menurut satu laman blog minyak lintah dari indonesia, salah satu proses untuk membuat minyak lintah adalah dengan cara merendam lintah untuk mengeluarkan empat zat utama. hanya dengan cara merendam zat-zat ini akan keluar....selamat datang...
bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.
anda boleh menghubungi kami di talian 0133507765 atau email ke hisapdarah@yahoo.com untuk maklumat lanjut mengenai lintah.
lokasi kami: no.1074A, kampung tempoyak, merbok, kedah darul aman.
anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..
pakej lintah kedah !!..
kini kami di lintah kedah menawarkan kepada anda induk lintah yang berkualiti.

... 200 ekor induk lintah setiap balang.
kami menyediakan induk lintah dengan harga yang boleh dirunding bila-bila masa berserta manfaat lain yang hebat:
* khidmat nasihat
* tunjuk cara ternakan (kursus)
* seliaan tapak projek (jika perlu)
* cara pembiakan yang efisyen
* bimbingan pemasaran lintah
* mudah dihubungi
* layanan mesra (insyaallah)
semua manfaat di atas adalah percuma apabila anda membeli lintah induk dari kami... sekurang-kurangnya 1000 induk.
disamping itu.... anda bolehlah menyumbang seikhlas hati berdasarkan kepuasan hati anda apabila berkunjung ke kolam kami. 20% daripada sumbangan anda akan disalurkan ke lujnah kebajikan masjid al-irsyad kg tempoyak. semoga Allah memberkati usaha kita.
pasti anda tidak rugi mendapat khidmat dari kami...
hubungi en fikri (013-3507765) untuk pertanyaan lanjut...
...harap maklum
________________________________________________________________
Wednesday, November 4, 2009
goreng ker.. rendam?
menurut satu laman blog minyak lintah dari indonesia, salah satu proses untuk membuat minyak lintah adalah dengan cara merendam lintah untuk mengeluarkan empat zat utama. hanya dengan cara merendam zat-zat ini akan keluar.Monday, October 5, 2009
tembusi pasaran sabah & sarawak

selama ni pun lintah kedah telah berusaha untuk menembusi pasaran sabah dan sarawak. nampaknya bukan rezeki lagi. pasaran induk lintah di sana khabarnya mencecah hingga tiga ringgit seekor. lumayan tu... di semenanjung, seekor induk lintah tak sampai dua ringgit.
prosedur penghantaran lintah ke seberang laut amat melecehkan. nampaknya, jabatan kerajaan sendiri pun masih tidak dapat menentukan pihak mana yang bertanggungjawab terhadap ternakan lintah ini.
jabatan perikanan kata... ini kerja jabatan haiwan. jabatan haiwan kata.. ini kerja jabatan pertanian... fuhhhh... mana satu ni....!!prosedur kastam juga mengenakan pelbagai dokumen yang menyusahkan penghantaran. lintah perlu ditempatkan dalam bekas yang tahan hentakan dan tidak mudah pecah. lintah perlu dikuarintin apabila tiba ke destinasi.
di satu pihak lain. kami diminta melantik "seseorang" untuk menjadi agen di sabah dan sarawak bagi mengendalikan urusan penerimaan. lintah tidak boleh terus dihantar kepada pembeli.
dengan itu, pihak pengurusan lintah kedah tidak dapat meneruskan niat ini dan terpaksa ditangguhkan. di harap bakal penternak di sabah dan sarawak berusaha untuk mencari pembekal di sana. insyaallah ada...
.
Friday, September 11, 2009
hit ke 20,000 lintah kedah

sebelum ini, blog lintah kedah mencapai 10,000 hit pengunjung pada 22 disember 2008 jam 7.50 malam.
biasanya blog-blog ternakan seperi ini bukanlah menjadi pilihan para pelayar internet. untuk mencapai 20,000 hit pengunjung bukanlah satu perkara yang mudah. setakat ini blog lintah kedah telah memaparkan ??? posting berkaitan kehidupan lintah di lintah kedah.
pengunjung blog lintah kedah datangnya dari seluruh malaysia dan tidak terkecuali dilayari di luar negara. lintah kedah mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. lintah kedah berharap blog ini berguna sebagai rujukan para penternak, peminat dan pengkaji lintah.
lintah kedah tetap komited menjalankan perusahaan ini. usaha tangga kejayaan.
.
Thursday, September 10, 2009
URL baru blog lintah kedah
mulai hari ini para pengunjung blog lintah kedah boleh mengakses blog lintah kedah melalui alamat URL berikut :

http://lintah-kedah.blogspot.com/
dan
http://www.lintahkedah.ws/
selamat berpuasa daripada lintah kedah.
.
Monday, August 31, 2009
lintah @ AIMST university
pada 29.08.09 yang lalu, lintah kedah menerima kunjungan daripada pelajar dan seorang pensyarah AIMST university kedah. kami dengan lapang hati mengalu-alukan kunjungan mereka.
apabila ditanya tentang lokasi kami, mereka mengetahui tentang lintah kedah melalui blog ini. kami merasa bangga kerana ternyata penggunaan blog ini dapat menyalurkan informasi kepada semua.Friday, August 7, 2009
asal usul lintah : antara cerita rakyat dan kisah nabi
Itulah cerita tentang asal usul adanya lintah, yang merupakan penjelmaan seorang bayi setelah dicincang oleh ayahnya sendiri dan dilemparkan ke berbagai penjuru. Daging anak tersebut berubah menjadi lintah. Daging bayi yang terlempar ke air menjelma menjadi lintah dan yang terlempar ke daun-daun menjelma menjadi lintah darat."
Sumber: (klik sini untuk bacaan cerita yang lengkap)
Proyek Penerbitan dan Pencatatan Kebudayaan Daerah. 1981. Cerita Rakyat Nusa Tenggara Barat. Jakarta: Proyek Penerbitan Buku Sastra Indonesia dan Daerah, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.
inilah yang lintah kedah baru jumpa dalam internet. cerita tentang asal usul lintah dalam cerita rakyat indonesia. lintah kedah bukan saja-saja ambil cerita ni. tengoklah sendiri dari mana sumbernya. ini adalah projek penerbitan dari bahagian pendidikan dan kebudayaan di indonesia.Thursday, July 30, 2009
resepi siput gondang...
untuk siput gondang tak pernah la pulak mak joyah buat masak untuk kami semua. manalah tahu kot kot sapa nak cuba buat. tapi kalau hampa makan... jadi tak tahawan... jangan salahkan kami.
kami di lintah kedah tetap makan siput sedut. tapi... kami tak makan siput gondang.ada orang komen balas dalam tulisan lintah yang lalu. kata dia, siput gondang yang menyerang lintah kedah tu ada manfaatnya. masa kecik-kecik dulu dia buat umpan untuk memancing keli.
baguih juga cadangan dan pengalaman dia tu.. la ni macam ni lah. lintah kedah nak bagi free jer siput-siput ni kat sapa-sapa yang nak mancing keli. mai ambil sendiri kalau berkenan. sorry! siput jer free... lintah tetap kena bayaqqqq !!!
resepi siput gondang? hampa nak jugak ker? tak payah lahhhh..
.
Saturday, July 25, 2009
bahayakah siput gondang ?!!
perlu diketahui bahawa siput gondang merah adalah haiwan herbivor. haiwan herbivor bermaksud haiwan yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. haiwan ini tidak mengancam haiwan lain secara langsung.Monday, July 13, 2009
siput gondang menyerang...
sekarang ni kami sedang memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. nak digunakan racun... itu berbahaya kepada lintah. lintah akan turut mati. jadi buat masa sekarang kami cuma memungut telur-telur siput gondang.Tuesday, June 16, 2009
taklimat penternakan lintah
taklimat ini akan diadakan seperti berikut :
tarikh : 4 julai 2009 (sabtu)masa : 11.00 pagi
tempat : tapak kolam lintah kedah, kampung tempoyak merbok kedah.
keperluan : buku catatan
kos taklimat : seikhlas anda... kerana tujuan taklimat ini bukanlah untuk keuntungan kami.
sila hubungi en fikri untuk memberikan butiran peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan dan sebagainya di talian 013-3507765.
.
Monday, June 15, 2009
kenduri sebelah pengantih lelaki...
lintah kedah mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang sudi membantu menjayakan kenduri ini. inilah adat hidup sekampung.
selepas ini... lintah kedah akan beroperasi seperti biasa. jemputlah berkunjung sendiri ke lintah kedah untuk informasi yang lebih tentang penternakan lintah.
.
Saturday, June 6, 2009
kenduri belah pengantin perempuan...
keluarga lintah kedah menjemput semua vendor, pengunjung blog, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan lintah kedah ke majlis kenduri perkahwinan encik fikri di kampung bagan nira sabak bernam selangor pada hari ahad 7/6/2009.
semoga kehadiran tuan akan memeriahkan majlis kami...
.
sah!!... dah jadi laki orang...
hari bahagia dah tiba...
Friday, June 5, 2009
pak cik asam jawa...
lintah nak tunjukkan cara sebenar macam mana pak cik ni bubuh asam jawa di sekeliling kolam.
dulu lintah dah tulis, asam jawa ni untuk halang lintah daripada panjat kolam.
gambaq ni lintah ambil masa lawatan en fikri ke pendang awal tahun dulu..
lepas ni bolehlah anda praktikkan kaedah ini. kos asam jawa murah jer...
.
Sunday, May 24, 2009
inilah contoh kolam...
bukannya lintah kedah tak nak upload awal-awal gambar ni... tapi gambar ni hilang. tetiba jer hari ni terjumpa dalam folder laptop ni..
kolam ni menggunakan kanvas yang boleh memuatkan sehingga 1000 induk.
semasa kami melawat dulu... alhamdulillah, lintah kedah dapat cari cocoon lintah dalam kolam ni. masa tu vendor ni bela lintah tak sampai dua bulan lagi. dapatlah tuan kolam dan keluarganya tengok anak lintah dalam cocoon.
jadi... inilah yang kami maksudkan contoh kolam untuk menternak lintah. walau bagaimanapun, tiada masalah jika lintah diternak menggunakan kolam jenis lain. yang membezakannya hanya kos, kapasiti dan fasilitis sahaja...
.
Saturday, May 9, 2009
selamat hari ibu.... mak joyah...
.
Monday, May 4, 2009
kursus terapi bekam lintah

Thursday, April 23, 2009
pakej istimewa kolam lintah...
harga kolam RM500
(rangka dan kanvas)
kalau kanvas sahaja : RM270
sesuai untuk kawasan yang tak kena hujan
kolam berbumbung..

sesuai untuk lokasi terdedah kepada cahaya matahari yang terik
terpulang untuk menggunakan bumbung jenis net / lutsinar / alas yang nipis dan sebagainya
jenis bumbung boleh minta pandangan kami berdasarkan keadaan lokasi anda


size 4 x 8 x 2 1/2 kaki
harga RM550
kanvas sahaja RM 270
bingkai sahaja RM 300
Monday, April 20, 2009
kursus/taklimat penternakan lintah percuma !!!...

Friday, April 17, 2009
petua sekat lintah panjat kolam...
kali ni lintah nak cerita bagai mana vendor lintah kedah menggunakan kreativiti dan petua orang tua-tua untuk mengawal pergerakan lintah dalam kolam.Monday, April 13, 2009
"ayon" baru keluar hospital...
pelik juga lintah tengok penyakit ni... nampak macam penyakit kaki, tangan dan mulut...tapi bukan!. tengah malam lintah bawa anak lelaki lintah yang darjah dua tu ke bahagian kecemasan hospital bentong. alhamdulillah... nasib baik tak bahaya.. kata doktor penyakit impetigo!..
kena la tahan kat wad untuk pemulihan dan pemantauan hinggalah hari rabu lepas. lintah terpaksalah menjaga dia kat wad dengan isteri bergilir-gilir...
lintah janji dengan dia... kalau cepat sembuh... lintah bagi hadiah. hadiah yang boleh memotivasikan dia untuk melawan penyakit secara psikologi.
jadi... untuk tunai janji, kemarin lintah ber"cuti-cuti malaysia" ke cameron highlands. bawa sekeluarga... sebagai hadiah 'ayon' cepat sembuh...
lintah: terima kasih banyak-banyak kepada doktor, misi dan kakitangan wad kanak-kanak hospital bentong pahang.
.
Saturday, March 28, 2009
lintah kering...
lintah biasanya dijual hidup-hidup untuk perubatan seperti bekam dan pembuatan minyak. walau bagaimanapun, bagi tujuan perubatan... ada juga yang dijual secara kering. Thursday, March 19, 2009
ikan kemeras !!!... apa hal ???...
dalam kolam lintah kedah ada banyak jugak ikan "kemeras". ikan kecik yang ada titik putih di kepala. telur dan anak kemeras yang terlekat di akar "pokok air" akan masuk ke kolam semasa kita memindahkan pokok tadi ke dalam kolam lintah. ikan ini akan mundar-mandir dalam kolam... berenang dengan senang hati...Saturday, March 7, 2009
lawatan sosial PKNK...
kunjungan sosial ini bertujuan membincangkan hala tuju penternakan lintah dari segi kaedah penternakan, kos, pasaran dan sebagainya.
.
Thursday, March 5, 2009
bukan lintah kedah punya...!!
lintah kedah ada menerima email yang bertanyakan tentang aktiviti mengimport lintah dari thailand.Monday, March 2, 2009
ramuan minyak lintah...
dalam artikel tu... dia menceritakan tentang seorang seorang anak muda yang berjaya menternak dan mengusahakan bisnes berasaskan lintah.lintah kedah tertarik tentang ramuan yang digunakan untuk buat minyak lintah...

"...beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga...." "...minyak lintah yang dihasilkan itu akan diproses selama 40 hari termasuk ditapa sebelum diisi ke dalam botol..."
BERITA HARIAN 1/3/09
memang ternyata... ramuan yang diadun dan direncah akan menghasilkan produk yang berkhasiat untuk kesihatan... semua ramuan tadi mempunyai khasiat yang tersendiri...
untuk pengunjung blog lintah kedah... sapa-sapa yang nak buat minyak lintah.... kenalah pi belajaq dulu nooo... jangan pulak khasiat lain yang dihajat... khasiat lain pulak yang dapat... hahaha...
.
Friday, February 27, 2009
kembali beroperasi...

semua urusan berkaitan lintah kedah disambung semula... kalau nak mai tengok kolam pun dah boleh. lintah kedah bersedia menerima kunjungan anda. tapi habaq la awal-awal...
untuk urusan tempahan induk pulak... lepas tempah tu...bagi lah sikit masa kat lintah kedah untuk urusan "kutip lintah" dalam kolam... kalau nak la la tu (segera)... pening oooo...
tak pa lah... apa pun lintah kedah dah berjalan seperti biasa...
.
Monday, February 16, 2009
lintah kedah terpaksa bercuti !!...
oleh itu, lintah kedah terpaksa menutup kolam buat seketika untuk lawatan selama tempoh tersebut. lintah kedah akan beroperasi semula pada 28 februari 2009. segala urusan berkaitan ternakan lintah terpaksa ditunda ke tarikh tersebut.
pihak lintah kedah memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa bercuti seketika.
harap maklum.
.
Thursday, February 12, 2009
kursus bekam lintah...
ramai sangat peminat lintah yang bertanyakan tentang kursus bekam lintah. mai lintah kedah nak habaq...
satu kursus tentang bekam lintah akan dianjurkan oleh cik nadirah iaitu salah seorang rakan kongsi lintah kedah.
cik nadirah adalah berkelulusan bac perniagaan (univty of ballarat australia) dan diploma pengurusan perniagaan (kuis, bangi).
keterangan tentang kursus adalah seperti berikut :
KURSUS TERAPI BEKAM LINTAH & TERNAKAN LINTAH PERUBATAN (2 IN 1)
modal mula perniagaan serendah rm 100.00 ++
tarikh : 28 februari 2009
masa : 8 pagi – 5:30 petang
bayaran : RM 350
tempat : plaza hotel, jalan raja laut, kuala lumpur
- sijil, nota, 2 modul, makan minum, teori & praktikal
- input kursus:
*pengenalan lintah perubatan (kelebihan, pemakanan & cara ternak) - *pengamalan terapi bekam lintah (sains, praktikal & testimony)
*anatomi perubatan
*praktikal bekam lintah
jemputan khas doktor dalam bidang perubatan homeopathy
taklimat berkenaan pinjaman perniagaan dari institusi kerajaan (MARA)
bumiputra sahaja.
anjuran bersama
paku rawan resources (sa 0106615-m)
rexend line resources (sa 0111752-h)
hubungi
lot 01-152-6, tingkat 1, kompleks pkns, persiaran tasik , 40505
shah alam, selangor
012-3530726 – nadirah
Thursday, February 5, 2009
MRSM merbok: eksperimen lintah di makmal...
lintah kedah dengan kerjasama guru dan beberapa orang pelajar maktab rendah sains mara (MRSM) merbok menjalankan satu ujikaji kecil untuk mengetahui keberkesanan penggunaan lintah bagi merawat luka dan melancarkan peredaran darah.
lintah kedah berbangga atas daya usaha adik-adik pelajar MRSM yang berpandangan jauh ini. tak sangka pulak yer... adik-adik ini begitu tekun dan teruja untuk melakukan ujikaji ini menggunakan tikus...prosedur eksperimen...

1st. lukakan badan tikus 2cm... eeee kesiannyaaa...
2nd. kasi lendir lintah masuk pada luka tadi...
3rd. bekam sebelah luka untuk aktifkan kapilari darah...
Thursday, January 29, 2009
cocoon di lintah kedah... baguihhh punyaa..
operasi lintah kedah berjalan seperti biasa... lintah kedah mencari telur lintah kering (cocoon) dalam tanah. lintah kedah nak buktikan kepada vendor-vendor lintah kedah bahawa cara ternakan yang diamalkan oleh lintah kedah adalah betul dan mendapat hasil yang maksimum. ini berikutan kemusykilan seorang vendor tentang pembiakan lintah. oi mak oiiiiiiiiii... banyak betul telur lintah...kali ni lintah kedah nak kongsi tentang cocoon dalam tanah. kerja-kerja mencari cocoon dilakukan sendiri oleh pengurus lintah kedah (en fikri) dengan berhati-hari. takut juga terganggu habitat lintah...
hasil daripada pemerhatian, didapati cocoon dijaga dan dilindungi oleh
lintah yang bersaiz besar. lintah induk yang bersaiz sederhana lebih suka menyembunyi diri di celah akar pokok. lintah ini akan bertelur di situ.cocoon yang ditemui berbetuk seperti 'bebola span" lebih kurang sebesar biji rambutan. kulit cocoon yang keperangan akan melindungi anak-anak lintah di dalam cocoon. kelihatan anak lintah berwarna kehitaman dan seekor dua anak lintah ini cuba keluar dari cocoon. dianggarkan sebiji cocoon lintah mengandungi lebih kurang 30 ekor anak lintah.
lintah kedah sedia berkongsi cerita ini jika anda hadir ke lintah kedah. kami akan tunjukkan cocoon yang sebenar dan anda akan dapat melihat sendiri anak lintah di dalamnya...bagi vendor lintah kedah teruskan usaha kita kerana kami di lintah kedah sangat komited untuk membantu anda dengan memberi khidmat nasihat yang terbaik. kami sememangnya yakin dengan kaedah penternakan yang diamalkan oleh lintah kedah. kaedah ini jugalah yang disarankan kepada vendor lintah kedah... semoga lintah kedah, vendor-vendor lintah kedah dan penternak lintah semua beroleh kejayaan dan keberkatan dariNya... amin.
.
Saturday, January 24, 2009
modal nak ternak lintah...! berapa wehhh...?
bagi sesetengah orang yang berhajat unuk menternak lintah, modal merupakan perkara yang paling dititikberatkan. ada syarikat yang menawarkan pakej permulaan mencecah RM5000.00. mana nak cekau beb!!!... banyak sangat.
di lintah kedah, kami berusaha meminimumkan kos permulaan menternak dan kami juga berusaha memaksimumkan hasil tuaian. untuk penternakan lintah secara komersial, lintah kedah mencadangkan sekurang-kurangnya 1000 induk untuk permulaan projek . baru terasa sikit hasilnya nanti...
sebenarnya... kami mempromosikan secara pakej. dengan pakej ini kami akan tawarkan seperti yang kami janjikan di blog ini... projek lintah yang dijalankan adalah 100% hak pemilikan anda.
bagi memulakan ternakan lintah ini, modalnya tidaklah besar. kurang daripada RM2400 termasuk:
*bimbingan sebelum dan semasa menternak secara percuma
*anda boleh ternak di mana sahaja
*penyelenggaraan belut selama 6 bulan
* induk lintah permulaan 1000 ekor di lintah kedah
* kos membina/membeli kolam
walau bagaimanapun, kami sedia membantu anda untuk mencadangkan kolam yang sesuai. dengan modal sebanyak itu, anda sudah menjadi penternak lintah. hasilnya nanti... insyaallah sangat memuaskan. jika anda kreatif, mungkin anda boleh kurangkan kos ini semasa membina/membeli kolam.
sila hubungi en fikri di talian 0133507765 kerana beliau sendiri akan bincangkan kemusykilan anda dan memberi penerangan serta membimbing anda secara percuma selepas itu...
dengan itu anda tidak perlu membazir masa dan wang untuk berkursus. untuk pengetahuan anda, yuran kursus sekarang di antara RM 300 hingga RM400. jadi, dengan kami anda tak perlu bayar apa pun untuk itu. kami juga mempunyai pelan pemasaran yang afaktif... jangan bimbang...! kami akan membimbing anda. insyaallah... pulangannya pasti memuaskan.
pesanan kami... tuntutlah ilmu ini dan jangan pula dilupa ilmu akhirat. kami yakin anda sangat berpuas hati dengan tawaran hebat kami ini... kami berharap kita dapat berurusan dan berkerjasama... hubungi en fikri berkaitan masalah anda.... 0133507765. tidak mungkin lintah kedah dapat terangkan semuanya melalui laman maya ini.
jemputlah datang ke kolam kami untuk melihat sendiri aktiviti lintah kami. kami di kampung tempoyak merbok.
lintah: buat la temujanji dulu kalau nak mai...
.
Tuesday, January 20, 2009
lintah pun kena AIDS juga...!
macam mana rasanya darah pesakit AIDS ni yer?... hanya lintah yang tahu.
menurut kata pakar bekam lintah AZR Agro Centre, syahrul nizam sudin, 32,dia pernah mengalami pengalaman unik ketika membuat rawatan pesakit strok apabila lintah yang baru diletakkan mati serta-merta, begitu juga jika diletakkan di darah yang disahkan ada HIV atau AIDS.
bagi lintah kedah... ini menunjukkan virus HIV dalam darah pesakit aids memang berbahaya.
lintah kedah ingin mengajak pengunjung blog ni supaya menghindar diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendedahkan kita kepada penyakit ini.
lintah : lintah kedah memberi kredit kepada artkal ini.
.
Thursday, January 15, 2009
hati-hati dengan TANAH....
tanah boleh dijadikan aksesori dalam kolam lintah. tapi awas! tanah yang salah akan membunuh lintah. lintah kedah banyak menerima email dari penternak lintah tentang ternakan lintah mereka yang kerap mati dalam kuantiti yang banyak.Friday, January 9, 2009
balang lintah kedah...
kini lintah kedah menggunakan balang baru untuk menyeragamkan "gaya pembungkusan" dengan meletakkan pelekat lintah kedah.
kami di lintah kedah berani mengambil risiko meletakkan pelekat ini kerana kami yakin setiap ekor lintah yang terdapat dalam balang lintah kedah insyaallah berpotensi untuk membiak jika kena cara "penternakannya".Thursday, January 8, 2009
mengutip lintah... oohhh... siksanya...
dengan menggunakan kolam kanves 10x20 kaki... lintah kedah terpaksa menambah aksesori lain di dalam kolam untuk memudahkan kerja-kerja mengutip lintah. sekarang baru lintah kedah tahu... kolam kanves 10x20 kaki memang tidak sesuai digunakan. masalahnya akan timbul apabila tiba masa mengutip lintah nanti. tangan yang dijangkau tidak sampai dan jika belut terlepas dari sangkar maut... siksanya nak cari dalam kolam ni... 
sebagai pengajaran, kini lintah kedah mengesorkan supaya penternak baru khususnya vendor lintah kedah menggunakan kolam yang lebih kecil ukurannya. ini bagi memudahkan pemantauan dan penuaian hasil nanti.
untuk ukurannya... jemputlah datang sendiri ke lintah kedah. kami ada jawapannya. kami tidak menjual kolam tetapi kami boleh tolong carikan dan mudahkan anda. sila hubungi en fikri untuk temujanji.
.
Saturday, January 3, 2009
lintah kedah dipecah masuk...
walau bagaimanapun, depa tak sempat menggeledah seluruh rumah
hoi kawaq...jika hampa baca blog ni...
lintah kedah berasa sesal kerana umat melayu islam macam hampa sanggup buat macam ni. lintah kedah berdoa ke hadrat allah yang maha kuasa supaya tunjukkan balasan yang setimpal. lintah kedah akan berkerjasama dengan polis.
tempoyak tidak lagi aman... keamanan diragut oleh manusia durjana ini. tempoyak akan bersihkan si durjana ini....
.
Wednesday, December 31, 2008
oooiittt... pasai apa lintah lari keluaq ni?!...
setiap penternak lintah tentu menghadapi masalah lintah lari keluar dari kolam selepas dilepaskan. alaaa... biasa la... kalau sekoq atau dua tiga ekoq lintah yang "nakal" lari keluaq...selepas lintah dilepaskan... lintah perlu menyuaikan diri dengan persekitaran baru. cuba kita bayangkan... lintah dah bersesak-sesak dalam balang induk pun dah lebih satu hari. itu diibarat "penjara" untuk lintah. lintah terpaksa berasak-asak untuk kemandiriannya semasa proses kita memindahkan induk. jadi, bila lepas jer... tentulah dia "happy"... lompat sana... lompat sini... panjat sana... panjat sini. tapi... ada hadnya!...
kalau dia panjat dalam jam-jam pertama selepas dilepaskan, itu adalah normal tapi jika berlarutan sehingga empat lima jam... tentu ada yang tak kena!.
lintah kedah bagi sedikit tips aaaa...
pastikan air yang disediakan dalam kolam mempunyai nilai pH air yang betul dan tidak berklorin. masukkan anti-klorin dan gunalah "tester clorin" untuk tahu tahap "keklorinannya". sakit lintah bebbbb... itu pasal dia panjat. masukkanlah lintah dua tiga ekor dulu untuk test...
pastikan juga fasalitis kolam adalah sempurna.... ada pokok tempat berlindung yang mencukupi dan lain-lainlah... haa... ini kena menuntut nie...
satu yang penting. ikhlas lintah kedah sarankan... jangan paksa dan tarik lintah dalam balang induk semasa pelepasan induk.
...hanya buka penutup balang dan rendamkan balang dalam kolam hingga semua lintah keluar.
ok... harap selesai masalah lintah panjat kolam.
.
Tuesday, December 30, 2008
mak joyah masuk wad...
dah seminggu lebih mak joyah tinggal di wad. kakinya tertusuk dawai berus lantai. dalam keriangan menyambut menantu baru... mak joyah tidak sedar yang kakinya tertusuk berus dawai. sehari kemudian... kaki mak joyah mula rasa sakit. mak joyah terus dihantar ke hospital sultan abdul halim sungai petani untuk berjumpa doktor pakar. kebetulan mak joyah ada temujanji "penyakit diabetis"nya dengan doktor tersebut pada hari tu.
apa yang mendukacitakan kami... doktor tersebut mengesahkan kaki mak joyah memang tertusuk benda tajam tetapi tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh doktor tersebut. cehh... prihatin ke macam tu?... balik daripada hospital... mak joyah bertambah sakit di kakinya...anak dan menantu baru mak joyah terus bawa ke klinik swasta di pekan merbok. benda tajam dikeluarkan. sahh!!!... memang dawai berus lantai. doktor kata dia tak boleh "cucuk" ubat sebab ada diabetis!!... issshhh... musykil... musykil. hanya diberi ubat tahan sakit..
esoknya... kaki dah mula bernanah. mak joyah dah mula kena papah. kami terus bawa ke klinik swasta di taman ria sungai petani. kena cuci dan cucuk satu jarum... legaaaa....
balik ke rumah... kaki mak joyah semakin diisi nanah... mak joyah dah tak boleh jalan... anak mak joyah yang bongsu (fikri) dapat tahu ada satu klinik diabetis di seberang prai menyediakan khidmat khusus untuk penyakit diabetis. ada disediakan wad... sehari RM 180.00... tak kisah lah perabih duit sikit... asalkan kaki mak joyah boleh sembuh. duit boleh dicari... boleh kongsi adik beradik sorang sikit... bukan boleh ditukar ganti dengan kasih sayang mak joyah kepada kami semua.setakat hari ni dah 10 hari mak joyah dirawat. nampaknya semakin sembuh. layanan dan penjagaan pun ok kat situ... kami di lintah kedah kesuntukan masa la sikit kerana terpaksa berkejar ke wad setiap hari.
jadi... sesiapa yang nak datang ke lintah kedah... eloklah buat dulu temujanji dengan en fikri... mana la tahu... tiada siapa pula yang boleh menyambut kehadiran anda di lintah kedah.
doakanlah semoga mak joyah cepat sembuh...
.
Monday, December 29, 2008
salam ma'al hijrah 1430H
salam ma'al hijrah.lintah kedah menadah tangan dan berdoa agar kita dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan diredhai olehNya.
dalam kesempatan ini, lintah kedah mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1430H. semoga kedatangan tahun baru islam ini dapat memberi seribu satu makna dalam kehidupan kita.
salam ma'al hijrah...
.
Friday, December 26, 2008
kitaran hidup lintah...
kitaran hidup lintah adalah ringkas sahaja iaitu telur, anak dan dewasa. tak macam manusia... yang dikelaskan mengikut peringkat umur yang lebih khusus.
biasanya, seminggu selepas mengawan lintah akan bertelur (disimpan di dalam cocoon). selepas 3 hingga 4 minggu, telur akan menetas di mana anak-anak lintah (juvenil) yang berwarna kemerahan akan keluar. juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah dewasa, bezanya ia bersaiz sangat kecil.
purata tempoh mula matang lintah adalah sekitar 4 hingga 6 bulan selepas keluar dari cocoon di mana pada peringkat ini ia sudah sedia untuk mengawan. lintah tempatan, hirudinaria manillensis dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mempunyai tahap pembiakan tinggi pada umur sekitar 2-3 tahun.
jadi janganlah bimbang... lintah boleh membiak banyak kali hinggalah dikatakan monopaus iaitu selepas berumur 4 tahun.
.
Tuesday, December 23, 2008
10 ribu hits di blog lintah kedah...
alhamdulillah...blog lintah kedah semakin mendapat sambutan di kalangan peminat dan penternak lintah. pukul 7.50 malam tadi... blog lintah kedah menerima pengunjung ke 10 ribu. kami di lintah kedah sangat berbangga dengan perkembangan ini. 10 ribu hits adalah jumlah yang tinggi untuk dicapai oleh blog yang berasaskan pertanian dan ternakan...
dari itu... lintah kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang sentiasa memberi sokongan dan cadangan untuk lintah kedah khususnya dan industri ternakan lintah di malaysia amnya.
blog ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat dan menyediakan medium untuk menyampaikan maklumat terbaru di lintah kedah. kami sentiasa komited dengan hasil kerja kami.
selain itu... kami di lintah kedah "tidak menang tangan" menerima kunjungan daripada pelbagai pihak. kami akan menerangkan kepada anda hala tuju dan bimbingan untuk bakal penternak. anda di jemput mengunjungi lintah kedah... insyaallah pasti anda akan mendapat satu kelainan dan berpuas hati dengan penerangan dan layanan kami...
hubungi en fikri di talian 013-3507765 untuk mendapatkan khidmat kami.
wassalam...
.
Monday, December 22, 2008
penemuan dan mesej penting untuk penternak lintah...
1. fokus kita menternak lintah buat masa ini lebih terarah kepada memperbanyakkan vendor agar dapat mengeksport lintah ke pasaran antarabangsa. tidak dinafikan, sudah ada yang berani mengeksport lintah walaupun tahu risikonya jika tidak dapat memenuhi perjanjian yang termetrai.
2. jadi...
faktanya... hampir 80% hasil ternakan lintah di malaysia sekarang tertumpu kepada menghasilkan penternak dan vendor baru... cuma dianggarkan 20% sahaja lintah yang diternak untuk pasaran produk domestik.
3. macam mana nak buat?...
perbanyakkan vendor agar kita dapat 'supply' kepada lebih ramai peraih antarabangsa...
4. apa jadi jika tak dapat perbanyakkan vendor dan penternak baru?...
alamatnya... orang yang 'last' sekali menternak lintah akan mengalami kerugian...
5. boleh capai sasaran ke?...
jawapannya BOLEH!... tapi.... ternaklah dengan ilmu dan kajian... bukannya hanya ikut orang cakap tanpa fakta... pas tu percaya bulat-bulat... kalau macam ni la kita menternak... alamatnya... tak ke mana la kita lepas ni...
6. habis!!!... penternakan sekarang ok ke tak ni???...
okkk.... cuma kekadang penternak baru menternak dengan cara yang diwarisi daripada kaedah lama yang tidak sesuai. jangan berfikiran ortodoks dengan menggunakan sebijik macam sawah padi tanpa mengambil kita pH air, tanpa tahu betapa pentingnya omega 3 dalam belut untuk penternakan lintah...
7. lagi... lagi...
penternak baru ni pulak... ada yang pantang jumpa produk untuk lintah... asalkan nama "baik untuk lintah" jer... terus beli atau jadi agen tanpa research dulu. mungkin sekarang mereka beranggapan lintah yang hidup dalam air juga sama dengan haiwan air yang lain. jika kita samakan lintah dengan haiwan air lain... kita silap...
8. di lintah kedah, dengan rendah diri kami ingin berkongsi sedikit ilmu penternakan lintah ini. matlamat kami jelas... kami nak perbanyakkan vendor khususnya daripada kalangan bumiputera supaya kita dapat kumpul lintah sama-sama dan eksprot ke pasaran luar...
9. hati-hati...
lintah tidak seperti hidupan air yang lain. lintah mempunyai "bakteria earomonas" untuk daya ketahanan (antibodi) bagi dirinya. sesetengah produk rawatan air untuk keli, udang dan sebagainya mengandungi asid laktik bakteria(LAB) dan campuran bahan lain. produk rawatan air memang diakui baik dan berkesan tapi... bukan untuk ternakan lintah!!!...
10. kenapa....?
LAB dikuatiri membunuh "bakteria earomonas" sekaligus melemahkan daya tahan sedia ada pada lintah.
11. jangan salah anggap yer....
lintah kedah sekali lagi mengakui produk LAB sangat baik untuk rawatan air bagi penternakan hidupan air yang lain... tapi kalau untuk lintah.... jangan bebbb...
12. peringatan..
ini adalah kenyataan hasil daripada perbincangan pihak lintah kedah dengan salah seorang pegawai daripada jabatan perikanan malaysia. lintah kedah sentiasa mencari kaedah terbaik untuk disampaikan kepada vendor lintah kedah secara khusus dan semua penternak lintah secara amnya... semoga diberkati olehNya.
p/s: sms daripada lintah kedah kepada vendor akan menyusul selanjutnya...
.
Thursday, December 18, 2008
ada pengumuman ni... tungguuuu....
nantikan penemuan dan pengumuman ini pada hari isnin (22 disember 2008) nanti di blog ini.
insyaallah... jumpa nanti yer...
.
Tuesday, December 16, 2008
"proses pengikatan nitrogen" dan selanjutnya...
Friday, December 12, 2008
jemputan ke majlis perkahwinan di lintah kedah...
keluarga lintah kedah berbesar hati menjemput semua pelanggan, sanak saudara dan rakan-rakan lintah kedah ke majlis perkahwinan anak perempuan mak joyah.tarikh : 13 disember 2008 (sabtu)
masa : 12 tengahari hingga 4.00 petang
tempat : 1074A kampung tempoyak merbok
(klik lokasi lintah kedah)
semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini. amin
lintah kedah tidak beroperasi pada 11-14 disember 2008 untuk persiapan majlis perkahwinan ini.
.
Friday, December 5, 2008
salam aidil adha...
salam lebaranlintah kedah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam aidil adha buat semua pengunjung blog lintah kedah khususnya pelanggan-pelanggan lintah kedah yang beragama islam.
semoga lebaran ini membawa seribu makna dalam kehidupan kita. marilah kita sama-sama menyambut kedatangannya dengan penuh kesyukuran.
ikhlas daripada pengurusan lintah kedah.
.
Sunday, November 30, 2008
cerita bekam penyakit berangkai...
jalan punya jalan... jumpa expo jualan sempena aidiladha. kat situ ada satu gerai urut kaki dan bekam. aku ambil kesempatan untuk test urutan refleksiologi... macam best jer...uuuhhh.... bila jer urut... macam-macam penyakit la yang dikenal pasti oleh "tukang urut" tu... dia kata aku ada potensi kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, gaout, kolestrol tinggi, darah kotor, angin satu badan, magrin bla bla bla bla... dan bla bla bla lagi...
huhh... banyak betul. biar betul mamat ni... aku dengar dan layan jer la... harap-harap tak betullah apa yang mamat ni cakap. aku rasa sihat wal afiat jer... melampau betul... banyak betul penyakit yang dikenal pasti... boleh mati cepat aku kali ni... hahaha...
"bang... boleh ubat ker penyakit-penyakit tu?" aku tanya la tukang urut tu...
"ooo... bolehhhh..." kata mamat tukang urut tu.
"kita ada jual ubat... bla bla bla bla..." dia terangkan kat aku... aku layan lagi.
"bekam pun okey bang... ini sunnah rasullullah...". aku mula tertarik bila cerita bab bab bekam ni...

"berapa?.. berapa puluh?..."
"satu pam sepuluh get jer bang...". aku mula congak satu pam sepuluh get... kalau sepuluh... dah seratus get... kang kalau dia bubuh dua puluh pam... mampus aku nak bayaq... bawa lapan puluh get jer...
aku layan lagi...
"nak tanya sikit ni bang... eee... bekam lintah dangan bekam yang abang buat ni sama ker manfaatnya?" aku cuba 'pancing' ilmu dia.
"ooo... sama jaa... tapi... bekam lintah ni leceh sikit".
"ngapenye" ceh... terkeluaq pulak loghat temerloh dari mulut aku.
"bekam lintah ni makan masa lama.. darah pulak keluar sikit jer... lintah susah pulak nak cari... bla bla bla bla... asasnya sama la... nak keluarkan darah kotor..." kata mamat tu.
"kalau bekam pam tu... kita boleh sedut banyak darah... sekejap jer..."
"eeemm... abang tahu ker kat mana boleh dapat lintah kalau nak bekam lintah?!... susah oooo nak cari..." dia pulak yang tanya aku..
malas aku nak cakap. aku geleng jer... malas aku nak layan dia lagi. banyak sangat penyakit aku... hilang mood aku!.
aku tak jadi nak bekam kali ni... mak mertua aku beli ubat tu sebab dia yakin sangat kawan mamat tu terangkan kat dia...
bini aku?... dia pun nak beli jugak... aku suruh dia balik fikir dulu... huhuhu... muncung jer dia balik ngan aku sebab aku tak bagi beli... dekat 200 hingget beb... pikir dulu...
balik rumah aku tanya la pompuan aku... dia pulak sakit apa?... ceh... sakit yang sama jugak... bla bla bla bla bla... penyakit yang panjang lebar tu jugak...
harap-harap tak betul lah penyakit berangkai tu....
hahahaha... macam filem p.ramlee la pulak...hai obat... hai obat... mari beli obat...
.
Friday, November 28, 2008
cerita panas !... lintah membiak dalam perut !!?...
lintah kedah dapat dari satu laman blog milik pujiono, seorang pekerja media yang tinggal di tangerang...
ceritanya...
dia mendapat email yang menceritakan tentang lintah membiak dalam petut manusia. lintah kedah copy bulat-bulat apa yang dia tulis dan memberi kredit kepadanya melalui link ke blog jalansutera.com untuk anda baca email asal yang dihantar kepadanya.
hi hah yang dia tulis...
Hoax Kangkung itu
Posted by JalanSutera.com™ in Blog.trackback

Hari ini paling tidak saya menerima dua email yang berisi cerita tentang seorang anak di Singapura atau Malaysia yang meninggal gara-gara di dalam perutnya hidup lintah yang berasal dari kangkung yang dimakannya.
Terus terang saya senyam-senyum saja membaca email ini. Ini pasti hoax, email boongan itu. Mengapa saya mengatakan ini kabar bohong?
- Sejak berabad-abad lalu kangkung sudah dimasak seperti sekarang. Belum ada satu kasus pun yang mengatakan bahwa lintah masih tetap hidup di dalam perut terbawa kangkung yang kita makan.
- Jika memang ini berita benar, mengapa tidak ada liputannya di media koran, majalah, televisi atau juga web.
- Cerita dalam email ini tidak secara spesifik menunjukkan waktu dan tempat perisitiwa ini terjadi. Sang penulis hanya mengatakan bahwa tempatnya di Malaysia atau di Singapura. Wah…
- Cerita dalam email ini juga tidak secara spesifik menunjuk nama orang, nama dokter, nama rumah sakit yang bisa dijadikan rujukan. Hanya disebutkan anak yang keren, dokter yang kebingungan, dan seterusnya.
Kesimpulannya:
- Cerita di bawah ini hanya omong kosong saja
- Tidak perlu memforwad email ini ke orang lain lagi. Stop sampai di sini saja.
- Lain kali, kalau forward email, dibaca-baca dulu dong.. Jangan main “tendang”.
- Hihihihi… ayo makan kangkung lagi saja…
.
Tuesday, November 25, 2008
kelebihan terapi lintah...
dalam posting minggu lepas... lintah kedah ada ceritakan tentang bagaimana lintah "berkerja" bertungkus lumus untuk menyambungkan kapilari seorang pesakit yang putus telinga. kali ni lintah kedah nak senaraikan kelebihan terapi menggunakan lintah pula...
secara umumnya, kesan daripada bahan aktif biologi lintah ke atas organisma hidup:
1. menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
2. kesan anti-inflamasi yang amat cepat
3. kesan anti stress dan adaptonege
4. kesan immunostimulating dan immunomodulating
5. anesthesia
6. anti pembekuan
7. kesan anti bacteria
8. membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh
Monday, November 24, 2008
masej daripada pengurus lintah kedah...
ada beza ke lintah yang diternak dan lintah sawah ?!!...

jika lintah sawah dan lintah yang diternak dari kecil diletakkan di badan untuk berbekam, KUALITInya adalah sama.
TAPI !!...
KUALITI untuk penternakan (pembiakan) punyai perbezaan yang nyata. jadi... jangan menuding jari terus kalau kita menternak dan kita gagal dalam projek ini.
paling penting...
1. kualiti lintah induk dan penyediaan kolam
2. nisbah kuantiti lintah induk dengan keluasan kolam
3. nisbah tanah tanah dalam kolam dengan kuantiti air
4. nisbah kedalaman air dengan kuantiti lintah induk
di lintah kedah...
kami menyediakan induk yang berkualiti untuk penternakan dan pembiakan yang afektif.
insyaallah... saya (en fikri) akan berkongsi dan membimbing mereka yang inginkan ilmu penternakan ini dengan percuma berdasarkan syarat pakej yang ditawarkan.
apa pun hubungi en fikri (013-3507765) untuk penerangan lanjut.
.
Saturday, November 22, 2008
khidmat komuniti : hati-hati dengan keylogger...
awat pulak ?... benda apa ni?...
mudah saja nak akses kembali apa yang telah diakses oleh orang lain. kalau dia dapat maybank2u.. abis lah... yang jahat senang dibuat..yang elok juga senang dibuat tapi susah nak dilaksanakan. betul tak?!
for your information... be careful...
hati-hati kalau guna PC di tempat umum atau cyber cafe... tengok belakang PC... kalau ada benda ni di belakang PC... jangan pakai PC tuu...
alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yang berhubung ke PC. keylogger digunakan untuk menyimpan semua data yang telah diketuk oleh keyboard itu... alat ini biasanya digunakan di internet kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang.
maka berhati-hatilah... terutama anda yang menggunakan internet di tempat seperti itu untuk mengakses akaun bank online atau site penting yang lain. setelah anda masuk ke akaun bank dan meninggalkan PC... dengan mudahnya orang lain akan membuka akaun itu kembali kerana maklumat yang anda ketuk telah tersimpan di dalam black device.
jadi... sebaiknya anda periksa dahulu PC... manalah tahu sesuatu yang mencurigakan ada di belakang PC sebelum menggunakan internet di tempat umum untuk mengakses site penting.
semoga informasi ini berguna untuk anda semua dan boleh mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan.
lintah : informasi dari blog sahabat lintah kedah.
terima kasih amar...
.
Thursday, November 20, 2008
apa lintah boleh buat ?!!...
cuba tengok baik-baik terapi lintah di bawah ni... lintah kedah ambil artikel ni dari carian di blog sahabat lintah yang lain. lintah kedah turut ingin berkongsi maklumat bersama para pengunjung blog ini. selama ni... ramai sangat orang tanya... "buat apa bela lintah ni?"... haaaa.... ni ha jawapannya...
seorang lelaki kulit putih berumur 45 tahun mengalami putus telinga di bahagian dua per tiga telinga kanannya. telinga itu di sambung semula mengunakan microovascular anastomosis pada kapilari luaran yang kecil. tiada veins yang boleh digunakan untuk anastomosis. tidak lama selepas anastomosis, berlaku venous congestion yang jelas. lintah perubatan digunakan untuk merawat venous congestion.
![]() | 24 jam selepas pembedahan gambar menunjukkan beberapa venous congestion dalam telinga yang disambung semula diikuti avulsion lengkap. |
![]() | 48 jam selepas pembedahan tiga ekor lintah telah di gunakan setiap 8 jam. kemajuan yang jelas dapat dilihat. |
![]() | 72 jam selepas pembedahan tiga ekor lintah telah digunakan setiap 8 jam untuk jangkamasa 14 ke 30 minit. kemajuan dalam perubahan warna dan bengkak menyusut serta congestion dikesan. |
![]() | 6 hari selepas pembedahan seluruh telinga yang disambung semula dapat digunakan dan pulih dengan baik. kapilari darah dapat disambung dengan bantuan lintah. |
![]() | dua bulan selepas pembedahan pemulihan lengkap telinga yang disambung semula |
prosedur yang dimuatkan dalam kes ini telah dijalankan dengan jayanya oleh Dr. Kulwant S. Bhangoo, M.D.,F.R.C.S., FACS, FICS, Chief of Plastic Surgery at Mercy Hospital, Buffalo, New York.
di malaysia penggunaan terapi lintah buat masa ini hanya terhad kepada kes-kes yang kecil seperti magrin, senggugut, gatal-gatal dan sebagainya.
khidmat perawatan lintah di malaysia ada ditawarkan oleh beberapa spa dan pusat rawatan kecantikan di seluruh negara. walau bagaimanapun, perawatan menggunakan lintah di malaysia masih kurang.
.
Tuesday, November 18, 2008
antara beer, bawang putih dan lintah !...
pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku jika anda mencelupkan lintah dalam beer?.... tak pernah?! sebenarnya... kelakuan lintah akan berubah.lintah akan meliukkan badan bahagian hadapan, berkelakuan tidak menentu dan jatuh pengsan. mungkin bukan sesuatu yang menghairankan... tapi yang pasti bukanlah pasal lintah mabuk "terminum beer". lintah berkelakuan demikian kerana tindak balas alkohol dalam beer terhadap lintah menyebabkan metabolisma lintah terganggu.
menguji bawang putih pada lintah pula memberi kesan yang lebih jelas dan "mengharukan". dalam satu ujian kecil, sentuhan yang mempunyai bawang putih walaupun sedikit menyebabkan kematian "total" pada lintah.
KANDUNGAN KIMIA : dari umbi bawang putih per 100 gram mengandung : - protein sebanyak 4,5 gram. - lemak 0,20 gram, - hidrat arang 23, 1 0 gram, - vitamin B 1 0,22 miligram, - vitamin C 1 5 miligram, - kalori 95 kalori, - posfor 134 miligram, - kalsium 42 miligrain. - besi 1 miligram dan - air 71 gram. di samping itu dari beberapa penelitian umbi bawang putih mengandung zat aktif awcin, awn, enzim alinase, germanium, sativine, sinistrine, selenium, scordinin, nicotinic acid.

ternyata apa saja bahan yang mengandungi asid akan memberi ancaman kepada lintah. walau bagaimanapun, lintah kedah tidak pernah buat "kajian" terhadap lintah seperti yang dinyatakan di atas. info ni lintah kedah dapatkan dari sumber yang boleh dipercayai. semoga info ini berguna kepada anda.
lepas ni... kalau takut gigitan lintah dan terpaksa juga ke bendang... bolehlah buat pilihan ini... beer atau bawang putih !!!?...
.
Sunday, November 16, 2008
eksklusif : lintah lut sinar...
lintah yang masih kecil dan lut sinar biasanya akan hidup di akar-akar pokok untuk melangsungkan kemandiriannya.
musuh utama anak lintah lut sinar adalah anak-anak ikan khususnya "ikan kemeras" dan hidupan pemangsa lain.
lintah kedah seronok berkongsi informasi dengan anda semua. teruskan sokongan kepada lintah kedah.... jumpa lagi...
.
Wednesday, November 12, 2008
eksklusif : darah belut !!!...
lihat sendiri darah belut yang masih segar. darah belut memang banyak berbanding darah keli dan ikan-ikan lain. darah merah segar menggambarkan kualitinya. kita sebagai insan yang berfikir... tentu boleh membandingkan sendiri kualiti lintah yang disaji darah belut dengan lintah yang diberi makan makanan alternatif.

kami di lintah kedah tetap menggunakan belut dalam projek ternakan ini. tidak mengapa kami "korbankan" sedikit kos penternakan... asalkan kami dapat membekalkan induk lintah yang amat berkualiti kepada anda!!!...
sehubungan itu... kami menawarkan pakej lintah kedah. pasti anda tidak rugi berurusan dengan kami... insyaallah. hubungi en fikri 013-3507765 untuk penawaran induk lintah yang berkualiti...
.
Tuesday, November 11, 2008
berdoalah untuk mereka...
para pengunjung blog lintah kedah...
marilah bersama-sama kita mendoakan mereka. sesungguhnya doa orang yang ikhlas akan dimakbulkan allah. insyaallah...

kami memohon kepada mu ya allah
tenangkanlah hati anak-anak kami
terangkanlah hati adik-adik kami
untuk menghadapi peperiksaan ini
ya allah ya rahman ya rahim...
jauhilah mereka daripada rasa buntu, rasa resah dan rasa gemuruh
berikanlah kekuatan dan semangat kepada mereka
semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat
ya allah ya rahman ya rahim...
tambahkanlah ilmu mereka
tambahkanlah keimanan mereka
perbaikilah akhlak mereka
semoga mereka menjadi insan yang mulia
untuk agama bangsa dan negara
amin ya rabbal alamin...
.
Monday, November 10, 2008
belut : khasiatnya wowww !!...
selain disajikan kepada lintah. lintah kedah juga ambil kesempatan untuk memakan belut sebagai juadah ketika keluarga lintah kedah berkumpul ramai-ramai.... sedaaappp....
disenaraikan di bawah.... khasiat sang belut !!..
sebagai sumber tenaga... belut boleh dijadikan sumber tenaga dan protein. dilihat pada komposisi gizinya, belut mempunyai nilai tenaga yang cukup tinggi, iaitu 303 kkal per 100 gram dagingnya. nilai tenaga belut jauh lebih tinggi dibandingkan telur (162 kkal/ 100 g tanpa kulit) dan daging lembu (207 kkal per 100 g).
sumber protein...
protein belut pula kaya dengan asid amino yang lengkap iaitu leusin, lisin, asid aspartat, dan asid glutamat. leusin dan isoleusin merupakan asid amino esensial yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak dan menjaga keseimbangan nitrogen pada orang dewasa.
sedap...
tingginya kadar asid glutamat pada belut menjadikan belut sangat sedap dimakan. dalam proses pemasakannya tidak perlu lagi ditambah monosodium glutamat (MSG).
pencegah kanser...
kandungan arginin (asid amino nonesensial) pada belut dapat mempengaruhi produksi hormon pertumbuhan manusia yang dikenali sebagai "human growth hormone" (HGH). HGH ini akan membantu meningkatkan kesihatan otot dan mengurangkan pertambahan lemak dalam badan. hasil uji kaji makmal menunjukkan bahawa arginin berfungsi mencegah pertumbuhan sel-sel kanser payudara.
kaya mineral dan vitamin...
belut kaya dengan zat besi (20 mg/100 g), jauh lebih tinggi dibandingkan zat besi pada telur dan daging (2,8 mg/ 100g). zat besi sangat diperlukan tubuh kita untuk mencegah anemia gizi. zat besi berguna untuk membentuk hemoglobin darah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh badan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sehingga tidak mudah terserang pelbagai penyakit berjangkit. belut juga kaya akan vitamin B yang penting untuk otak berfungsi normal, membantu membentuk protein, hormon dan sel darah merah.
tetapi awassss...
lemaknya cukup tinggi ... meskipun mempunyai nilai gizi yang tinggi, kandungan lemak pada belut cukup tinggi, iaitu mencapai 27 g per 100 g. lebih tinggi dibandingkan lemak pada telur (11,5 g/100 g) dan daging lembu (14,0 g/100 g). di antara kelompok ikan, belut digolongkan sebagai ikan berkadar lemak tinggi. kandungan lemak pada belut hampir sama dengan lemak pada daging babi (28 g/100 g).
menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Singapore General Hospital, belut termasuk makanan berkolesterol tinggi dan wajib untuk diwaspadai.
memang sedap bila makan lauk belut ramai-ramai. isinya yang lembut membuatkan air liur mudah "lecur"... cubalah... takkan nak bagi lintah jer makan...
lain kali lintah kedah akan ceritakan kenapa belut menjadi pilihan kami untuk disajikan kepada lintah... satu pendedahan eksklusif akan menyusul... tunggu yerrr...
.
Sunday, November 9, 2008
operasi lintah kedah LUMPUH !!!...
operasi lintah kedah lumpuh seketika. lumpuh selama tiga hari (khamis, jumaat dan sabtu lepas). sejak lintah kedah beroperasi, inilah kali pertama kejadian ini berlaku. lintah kedah terpaksa tinggalkan semua kolam... terpaksa tutup semua lawatan tapak... terpaksa berhentikan semua "servis" dan perkhidmatan.... hanya kerana dia...
jangan panik...
sebenarnya keluarga lintah kedah tinggalkan rumah dan tapak projek untuk jalan-jalan makan angin ke pahang dan selangor. sambil-sambil lalu tu...sempat jugalah hantar bekalan lintah di simpang pulai ipoh.
di pahang, keluarga lintah kedah berkunjung ke rumah anak menantu untuk ziarah dan bermesra dengan cucu-cucu mak joyah. lintah (pengendali blog ini) menetap di pahang. teknologi canggihlah yang menghubungkan kami semua.
berbalik kepada "perempuan" itu.
"perempuan" tu sebenarnya........ "bakal menantu" mak joyah. operasi lintah kedah terpaksa di tutup kerana keluarga lintah kedah pergi merisik "azlin" untuk tokeh lintah (en fikri). mereka adalah rakan sekuliah semasa sama-sama menuntut di kolej dar-hikmah kajang tiga tahun dulu.
hahaha....
justeru itu.... kami sekeluarga di lintah kedah berbesar hati menyambut "public holiday" projek ternakan lintah kedah.
rombongan meminang akan menyusul awal tahun hadapan. semoga hajat besar ini akan tertunai... insyaallah...
.
Saturday, November 8, 2008
siapa pulak ini ?...
lain betul posting lintah kedah kali ni...pasai apa pulak pi bubuh gambaq dia ni?...
rakan kongsi baru ke?...
penternak lintah jaya wanita kedah ke?...
atau
adakah dia ni "borong" semua hasil projek lintah kedah?...
takkan lah lintah kedah saja-saja nak bubuh dalam blog ni. tentu ada cerita... nantikan cerita menarik dalam posting akan datang.
yang pasti... kerana dia ni operasi lintah kedah "lumpuh" seketika... hahaha..
tentu menarik untuk dibaca... tunggu yer... !
.
Friday, November 7, 2008
siratan makanan : lintah jadi mangsa jugak...
di dalam air....
dalam kehidupan di air, lintah akan menjadi mangsa kepada sang belut. belut akan menyerang dan memakan lintah dalam keadaan alam semula jadi. tapi dalam bidang ternakan lintah... terbalik pulak al kisahnya... lintah pula yang memakan belut.

di daratan...
musuh lintah paling utama ialah ayam. tak sangka kan?... seperti biasa ayam akan memakan apa saja yang dia rasa nak makan. betik, padi, nasi, roti, "tahi manusia"... malah tidak terkecuali juga lintah. di lintah kedah kami mengambil berat hal ini kerana kolam lintah kami terdedah kepada ayam kampung... hissshhh... ayam mak joyah la tuuu...
di awangan...

awas dengan burung-burung yang berkicauan. burung raja udang sentiasa menjadikan lintah dan cacing sebagai menu sehariannya. pantang "lepa".. kata orang kedah. kolam lintah yang tiada penutup akan terdedah kepada "bahaya" ini...
lintah kedah cuma nak berkongsi informasi dengan pengunjung blog. semoga anda mendapat pengetahuan baru... lintah kedah nak pi jalan-jalan... pi mana? tungguuuuuuuuuu...
.
Thursday, November 6, 2008
mak joyah : petua bunuh lintah !!...
secara ringkasnya... mak joyah ialah mak kami semua di lintah kedah. mak joyah membesarkan kami dalam lingkungan bendang yang meluas. jadi adalah menjadi suatu yang biasa untuk kami bermain dengan lumpur, selut, anak padi dan semestinya lintah.

mak joyah ada petua untuk kami... macam mana nak tanggalkan lintah kalau lintah naik ke betis. petua ni mak joyak bagi masa kami kecil-kecil dulu. masa tu lintah menjadi "musuh" kami. kalau terjumpa... lintah mesti mati!!!!...
kata mak joyah...
"hampa guna ja ayaq tembakau...titik kat kepala dia... sat saja dia jatuh!... boleh jugak guna garam, ayag limau..."
semua yang mak joyah cakap memang betul... cuma mak joyah tak dapat nak perincikan secara saintifik yang bahan-bahan tu sebenarnya adalah "asid".
satu lagi... lintah juga takut pada abu yang terbakar... kata mak joyah...
.
Wednesday, November 5, 2008
bekam lintah... macam ner?!...
dulu... lintah kedah ada ceritakan bagaimana kami mencuba sendiri bekam menggunakan lintah ni... alhamdulillah, ada perubahan bila berbekam. walau bagaimanapun, kami belum bersedia menawarkan perkhidmatan ini. sekadar cuba-cuba sendiri jer... kami nak tumpukan kepada projek penternakan lintah dulu...lepas jer lintah kedah posting kan cerita bekam tu... kami banyak menerima email bertanyakan tentang proses bekam. kali ni lintah kedah nak kongsi macam mana nak bekam lintah.
bagi memastikan lintah menghisap darah dengan baik dan berkesan, lintah tidak diberi makan atau "berpuasa" seminggu hingga ke sebulan.
dalam proses itu hanya lintah bersaiz kecil diambil kerana ketika proses bekam dijalankan saiz lintah akan berubah. selepas digunakan, lintah diasing dan disimpan sehingga mati bagi mengelak darah kotor dijangkiti orang lain. biasanya dalam tempoh dua atau tiga minggu lintah tadi akan mati dengan sendiri. ada juga orang yang sanggup bunuh lintah tu lepas bekam... eemmm... mana lebih elok ekkk?

lintah digunakan sekali saja untuk setiap bekam. jumlah penggunaan lintah bergantung kepada masalah yang dihadapi seseorang. paling sikit digunakan tiga ekor dan paling banyak sehingga 20 ekor untuk satu-satu masa.
jika senggugut, tiga ekor lintah cukup la untuk diletakkan di belakang bahagian pinggang tapi jika penyakit kronik seperti barah payu dara... mungkin sehingga 13 ekor lintah diletakkan di sekitar kawasan barah dan selepas menjalani enam kali rawatan, bengkak itu mengecut.
biasanya dalam tempoh dua jam lintah akan jatuh sendiri.
info ni lintah kedah selongkar dalam internet. biarlah lintah kedah kongsi dengan pengunjung blog ni... eemmm.. tak rugi kan masuk blog ni?... jumpa lagi.
.
Monday, November 3, 2008
harap tak betul laaa...
sapa pulak yang telefon ni... malasnya lintah nak jawab... tengah baring-baring ni..
"wehhh... aku dah tengok hang punya blog !" terpacul keluar dari mulut dia. macam terkejut tak percaya jer yang lintah sekarang ni dah bikin projek.
"hahaha... projek adik beradik..." lintah habaq kat dia. lintah pun cerita la serba sikit apa yang lintah buat la ni.
dalam sembang-sembang santai tu... ada satu perkara yang menarik perhatian lintah. kata muharam.... dia pernah dengar ada orang kena tipu MLM pasal lintah ni.
"cam ner?.. " lintah tanya
"iklan kursus lintah, tapi bila pergi lain pulak yang pihak penganjur terangkan. terang pasal jualan langsung (MLM). duit dah bayar... dengar jer laaa..."
lintah tak pernah dengar pun perkara macam ni terjadi sebelum ni. lintah percaya semua rakan ternak dan pengusaha ternakan lintah tak buat kerja tak senonoh macam tu.
kalau ada benda macam ni terjadi.... lintah syorkan kepada mereka yang teraniaya ni buat laporan polis. biar orang yang mengambil kesempatan diambil tindakan. jangan gunakan perusahaan ini untuk mengambil kesempatan menipu orang !!..
thanks muharam atas maklumat ini.... harap maklumat ni tak betul...
.
Sunday, November 2, 2008
kertas kerja : apa perlu ada ?!!...
ni cumalah ringkasan saja... kalau nak lebih kenalah menuntut dari mereka yang tahu secara langsung....
1. tajuk
(contoh : projek ternakan lintah kedah)
2. pengenalan ringkasan
jenis perniagaan yang diceburi
nama dan lokasi / alamat perniagaan
tarikh perniagaan dijangka beroperasi
tren dan prospek pasaran semasa
3. tujuan rancangan perniagaan / projek
rancangan projek baru
garis panduan menguruskan projek
4. latar belakang perniagaan
alamat
bentuk perniagaan
tarikh & nombor pendaftaran perniagaan
modal permulaan
maklumat bank
5. latar belakang pengusaha
rakan kongsi / pemegang saham / perusahaan sendiri
nama penuh, no. kad pengenalan, umur, jantina, alamat tetap, no. telefon, taraf perkahwinan, kelulusan akademik , kursus yang pernah dihadiri, kemahiran, pengalaman, pekerjaan sekarang, perniagaan yang pernah diceburi
6. rancangan pemasaran
barangan / perkhidmatan ditawarkan, sasaran pasaran, saiz pasaran, ramalan jualan, strategi pasaran
7. rancangan kewangan
kos perlaksanaan projek (modal) dan sumber pembiayaan
unjuran aliran fizikal ternakan
unjuran aliran tunai
8. prospek keuntungan
unjuran penyata pendapatan
analisis kewangan
9. dokumen sokongan (yang mana perlu sahaja)
surat sebut harga
salinan geran tanah
sokongan pihak tertentu
sijil pendaftaran syarikat
surat dapat tender
salinan permit lesen
surat kepujian
bukti modal sendiri
salinan cagaran
sijil kursus.
perlu diingatkan bahawa apa yang lintah kedah nyatakan di atas adalah asas sahaja supaya bakal peminjam nampak apa yang perlu ada dalam sesebuah kertas kerja.
eloknya... carilah kertas kerja mana-mana dan ikutlah format tersebut dan tukarlah apa yang patut. sorry aaaa... lintah kedah ada cari juga contoh kertas kerja kat internet.... tapi belum jumpa. kalau jumpa nanti lintah kedah masukkan dalam blog ni.
lintah kedah tak ada kertas kerja yang betul-betul sempurna sebab lintah kedah tak pernah buat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan. satu perkara yang lintah kedah nak syorkan... buatlah secara perkongsian modal dengan rakan-rakan atau ahli keluarga. itu lebih elok rasanya... jumpa lagi!
.
Saturday, November 1, 2008
mana nak cari modal ni weeehhh?...
untuk memulakan projek penternakan lintah bagi skala kecil (modal antara RM2000 hingga RM5000) anda boleh mendapatkan pinjaman peribadi di bank-bank. pinjaman peribadi tidak memerlukan kertas kerja... walau bagaimanapun, pinjaman peribadi memerlukan slip gaji atau akaun bank yang kukuh. kadang kala memerlukan penjamin atau cagaran.anda juga boleh berkongsi modal dengan keluarga dan rakan-rakan seperti yang lintah kedah lakukan. kebaikannya... untung rugi dikongsi bersama dan semua pemodal dapat memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing... kerja menjadi mudah... berat sama dipikul...ringan sama dijinjing...

dan... satu lagi... anda boleh memohon pinjaman perniagaan dari bank-bank seperti agro bank dan lain-lain. selain itu... MARA juga ada menawarkan pinjaman untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera. MARA hanya menawarkan pinjaman untuk BUKAN kakitangan kerajaan sahaja. sesiapa yang berkerja dengan kerajaan... tidak layak!.
suatu yang penting jika nak buat pinjaman perniagaan atau MARA... anda perlu sediakan kertas kerja. cam na nak buat?... nantikan posting lintah kedah seterusnya... insyaallah...
.
Friday, October 31, 2008
petua dari indon...
"ambil 3 atau 5 ekor lintah sawah, lalu masukan jadi satu dalam botol bekas obat yang berisi segenggam kelapa parut, kemudian di jemur hingga lintah & kelapa hancur menjadi minyak.
kemudian minyak dipakai pada saat mau tidur dengan cara diurut dari pangkal penis ke atas [awas muncrat], lakukan selama min 15 menit, paling cepat 1 minggu berhasil apabila elastisitas ototnya bagus."
betul ker ni?... berani ker mencubanya?... lintah kedah hanya nak berkongsi informasi dengan anda...
nanti kalau ada sapa-sapa cuba buat petua ni... kalau menjadi... tolong habaq mai na...
.
Thursday, October 30, 2008
terlepas la pulak...
rupa-rupanya dia nak cakap pasal lintah kedah masuk tv. laaaa.... dah masuk dalam berita pukul satu tengahari tadi....lintah kedah sendiri pun terlepas nak tengok jugak... tak sempat la nak rakam untuk masukkan dalam blog ni... harap-harap petang ni ker...malam ni ker... ada lagi... lintah sendiri pun teruja juga nak masuk tv ni... maklumlah siapalah kami nak masuk tv sebelum-sebelum ni... hahaha...
kata kak tie lagi... petang semalam pukul 7.50 malam pun dah ada tentang lintah kedah ni dalam tv...
harap-harap ada disiarkan lagi...
.
Wednesday, October 29, 2008
kata masuk tv... tak dak pun.?!
jadi... oleh sebab itu lintah kedah mengwar-warkan perkara ni dalam blog... minta maaf.. nanti lintah kedah call rtm tanyakan balik...
lintah: kami pun tertunggu-tunggu jugak...
.
nak habaq mai... lintah kedah masuk tv malam ni...
insyaallah liputan yang dibuat hari tu ada dalam berita perdana malam ni...
untuk semua peminat, penternak dan pengusaha lintah bolehlah dapatkan maklumat dan gambaran sebenar tentang lintah kedah. lihat dan nilai sendiri tentang potensi penternakan lintah di malaysia.
lintah kedah berharap slot malam ni menarik dan berinformasi untuk ditonton...
lintah: jangan lupa yer... insyaallah malam ni...
.
minggu-minggu bahagia di lintah kedah...
al maklumlah...
tujuh tahun lalu 'lintah' ada beli sebuah kereta baru dan hari ni kereta tu dah agak "kusam" dah... masa beli dulu... itu lah antara "kereta mampu milik" yang best ada kat malaysia ni... bila bawak jer... "ada la sikit rasa......" hahaha..
hari ni... alhamdulillah... kereta tu dah jadi hak milik kekal lintah sekeluarga. dah habis bayar rupanya... dan...yang bestnya lagi kereta kancil abah pun habis bayar jugak... dah dua kereta jadi hak milik "lintah kedah"...

bukannya lintah tak nak tukar kereta baru... masa tahun keempat dan lima dulu... ramai kawan-kawan lintah tukar kereta. masa tu banyak sangat model baru... lintah pun jadi tak tentu arah... nak tukar jugak!.. tapi alhamdulillah bila difikir.. fikir... dihitung...hitung... biarlah lintah selesaikan yang satu ni dulu... sebab lintah ada perancangan tersendiri...
bila dah habis bayar ni... boleh la nak intai-intai kereta baru pulak kot!..... boleh la pakai dua kereta. emmm...kereta ni boleh ker? teringin pulak nak pakai nissan livina... selesa sikit... atau.... mpv proton... bila? tak tahu la...
lintah: ini semua rezeki dari allah... alhamdulillah... masa kecil dulu tak merasa semua ni....
.
Tuesday, October 28, 2008
projek ternakan pacat... ?!
antara lintah dan pacat... manakah pilihan anda?. kami memilih lintah kerana ada hujahnya... lintah dan pacat adalah dari "family" yang sama (filum : annelida, kelas : hirudinea). usah ditanya apa ke bendanya filum dan kelas tu... hahaha... ini adalah "nama keluarga" yang diberikan untuk haiwan ni oleh para pengkaji flora dan fauna.ada orang tanya... boleh ke bela pacat...? tak dak salahnya nak bela pacat. tak perlu ambil lesen pun... tapi...
mencari benih di hutan-hutan
kerana belum ada lagi pembekal...
sanggup ker anda?
membina hutan tiruan
kerana habitatnya daun kayu kehijauan...
sanggup ker anda?
sediakan kambing untuk hidangan
kerana belut bukan makanannya di daratan...
sanggup ker anda?
menuai hasilnya nanti
kerana terpaksa kutip di celahan dedaun...
sanggup ker anda?
luangkan masa 24 jam
kerana pacat tak duduk diam...
dan...
sanggup ker anda?
menjaja pacat di pasar malam
kerana belum ada lagi permintaan
pacat juga punyai hirudin yang berpotensi dan hebat...
lintah: tidak mustahil ada orang yang mengusahakan projek ternakan "pacat" kedah!.. berani ker? hahaha...
.
Monday, October 27, 2008
mpv proton... ok ker?
pagi ni lintah kedah menjelajah dalam internet... saja cari bahan dan informasi terbaru tentang ternakan lintah. tapi lain pulak yang jumpa... jumpa video mpv proton.mengikut maklumat kat blog tu... gambar ni (video di roll kanan) diambil curi-curi dari dalam kereta. lokasinya di lebuhraya PLUS berhampiran simpang pulai.
kalau tengok mpv proton kat video tu nampak solid jer... tak dak tambah apa-apa lagi... bangga jugak la sebab malaysia dapat keluarkan mpv macam ni.
saja la lintah nak kongsi dengan pengunjung blog ni... ok jugak kalau ada sebijik mpv proton ni... boleh la lintah kedah hantar "balang lintah" cepat sikit kepada pelanggan... hahaha...
lintah : cam ner? mpv ni ok ker?...
.
Sunday, October 26, 2008
eksklusif : gambar rakaman RTM di lintah kedah...
al maklumlah... mana ada orang kenal "kampung tempoyak" sebelum ni...
dulu...
"saya fikri, dari kampung tempoyak".... hahaha... "tempoyak"!!... gelak dek orang jer...
sekarang...
... tiada lagi gelak sidir...
Friday, October 24, 2008
kunjungan RTM di lintah kedah...
sebenarnya... pihak RTM ingin melihat dan merakamkan sendiri kegigihan usahawan muda menjalankan pelbagai perusahaan dan projek ternakan. lintah kedah sememangnya diusahakan oleh anak-anak muda yang komited menjalankan perusahaan ini.rakan kongsi lintah kedah terdiri daripada para graduan universiti dan kolej tempatan dan luar negara. kami bermula dengan modal sendiri tanpa memohon bantuan daripada mana-mana pihak. hasil perkongsian "wang" dan "usaha" bersama, maka hari ini lintah kedah terus menapak.
apa yang lebih "mengujakan"... kami menjadikan perusahaan lintah ini sebagai sumber "pendapatan sampingan" kerana kami mempunyai kerjaya masing-masing. ini menunjukkan bahawa projek ternakan lintah ini tidaklah susah sangat untuk dikendalikan...
liputan RTM hari ini lebih menumpukan kepada latar belakang en fikri (pengurus projek lintah kedah). dalam usia yang baru mencecah 24 tahun disember ini, beliau berani menghadapi pelbagai risiko "perniagaan". dalam masa yang sama... beliau turut mengusahakan perusahaan kerepek warisan bonda disamping mempunyai kerjaya tetap. dalam masa terdekat ini, beliau akan mengusahakan ternakan ikan puyu... kami sekeluarga dan rakan-rakan bangga dengan usaha beliau dan mendoakan kejayaan ini.
liputan RTM hari ini adalah untuk slot di radio kedah dan slot berita RTM 1. masa dan tarikh siaran akan dinyatakan kelak...
lintah: gambar eksklusif rakaman RTM di lintah kedah akan disiarkan nanti di blog ini. lintah kedah sedang menawarkan pakej lintah yang menarik. sila hubungi en fikri untuk tawaran pakej ini.
.
Wednesday, October 22, 2008
kualiti air : suburnya pokok...
lintah tidak dapat hidup dalam air yang terlalu berasid atau terlalu beralkali. "clorin" akan mengancam hidup lintah. jadi air paip biasa perlu di "neutral"kan atau dikurangkan kepekatan asidnya (clorin) terlebih dahulu supaya lintah dapat hidup dan membiak dengan selesa.
air yang terlalu tercemar dengan pelbagai "sampah" seperti daun-daun reput dan batang-batang pisang masam yang terlalu banyak juga mengganggu habitat lintah. selain "mengganggu" habitat lintah... keadaan ini juga mengganggu "pandangan mata" dan "haruman hidung" kita..
dalam memastikan kolam yang bersih... penjagaan kebersihan kolam jangan diabaikan..
.
Sunday, October 19, 2008
pembungkusan : "balang" lintah...
"pembungkusan" lintah sebelum penghantaran kepada para pembeli adalah sangat penting. kami di lintah kedah amat menitikberatkan tentang kebersihan dan kualiti lintah.satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah keselesaan lintah dalam "balang". lintah kedah menggunakan "balang" yang bersesuaian untuk "pembungkusan lintah". setiap balang mengandungi 200 ekor induk. ini adalah jumlah yang bersesuaian dengan isipadu "balang".
pengendalian "pembungkusan" lintah tidaklah semudah yang disangkakan. induk lintah akan dikira dengan teliti kerana kami tidak mahu para pembeli mendapat lintah yang kurang daripada yang sepatutnya. jika terdapat lebihan lintah daripada yang sepatutnya... itu adalah "bonus" untuk pembeli. kami memberi jaminan bahawa setiap "balang" lintah induk tidak akan kurang daripada yang sepatutnya.segala pertanyaan berkaitan lintah di lintah kedah... hubungi terus en fikri di talian 0133507765. beliau sedia menjawab pertanyaan anda...
.
Saturday, October 4, 2008
teknologi yang belum pasti...
kami di lintah kedah ingin menegaskan bahawa hampir semua produk berkaitan penternakan di pasaran tidak dilakukan kajian secara saintifik. produk-produk ini dihasilkan hanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka sebagai penternak lintah. walau bagaimanapun, kami tidak menafikan sepenuhnya kebaikan produk-produk yang dihasilkan. maksud kami, produk yang dihasilkan bukan untuk lintah tetapi hanya untuk persekitaran hidup lintah.
sehingga kini, di malaysia... tiada kajian saintifik berhubung cara terbaik menternak lintah. jika seseorang menghadiri 5 kursus penternakan lintah... kami percaya... kelima-lima tempat kursus akan menerangkan kaedah yang berlainan. ini adalah kerana penerangan yang disampaikan berdasarkan pengalaman masing-masing.
kami di lintah kedah masih berpandangan "ortodoks" dan masih mengamalkan cara "kembali ke alam asal" lintah. dengan itu, kami berusaha mengembalikan suasana habitat asal lintah di dalam kolam kanvas. cara ini telah membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.
alhamdulillah...
.
Friday, September 19, 2008
lintah muntah !...
lintah adalah pemangsa senyap yang lemah lembut. lintah biasanya disajikan darah belut untuk membantu proses mengawan secara semula jadi. walau bagimanapun, hidupan berdarah yang lain juga boleh disajikan untuk lintah.jangan menyajikan lintah dengan makanan yang terlalu banyak. lintah akan memuntahkan semula darah yang telah disedut apabila terlalu kenyang...dan kesannya...air kolam akan menjadi kotor.
air kolam yang mengandungi darah akan menyebabkan kualiti air tercemar, bagi menyelesaikankan masalah ini jika telah berlaku... anda terpaksa mengalirkan air baru disamping mengalirkan (buang) juga air yang tercemar. letakkan sedikit sahaja kuantiti makanan untuk lintah. sajikan seminggu sekali atau dua kali sahaja makanannya..
lintah : lintah pun nak bersih jugak...
Monday, September 15, 2008
dua jantina satu badan..,
jantina jantan terletak di bahagian atas jantina betina. walau bagaimanapun lintah tidak boleh menggunakan sperma jantan dalam intuk yang sama untuk disenyawakan dengan ovul betina dari badan yang sama. lintah masih memerlukan pasangan untuk saling bertukar sperma.
lintah akan melekapkan badan dengan pasangan masing-masing untuk melepaskan sperma ke badan pasangan.
dengan kekuasaan allah inilah yang menyebabka kedua-dua ekor lintah akan bertelur.
lintah: inilah kekuasaan allah yang menguntungkan penternak lintah. setiap lintah yang dibela akan menghasilkan telur.
Friday, September 12, 2008
the leech ...
....leeches are hermaphrodites, meaning they are organisms that have both female, ovary, and male, testes, sexual reproductive organs.starting from the anterior sucker is the jaw, the pharynx which extends to the crop, which leads to the intestinum, where it ends at the posterior sucker. the crop is a type of stomach that works like an expandable storage compartment. the crop allows a leech to store blood up to five times its body size; because of this ability to hold blood without the blood decaying, due to bacteria living inside the crop, medicinal leeches only need to feed two times a year....
Thursday, September 11, 2008
banyaknya mata lintah ...
selalu kita dengar tentang telinga lintah dalam simpulan bahasa. sebenarnya kita telah tinggalkan satu lagi keistimewaan yang ada pada lintah. lintah juga sebenarnya mempunyai mata yang hebat.mata lintah adalah berpasang-pasangan. pasangan mata lintah bergantung kepada spesies lintah tersebut.
lintah hirudinidae mempunyai 5 pasang mata manakala lintah erpobdellidae mempunyai 3 hingga 5 pasang mata. mata lintah terletak di bahagian anterior (hadapan).
banyak kajian telah dilakukan berkaitan anatomi lintah oleh universiti di luar negara. walau bagaimanapun, kami di lintah kedah masih berusaha melihat sendiri mata lintah secara langsung dengan 'membelek-belek' lintah yang ada. buat masa sekarang ni..masih tak nampak...
lintah: manusia ada sepasang je mata, boleh nampak jelas... bagaimana la agaknya lintah ye...
Tuesday, September 9, 2008
permainya kampung tempoyak....
tempoyak tetap kampung kami... kami bangga bila orang mudah ingat kampung kami... di sinilah kami dibesarkan sebagai budak kampung yang lasak... di sinilah kami belajar kejar ikan haruan. di sinilah kami belajar tentang bendang... dan di sinilah juga kami belajar tentang "tidak gelinya" terhadap lintah...
tempoyak sebenarnya terletak dalam kawasan lembah bujang yang
kini tempoyak telah dikenali ramai... projek ternakan lintah kedah telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar dan luar untuk terus berkunjung ke tempoyak...
kami bangga dengan tempoyak!... biar busuk... rasanya hebat!!..
lintah: lintah di bendang tempoyak sudah pupus kerana teknologi moden....
Sunday, September 7, 2008
unit forensik siasat lintah...
kami di lintah kedah pasti anda belum pernah mengkaji dan melihat seperti apa yang kami tunjukkan ini . di blog lintah kedah, kami akan dedahkan kepada anda walaupun perkara yang kecil tetapi ia cukup bermakna dan bermanfaat.
lintah di'bedah' menggunakan pusau. mula-mula risau jugak... takut-takut terpercik darah ke baju. maklumlah, lintah dah 'cekang dan kembang' sangat. tetapi jangkaan ini meleset apabila tiada darah langsung dalam badan lintah yang mati. tidak kelihatan juga usus dan urat-uratnya.
walau bagaimanapun... sampai ke sudah kami tidak menemui jawapan kenapa lintah itu mati...
ini tidaklah membimbangkan kami kerana lumrah la benda yang hidup pasti akan mati... kalau banyak lintah mati... itu lain hal... mesti diambil perhatian serius...
lintah: ....jangan geli untuk mengkaji...
tagged: ternakan lintah, lintah kedah, anak lintah, benih lintah, induk lintah, pasaran lintah
Wednesday, September 3, 2008
temui ajal...
bila jer tengok dalam kolam, nampak satu benda pelik. besar tapi tak bergerak... rupa-rupanya ada lintah yang 'menemui ajal'.
bukanlah apa sangat nak masukkan berita ni dalam blog ni. sebenarnya dalam keadaan dan habitat semulajadi... susah sangat nak temui malah boleh dikatakan agak mustahil kita dapat lihat lintah mati... kecualilah kita bunuh dia....
di sini kami nak kongsi dengan pengunjung blog ini keadaan sebenar apabila lintah mati.
tentang bangkai lintah
* kelihatan kehitaman
* agak mengeras
* badan yang pipih akan berbentuk silinder
* badan akan kembung dan kembang
* tiada lendir
lihatlah sendiri keadaan lintah yang mati dalam kolam ternakan lintah ni...
lintah: ajal dan maut di tangan tuhan....
Sunday, August 31, 2008
lintah 'bercempera' dalam kolam ternakan....
baru-baru ni kami di lintah kedah melakukan kerja-kerja membersihkan kolam. pokok kangkong hidup sangat subur dalam kolam. nampak semak sikit... pucuk menjalar-jalar ke atas.bolehlah ambil sikit untuk masak 'kangkong goreng belacan'.
jadi... bila nak bersihkan kolam kenalah masuk ke dalam. terkejut si lintah bila 'ketenangan'nya terganggu. semua lintah bercempera lari dan menyerang kaki kami. dan... yang lain pula bertenggek-tenggek di tepi kanvas.
ini adalah sikap lintah yang sebenarnya... macam orang dulu-dulu kata...
"macam telinga lintah".. walaupun telinganya tidak kelihatan tapi kepekaannya terhadap persekitaran sudah terbukti...
lintah: mungkin lintah lapar kot ...
Wednesday, August 27, 2008
proses P&P di taman ternakan lintah kedah ...
yang si abang...takut-takut... yang si adik pra sekolah...ok jer...
oooo... macam ni ke lintah...
banyak soalan yang di tanya, puas aku menjawab. bagi aku, inilah suatu cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang amat berkesan untuk anak-anak seperti mereka. bagi kita, tak ada apa yang hendak dihairankan...
tapi bagi mereka... satu yang menakjubkan....
P&P yang amat bermakna...
lintah: berilah peluang kepada anak-anak belajar dari pengalaman...
Sunday, August 24, 2008
... siapa makan siapa? ...
lintah kedah pernah membuat suatu pendedahan eksklusif tentang bagaimana lintah boleh berada dalam usus belut selepas belut disajikan untuk makanan lintah...
pada mulanya...
kami ingat lintah bertindak begitu agresif untuk mendapatkan darah belut hingga 'sanggup' masuk ke dalam usus dan makan dari dalam.
tapi...
ternyata jangkaan kami SALAH!...
untuk pengetahuan semua, setiap haiwan mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan kemadirian spesies terpelihara.
belut akan 'mempertahankan' diri dan berusaha melindungi diri apabila terancam. ketika belut berada dalam 'sangkar maut', belut terpaksa melindungi diri daripada ancaman lintah-lintah yang rakus dengan memakan lintah yang menyerangnya. belut tidak mengunyah tetapi terus menelan lintah. lintah boleh hidup dalam usus belut hampir empat jam dalam keadaan kekurangan oksigen. walau bagaimanapun, tentunya belut akan tewas juga akhirnya dengan serangan lintah yang banyak.
keadaan ini jelas dilihat ketika kami menyajikan belut untuk lintah.
lintah: belut vs lintah... kalau lawan satu sama satu tentu lintah kalah...
Thursday, August 21, 2008
...uitm permatang pauh pula mai.....
Tuesday, August 19, 2008
dah nampak dah cocoon lintah...
Sunday, August 17, 2008
haiwan sumber penawar penyakit...
terbaik tanpa kesan sampingan. dua haiwan yang dipandang lebih menjijikkan dan menyebabkan sesetengah orang geli-geleman sudah pun diiktiraf sebagai alat perubatan oleh pentadbiran ubat dan makanan amerika syarikat (FDA)..."
Wednesday, August 13, 2008
atasi senggugut guna lintah....
"...bagi penghidap senggugut, kedatangan haid boleh menyebabkan fobia atau ketakutan kerana terpaksa menderita lagi akibat sakit perut yang keterlaluan. masalah senggugut boleh dirawat atau dikurangkan menggunakan kaedah tradisional. salah satu di antara kaedah alternatif yang popular pada masa kini ialah dengan menggunakan lintah sebagaimana diperkenalkan oleh jelitasari spa & beaute.""bekam lintah antara yang disediakan bagi pakej rawatan senggugut yang turut
mengandungi bertangas dan urutan refleksologi. melalui rawatan ini, selepas bertangas kaki pelanggan akan diurut refleksologi selama setengah jam menggunakan keratan rotan yang ditekan pada poin-poin tertentu bagi melancarkan sistem saraf tubuh.""seterusnya, beberapa ekor lintah akan dilepaskan pada permukaan kulit yang telah disapu dengan alkohol. lintah akan ‘bertugas’ menghisap darah kotor dalam tempoh tertentu sebelum gigitan dicabut..."
Monday, August 11, 2008
apa lintah makan di habitat asal ?....
akan tetapi, sekiranya lintah tidak dapat menghisap darah dari sumber di atas, ia akan mencari mangsa lain seperti ikan, katak, belut, dan kura-kura.
selepas menghisap darah mangsa sehingga kenyang , lintah akan mencari tempat yang gelap untuk menghadamkan makanannya. tempoh penghadaman lintah agak panjang dan mampu bertahan sehingga berbulan-bulan sebelum mencari mangsa lain.
lintah: sekali makan jer... lepas tu terus puasa...
Friday, August 8, 2008
makanan lintah... macam-macam dia makan....
lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, kura-kura, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu termasuklah kiambang, kangkong, keladi bunting dan tumbuhan lain.
sekarang ini, banyak terdapat makanan lintah yang lebih murah dan efisyen. ini boleh menjimatkan kos ternakan...
lintah: lintah bukannya pilih sangat makanan.... asalkan kenyang jer....
Wednesday, August 6, 2008
enzim lintah dalam perubatan...
ekstrak pheromone – merupakan hormon yang mengeluarkan bau yang boleh menarik perhatian pasangan. berguna dalam masalah hubungan seksual.
ekstrak histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana dapat melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.
ekstrak nitric oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.
lintah: banyak betul khasiat lintah...
Monday, August 4, 2008
pergerakan lintah....

Sunday, August 3, 2008
lintah sawah ke yang dibela tu....?
lintah sawah boleh diperolehi di sawah padi atau di sungai. malaysia beruntung kerana mempunyai banyak sawah dan sungai. lintah sawah mempunyai satu jalur kuning di bahagian sisi perut, di bahagian bawah perut lintah pula terdapat warna hijau dan coklat, manakala bahagian atas lintah berbulu.
sumber: berita harian 22 disember 2007 manakala, mengikut kajian oleh universiti malaysia terengganu pula pada tahun 2007, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan di malaysia dan selalu ditemui ialah hirudinaria manillensis.
lintah : lintah sendiri pun pening... yang mana satu betul faktanya...
Saturday, August 2, 2008
lintah hiasan... dalam P&P...
menarik juga idea tu… boleh juga anak-anak kita tahu tentang lintah… tak payah pi cari di bendang lagi. mudah sangat nak bela lintah dalam akuarium. anak-anak aku yang tahun 1 dan pra sekolah pun pening bila tengok aku edit blog lintah kedah hari-hari… asyik-asyik lintah…asyik-asyik lintah…. dia pun tak pernah tengok lintah hidup. bukan apa… malas aku nak bawa depa pi tengok projek lintah tu…cikgu tu telah sedarkan aku sesuatu… lepas ni aku kena bawa depa dua beradik pi tengok dan pegang lintah… belajar daripada pengalaman…!!
lintah: bela lintah dalam akuarium di ruang tamu pun ok jugak… menyerlah jauh dari yang biasa…
Friday, August 1, 2008
"kemandirian" lintah... untuk jaga keturunan...
lintah ni tidak mampu hidup pada pH 5.0 dan ke bawah iaitu tidak boleh hidup dengan keadaan tanah dan air berasid.
kebanyakan lintah sukakan tanah yang berlumpur dan ada juga yang suka pasir. biasanya apabila musim kemarau, lintah-lintah ini akan menanam diri dan bersembunyi di dalam lumpur untuk jangka masa yang lama untuk memastikan keturunannya tidak pupus.
dan satu lagi tentang lintah…..lintah boleh hidup dalam keadaan kekurangan oksigen dan makanan...
lintah: kurang oksigen?.. patutlah dah dua jam dalam perut belut pun boleh hidup lagi….

















