilagram lintah kering adalah dianggarkan sekitar 1500 ekor lintah.

fuuuuhhh.... boleh tahan jugak harga lintah kering. buat masa ini, lintah kedah belum menjual lintah kering...
.

Thursday, March 19, 2009

ikan kemeras !!!... apa hal ???...

ada orang tanya lintah tentang masalah anak ikan yang ada dalam kolam lintah. kolam lintah kedah pun tak terkecuali jugak...

dalam kolam lintah kedah ada banyak jugak ikan "kemeras". ikan kecik yang ada titik putih di kepala. telur dan anak kemeras yang terlekat di akar "pokok air" akan masuk ke kolam semasa kita memindahkan pokok tadi ke dalam kolam lintah. ikan ini akan mundar-mandir dalam kolam... berenang dengan senang hati...

sebenarnya... tak payahlah susah hati sangat. ikan tu ok jer... tak beri apa-apa ancaman pun... lintah kedah dah buat pemerhatian sejak mula-mula menternak lintah dahulu... ikan kemeras tidak mengganggu telur dan anak lintah.

secara kasarnya... saiz telur lintah (cocoon) adalah sebesar biji rambutan dan kulitnya agak liat untuk dirosakkan. anak lintah akan membesar hingga kehitaman sebelum mula keluar dari cocoon. ikan yang kecil tidak mampu mengganggu cocoon dan anak lintah. malah... setelah anak lintah keluar dari cocoon... saiz anak lintah sama panjang dengan ikan kemeras.

jadi... tak payah la bimbang dengan ikan kemeras ni... tapi kalau ikan yang lain daripada kemeras seperti seluang dan lain-lain.... awas beb!!!...

.

Saturday, March 7, 2009

lawatan sosial PKNK...

pada 1 mac 2009, lintah kedah menerima kunjungan pegawai-pegawai dari perbadanan kemajuan negeri kedah (PKNK). lintah kedah berbesar hati menerima kunjungan en azizi hj halipah dan en hanif hassan dari bahagian pembangunan usahawan serta en marizan abdullah dari bahagian pentadbiran PKNK.

kunjungan sosial ini bertujuan membincangkan hala tuju penternakan lintah dari segi kaedah penternakan, kos, pasaran dan sebagainya.

PKNK adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang ditubuhkan pada 25 ogos 1965 di bawah enakmen kerajaan negeri kedah no 5/1965 dan berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan bumiputera dengan diawasi oleh kementerian usahawan dan koperasi (MECD)

PKNK juga bertanggungjawab untuk membangun dan membantu usahawan bumiputera di negeri kedah khususnya.

insyaallah... kalau ada rezeki... lintah kedah akan berkerjasama dengan pihak PKNK bagi membantu mewujudkan lebih banyak usahawan muda yang terlibat secara langsung dalam penternakan lintah.

penternakan lintah di malaysia semakin berkembang. pihak lintah kedah sentiasa komited dengan apa yang kami lakukan untuk membantu anda menjalankan ternakan lintah. insyaallah... anda akan berpuas hati dengan penerangan dan layanan mesra kami.
lintah : maklumat lanjut... hubungi en fikri di talian 0133507765

.

Thursday, March 5, 2009

bukan lintah kedah punya...!!

lintah kedah ada menerima email yang bertanyakan tentang aktiviti mengimport lintah dari thailand.

bila dapat jer email tu... lintah kedah pun cari laman web yang dikatakan menggunakan nama lintah kedah. betullah seperti apa yang dikatakan. ada aktiviti mengimport lintah menggunakan nama lintah kedah.

di sini... kami di lintah kedah yang berdaftar dengan suruhanjaya syarikat malaysia (SSM) dan dimiliki oleh restu warisan temurun enterprise sejak 16 januari 2008 (001737266-W) menafikan terlibat dengan aktiviti mengimport lintah dari thailand bersama messer & seagent (thailand) co ltd. kami tidak bertanggungjawab dengan urusan tersebut.

lintah kedah merasakan perlu melakukan penafian tersebut kerana dikuatiri disalah anggap oleh semua pihak.

harap maklum.

.

Monday, March 2, 2009

ramuan minyak lintah...

lintah kedah selalu melayari dan melayan blog serta artikel berkaitan lintah. yang terbaru... lintah kedah ada baca artikel dalam berita harian 1 mac 2009.

dalam artikel tu... dia menceritakan tentang seorang seorang anak muda yang berjaya menternak dan mengusahakan bisnes berasaskan lintah.

lintah kedah tertarik tentang ramuan yang digunakan untuk buat minyak lintah...
"...beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga...." "...minyak lintah yang dihasilkan itu akan diproses selama 40 hari termasuk ditapa sebelum diisi ke dalam botol..."
BERITA HARIAN 1/3/09

memang ternyata... ramuan yang diadun dan direncah akan menghasilkan produk yang berkhasiat untuk kesihatan... semua ramuan tadi mempunyai khasiat yang tersendiri...

untuk pengunjung blog lintah kedah... sapa-sapa yang nak buat minyak lintah.... kenalah pi belajaq dulu nooo... jangan pulak khasiat lain yang dihajat... khasiat lain pulak yang dapat... hahaha...

.

galeri kami... untuk anda...