...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Wednesday, February 10, 2010

kursus terapi bekam lintah

salam peminat lintah semua.
satu kursus terapi bekam lintah akan diadakan seperti berikutoleh usahawan bumiputera:

tarikh: 27 & 28 mac 2010 (sabtu & ahad)
tempat : kuala lumpur.

* Sijil, Nota, Modul, Makan Minum, Teori & Praktikal di berikan

* Modul Kursus:
· Pengenalan Lintah (Spesis Lintah Perubatan & Spesis Lintah Asia)
· Pengenalan Terapi Lintah
· Konsep Penyakit dan Perkaitan Dengan Lintah
· Kaedah Dan Elemen Penting Dalam Pelaksanaan Terap Lintah
· Penerangan Titik Bekam
· Praktikal & Testimoni

taklimat berkenaan pinjaman perniagaan dari institusi kerajaan (MARA)

jangan lepaskan peluang ini kerana semua rahsia dan selok belok berkaitan perawatan terapi lintah akan dibongkarkan di sini.

sila telefon cik nadirah di talian 0123530726 untuk maklumat lanjut.

.

Wednesday, November 4, 2009

goreng ker.. rendam?

ada banyak cara untuk membuat minyak lintah. ini bergantung kepada "perguruan" masing-masing. kalau "tok guru" ajaq cara goreng... "anak murid" kena la ikut resepi "tok guru". kalau "tok guru" suruh rendam... maka rendamlah caranya.

ada orang mempersoalkan cara membuat minyak lintah. mana yang lebih berkhasiat. perlu diketahui bahawa dalam air liur lintah terdapat empat enzim/zat yang penting untuk perubatan.

menurut satu laman blog minyak lintah dari indonesia, salah satu proses untuk membuat minyak lintah adalah dengan cara merendam lintah untuk mengeluarkan empat zat utama. hanya dengan cara merendam zat-zat ini akan keluar.

blog itu juga mempersoalkan cara goreng kering dalam penyediaan minyak lintah. lintah yang digoreng kering dikatakan tidak mampu mengeluarkan empat zat itu. ini akan mengurangkan khasiat minyak lintah. pengolahan lintah dengan cara direndam jauh lebih bermanfaat dibandingkan pengolahan lintah dengan cara di goreng.

lintah kedah hanya menyatakan info saja. lintah kedah tak nak pertikai minyak lintah dipasaran. tentu ada sebab sesuatu cara itu digunakan. yang lintah kedah tahu. minyak lintak memang berguna dalam perubatan.
.

Monday, October 5, 2009

tembusi pasaran sabah & sarawak

lintah kedah banyak menerima email dan pertanyaan dari rakan-rakan dan bakal penternak dari sabah dan sarawak. khabarnya pasaran di sana adalah besar. ada yang minta lintah kedah hantar induk ke sana.


selama ni pun lintah kedah telah berusaha untuk menembusi pasaran sabah dan sarawak. nampaknya bukan rezeki lagi. pasaran induk lintah di sana khabarnya mencecah hingga tiga ringgit seekor. lumayan tu... di semenanjung, seekor induk lintah tak sampai dua ringgit.

prosedur penghantaran lintah ke seberang laut amat melecehkan. nampaknya, jabatan kerajaan sendiri pun masih tidak dapat menentukan pihak mana yang bertanggungjawab terhadap ternakan lintah ini.

jabatan perikanan kata... ini kerja jabatan haiwan. jabatan haiwan kata.. ini kerja jabatan pertanian... fuhhhh... mana satu ni....!!

prosedur kastam juga mengenakan pelbagai dokumen yang menyusahkan penghantaran. lintah perlu ditempatkan dalam bekas yang tahan hentakan dan tidak mudah pecah. lintah perlu dikuarintin apabila tiba ke destinasi.

di satu pihak lain. kami diminta melantik "seseorang" untuk menjadi agen di sabah dan sarawak bagi mengendalikan urusan penerimaan. lintah tidak boleh terus dihantar kepada pembeli.

dengan itu, pihak pengurusan lintah kedah tidak dapat meneruskan niat ini dan terpaksa ditangguhkan. di harap bakal penternak di sabah dan sarawak berusaha untuk mencari pembekal di sana. insyaallah ada...

.

Friday, September 11, 2009

hit ke 20,000 lintah kedah

blog lintah kedah mencapai capaian 20,000 hit pengunjung pada pukul 5.01 petang hari ini (10/09/2009). lintah kedah berasa sangat bersyukur kerana blog ini dijadikan pilihan untuk mengakses informasi berkaitan lintah dan ternakannya.



sebelum ini, blog lintah kedah mencapai 10,000 hit pengunjung pada 22 disember 2008 jam 7.50 malam.

biasanya blog-blog ternakan seperi ini bukanlah menjadi pilihan para pelayar internet. untuk mencapai 20,000 hit pengunjung bukanlah satu perkara yang mudah. setakat ini blog lintah kedah telah memaparkan ??? posting berkaitan kehidupan lintah di lintah kedah.

pengunjung blog lintah kedah datangnya dari seluruh malaysia dan tidak terkecuali dilayari di luar negara. lintah kedah mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. lintah kedah berharap blog ini berguna sebagai rujukan para penternak, peminat dan pengkaji lintah.

lintah kedah tetap komited menjalankan perusahaan ini. usaha tangga kejayaan.

.

Thursday, September 10, 2009

URL baru blog lintah kedah

lintah kedah telah mewujudkan dua blog yang menggunakan URL yang berbeza. walau bagimanapun isi kandungan blog ini adalah sama.

mulai hari ini para pengunjung blog lintah kedah boleh mengakses blog lintah kedah melalui alamat URL berikut :



http://lintah-kedah.blogspot.com/

dan

http://www.lintahkedah.ws/

selamat berpuasa daripada lintah kedah.

.

Monday, August 31, 2009

lintah @ AIMST university

pada 29.08.09 yang lalu, lintah kedah menerima kunjungan daripada pelajar dan seorang pensyarah AIMST university kedah. kami dengan lapang hati mengalu-alukan kunjungan mereka.

menurut pensyarah AIMST university tersebut en hishamudin bin rahmat, beliau mengiringi 2 orang pelajar akhir pengajian bioteknologi bagi mendapatkan sampel-sampel lintah untuk dijadikan bahan ujikaji. mereka akan mengkaji berkaitan bahan yang terdapat di dalam air liur lintah yang dikatakan sangat baik untuk perubatan.
apabila ditanya tentang lokasi kami, mereka mengetahui tentang lintah kedah melalui blog ini. kami merasa bangga kerana ternyata penggunaan blog ini dapat menyalurkan informasi kepada semua.

adalah diharapkan ujikaji yang dijalankan nanti menemui sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua. lintah kedah sentiasa ingin membantu dan berkerjasama dengan sesiapa saja yang berminat mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan lintah.
.

Friday, August 7, 2009

asal usul lintah : antara cerita rakyat dan kisah nabi

"....Saat I Karma tertidur lelap, bayi pungutnya itu terbangun karena haus. Ia kemudian merayap mendekati puting susu I Karma. Namun, secara tiba-tiba, bayi tersebut berubah menjadi lintah sebesan bantal dan langsung menghisap darah lewat puting susu I Karma. Dan, tidak berapa lama kemudian, I Karma meninggal karena darahnya habis dihisap oleh lintah tersebut.

Itulah cerita tentang asal usul adanya lintah, yang merupakan penjelmaan seorang bayi setelah dicincang oleh ayahnya sendiri dan dilemparkan ke berbagai penjuru. Daging anak tersebut berubah menjadi lintah. Daging bayi yang terlempar ke air menjelma menjadi lintah dan yang terlempar ke daun-daun menjelma menjadi lintah darat."


Sumber: (klik sini untuk bacaan cerita yang lengkap)
Proyek Penerbitan dan Pencatatan Kebudayaan Daerah. 1981. Cerita Rakyat Nusa Tenggara Barat. Jakarta: Proyek Penerbitan Buku Sastra Indonesia dan Daerah, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.


inilah yang lintah kedah baru jumpa dalam internet. cerita tentang asal usul lintah dalam cerita rakyat indonesia. lintah kedah bukan saja-saja ambil cerita ni. tengoklah sendiri dari mana sumbernya. ini adalah projek penerbitan dari bahagian pendidikan dan kebudayaan di indonesia.

cerita rakyat biasanya adalah tidak betul dan hanya merupakan cerita-cerita yang disampaikan dari satu generasi ke satu generasi. cerita rakyat juga biasanya hanya berfokuskan tentang pengajaran dan iktibar tanpa diperlukan kesahihan cerita tersebut.

sebelum ini pun lintah kedah ada ceritakan tentang asal usul lintah berkisarkan cerita para nabi. cerita pada nabi bukanlah cerita yang direka-reka. cuma, mungkin pembawaan jalan ceritanya sahaja berbeza-beza diantara tukang cerita.

“...dan sesungguhnya nabi ayub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada allah ta'ala. kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-nya. lalu allah ta'ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia....”

anda sebagai pembaca yang mampu berfikir dan bermuhasabah... tentu dapat menilai kebenarannya.
.

Thursday, July 30, 2009

resepi siput gondang...

dulu-dulu mak joyah selalu jugak buat masak lemak siput sedut. huiiissshhh... sedaappp...
untuk siput gondang tak pernah la pulak mak joyah buat masak untuk kami semua. manalah tahu kot kot sapa nak cuba buat. tapi kalau hampa makan... jadi tak tahawan... jangan salahkan kami.

kami di lintah kedah tetap makan siput sedut. tapi... kami tak makan siput gondang.

ada orang komen balas dalam tulisan lintah yang lalu. kata dia, siput gondang yang menyerang lintah kedah tu ada manfaatnya. masa kecik-kecik dulu dia buat umpan untuk memancing keli.

baguih juga cadangan dan pengalaman dia tu.. la ni macam ni lah. lintah kedah nak bagi free jer siput-siput ni kat sapa-sapa yang nak mancing keli. mai ambil sendiri kalau berkenan. sorry! siput jer free... lintah tetap kena bayaqqqq !!!

resepi siput gondang? hampa nak jugak ker? tak payah lahhhh..

.

Saturday, July 25, 2009

bahayakah siput gondang ?!!

dalam posting lalu, lintah kedah menceritakan tentang siput gondang merah yang menyerang kolam-kolam lintah kedah. puas lintah kedah memikirkan cara terbaik untuk menghapuskan siput yang dikatakan mengancam lintah ini.

setelah dikaji dan diselidik, lintah kedah mendapati siput gondang merah tidak mengancam lintah di dalam kolam. usahlah risau kalau kolam anda juga diserang siput gondang ini.
perlu diketahui bahawa siput gondang merah adalah haiwan herbivor. haiwan herbivor bermaksud haiwan yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. haiwan ini tidak mengancam haiwan lain secara langsung.
walau bagaimanapun, dalam kitaran hidupnya... siput gondang merah boleh mengancam habitat lintah secara tidak langsung. siput gondang ini akan memakan daun-daun di dalam kolam. keadaan ini akan menyebabkan tumbuhan-tumbuhan ini akan mati. inilah yang ditakuti oleh para penternak.

secara keseluruhannya, lintah kedah merasakan "serangan" ini tidaklah bahaya... ia boleh diatasi dan dikawal.

emmmm.... siput ni boleh dimasak lemak cili padi ker ?!! nantikan resepinya...

.

Monday, July 13, 2009

siput gondang menyerang...

tidak diketahui pula apa nama siput ni. tapi kalau di kedah ni kami panggil siput gondang. siput gondang sangat ditakuti oleh para pesawah. dikatakan, siput gondang boleh memakan pucuk pokok padi dalam masa sekejap sahaja. kalau siput gondang ini menyerang bendang, habislah pokok padi.

kali ni bukan setakat sawah padi. di kolam lintah kedah juga siput gondang menyerang. dari mana siput ni datang? kolam lintah kedah adalah kolam kanvas yang berjauhan dari bendang. ini yang pelik ni !

di kolam lintah kedah, gondang bertelur di tepi kanvas dan celah-celah pokok. telur gondang berwarna pink dan agak keras. seekor siput gondang akan bertelur "seketul" telur. dan... seketul telur mempunyai sekitar 100 hingga 200 biji telur yang akan menetas menjadi anak gondang. wah teruk niiii...

ooooo... setelah diteliti, barulah kami tuhu. anak siput gondang akan melekat di celah-celah akar pokok semasa penetasannya. jadi, siput ni tersesat ke kolam kami semasa kami ambil pokok keladi bunting dan pokok-pokok air dari bendang. maknanya... bendang di kawasan merbok tidak selamat !

awas para petani ! jaga sawah padi anda dari gondang ni. sediakan racun gondang !

sekarang ni kami sedang memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. nak digunakan racun... itu berbahaya kepada lintah. lintah akan turut mati. jadi buat masa sekarang kami cuma memungut telur-telur siput gondang.

info akan datang... kami akan ceritakan tentang adakah siput ini berkemungkinan mengancam lintah !

nantikan...

.

Tuesday, June 16, 2009

taklimat penternakan lintah

pihak pengurusan lintah kedah akan mengadakan taklimat berkaitan penternakan lintah secara kormesial di tapak kolam lintah kedah. taklimat ini diadakan bertujuan memberi gambaran secara khusus tentang cara penternakan yang efisyen, pelan pemasaran dan sebagainya untuk bakal penternak.

taklimat ini akan diadakan seperti berikut :

tarikh : 4 julai 2009 (sabtu)
masa : 11.00 pagi
tempat : tapak kolam lintah kedah, kampung tempoyak merbok kedah.
keperluan : buku catatan
kos taklimat : seikhlas anda... kerana tujuan taklimat ini bukanlah untuk keuntungan kami.

sila hubungi en fikri untuk memberikan butiran peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan dan sebagainya di talian 013-3507765.

.

Monday, June 15, 2009

kenduri sebelah pengantih lelaki...

kenduri sebelah pengantin lelaki telah diadakan pada 11 jun 2009 (khamis) di kampung tempoyak kedah. inilah kenduri yang paling meriah di kalangan anak-anak mak joyah. al maklumlah... kenduri yang terakhir.

lintah kedah mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang sudi membantu menjayakan kenduri ini. inilah adat hidup sekampung.

selepas ini... lintah kedah akan beroperasi seperti biasa. jemputlah berkunjung sendiri ke lintah kedah untuk informasi yang lebih tentang penternakan lintah.

.

Saturday, June 6, 2009

kenduri belah pengantin perempuan...


keluarga lintah kedah menjemput semua vendor, pengunjung blog, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan lintah kedah ke majlis kenduri perkahwinan encik fikri di kampung bagan nira sabak bernam selangor pada hari ahad 7/6/2009.

semoga kehadiran tuan akan memeriahkan majlis kami...

.

sah!!... dah jadi laki orang...

tepat pukul 4.30 petang tadi... dengan sekali lafaz sahaja... en fikri dah pun sah jadi suami orang. semua keluarga yang hadir melahirkan perasaan yang gembira.
en fikri sah bergelar suami kepada pn azlin setelah diakad sendiri oleh bapa pengantin perempuan.

debaran dah berlalu... kami di lintah kedah ingin berkongsi gambar majlis akad nikah en fikri di kampung bagan nira sabak bernam selangor.



semoga kekal bahagia... amin.
.

hari bahagia dah tiba...

hari ini 6/6/2009 adalah hari bahagia buat keluarga lintah kedah. ketika artikel ini ditulis... keluarga lintah kedah telah sampai di sabak bernam kira-kira sejam yang lalu...

mestilah best hari ni... lintah nak dapat adik ipar baru petang ni. petang ni lepas asar, en fikri (pengurus lintah kedah) akan menamatkan zaman bujangnya dengan rakan sekuliahnya dulu...

dulu... mula-mula adik angkat... haha.. sekarang ni baru mengaku... itulah suri di hati.. apa pun sekarang ni kami tengah sibuk menyiapkan apa yang patut... en fikri pulak... berkumit-kumit mulut menghafal sambut akad nanti. takut la jugak... harap-harap sekali lafaz jer la nanti...

apa pun... selamat menempuh alam rumah tangga buat "adik" dari family lintah kedah...

.

Friday, June 5, 2009

pak cik asam jawa...

lama dah lintah cari gambaq ni. sekarang ni baru jumpa...
lintah nak tunjukkan cara sebenar macam mana pak cik ni bubuh asam jawa di sekeliling kolam.

dulu lintah dah tulis, asam jawa ni untuk halang lintah daripada panjat kolam.

gambaq ni lintah ambil masa lawatan en fikri ke pendang awal tahun dulu..

lepas ni bolehlah anda praktikkan kaedah ini. kos asam jawa murah jer...

.

Sunday, May 24, 2009

inilah contoh kolam...

dalam banyak-banyak vendor lintah kedah... kami memang tertarik dengan persekitaran kolam dan fasilitis kolam yang ni. gambar ni lintah kedah ambil waktu pi melawat kolam tersebut di pendang sekitar bulan mac dulu.

bukannya lintah kedah tak nak upload awal-awal gambar ni... tapi gambar ni hilang. tetiba jer hari ni terjumpa dalam folder laptop ni..

kolam ni menggunakan kanvas yang boleh memuatkan sehingga 1000 induk.

semasa kami melawat dulu... alhamdulillah, lintah kedah dapat cari cocoon lintah dalam kolam ni. masa tu vendor ni bela lintah tak sampai dua bulan lagi. dapatlah tuan kolam dan keluarganya tengok anak lintah dalam cocoon.

jadi... inilah yang kami maksudkan contoh kolam untuk menternak lintah. walau bagaimanapun, tiada masalah jika lintah diternak menggunakan kolam jenis lain. yang membezakannya hanya kos, kapasiti dan fasilitis sahaja...

.

Saturday, May 9, 2009

selamat hari ibu.... mak joyah...

sempena hari ibu yang disambut pada setiap ahad minggu kedua bulan mei... kami di lintah kedah turut berbangga dan berbesar hati mengucapkan hari ibu buat emak tersayang...

dalam hati
terpahat teguh kenangan lalu
jerih payah mu membesarkan kami..
letih lesu mu melayan kami...
dalam hati
tersemat utuh curahan kasih
yang tak terbayar nilai cinta mu...
kami bangga dengan mu..
selamat hari ibu...
hanya itu yang termampu..

dari kami... anak-anak mu..
shakir, kamal, yati n fikri...

.

Monday, May 4, 2009

kursus terapi bekam lintah

satu kursus terapi bekam lintah akan diadakan oleh rakan kongsi lintah kedah (cik nadirah). kursus ini akan merangkumi pengenalan lintah serta cara-cara melakukan terapi bekam lintah berserta manfaatnya. kami mengambil kesempatan untuk sama-sama berkongsi ilmu ini bersama para pengunjung blog lintah kedah.

Kursus Terapi Bekam Lintah


Tarikh : 17 Mei 2009 (ahad)

Tempat : Kuala Lumpur

Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang

Bayaran Kursus : RM 300.00


sila hubungi cik nadirah di talian 012-3530726 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

.

Thursday, April 23, 2009

pakej istimewa kolam lintah...

lintah kedah turut menawarkan kolam lintah dengan harga yang istimewa....

ini gambar kolam tak berbumbung.

harga kolam RM500
(rangka dan kanvas)

kalau kanvas sahaja : RM270

rangka kolam sahaja: RM250
size 4 x 8 x 2 1/2 kaki

sesuai untuk kawasan yang tak kena hujan



kolam berbumbung..
sesuai untuk lokasi terdedah kepada cahaya matahari yang terik
terpulang untuk menggunakan bumbung jenis net / lutsinar / alas yang nipis dan sebagainya

jenis bumbung boleh minta pandangan kami berdasarkan keadaan lokasi anda

size 4 x 8 x 2 1/2 kaki
harga RM550

kanvas sahaja RM 270
bingkai sahaja RM 300
sila hubungi en fikri (013-3507765) untuk pertanyaan dan tempahan.
.

Monday, April 20, 2009

kursus/taklimat penternakan lintah percuma !!!...

lintah kedah telah mengorak langkah setapak lagi dengan menawarkan kursus/taklimat penternakan lintah secara berkelompok dengan percuma kepada semua bakal penternak.


sebelum ini, pengurusan lintah kedah mempraktikkan taklimat secara percuma kepada individu yang berminat setiap hari. tak menang tangan dan mulut kami memberi taklimat... jadi untuk pengurusan masa yang cekap, lintah kedah mengambil keputusan menyampaikan taklimat ini secara berkelompok pada hujung minggu...

dengan ini... anda sebagai bakal penternak boleh merancang masa anda dan kami di lintah kedah boleh membuat persediaan yang lebih baik.... kalau kursus ramai-ramai tentu banyak yang nak berkongsi pendapat. di sana nanti kita rungkaikan bersama-sama...


taklimat modal, kaedah menternak dan konsep pemasaran yang efisyen akan di adakan pada :

tarikh : 2 mei 2009 (sabtu)

masa : 9.00 pagi

tempat : tapak projek ternakan lintah kedah
1074A kg tempoyak, merbok, kedah.

sila sms nama, no. kad pengenalan, alamat dan email kepada en.fikri (pengurus lintah kedah) di 013-3507765 sebelum 29 april 2009.

tiada yuran kursus dikenakan dan anda juga boleh menyumbang seikhlas hati ke dalam tabung taklimat lintah dimana sebahagiannya nanti akan disalurkan ke lujnah kebajikan dan khairat kematian masjid al-irsyad kampung tempoyak.

p/s : ini adalah taklimat kelompok yang pertama... jumpa anda di lintah kedah...

.

Friday, April 17, 2009

petua sekat lintah panjat kolam...

dah lama betul lintah tak update blog ni... ada pengunjung blog dah komen-komen apsal blog tak update2 nie?. lintah dah cakap hari tu... anak tak sihat... jadi malas la nak buka blog ni...

kali ni lintah nak cerita bagai mana vendor lintah kedah menggunakan kreativiti dan petua orang tua-tua untuk mengawal pergerakan lintah dalam kolam.

cuti sekolah lepas lintah kedah ada pergi melawat vendor di pendang. sampai sana... agak mengujakan kerana inilah kolam lintah yang paling cantik dan paling jimat kos pembuatannya. persekitarannya yang natural walaupun dibina dari kolam kanvas.

katanya...
"senang jer nak jaga lintah ni... guna asam jawa jer..."
hah... asam jawa!!!??...
"ambil sebuku asam jawa dan sapu di sekeliling kanvas.... sure lintah tak panjat punya..."
huh... guna asam jawa... tak payah guna span dan penutup kanvas.

dengan ini... lintah kedah juga mengesyorkan para penternak "kolam kanvas" menggunakan asam jawa untuk mengatasi masalah lintah panjat kolam...

selamat mencuba...

lintah: sorry pak cik... kamera lintah rosak... gambar yang lintah ambil hari tu tak dapat nak bubuh dalam blog ni...

.

Monday, April 13, 2009

"ayon" baru keluar hospital...

lintah minta maaf banyak-banyak sebab agak lama tak update blog ni... al maklumlah... tetiba jer anak lelaki lintah jatuh sakit dan terpaksa ditahan di wad.

pelik juga lintah tengok penyakit ni... nampak macam penyakit kaki, tangan dan mulut...tapi bukan!. tengah malam lintah bawa anak lelaki lintah yang darjah dua tu ke bahagian kecemasan hospital bentong. alhamdulillah... nasib baik tak bahaya.. kata doktor penyakit impetigo!..

kena la tahan kat wad untuk pemulihan dan pemantauan hinggalah hari rabu lepas. lintah terpaksalah menjaga dia kat wad dengan isteri bergilir-gilir...

lintah janji dengan dia... kalau cepat sembuh... lintah bagi hadiah. hadiah yang boleh memotivasikan dia untuk melawan penyakit secara psikologi.

jadi... untuk tunai janji, kemarin lintah ber"cuti-cuti malaysia" ke cameron highlands. bawa sekeluarga... sebagai hadiah 'ayon' cepat sembuh...

lintah: terima kasih banyak-banyak kepada doktor, misi dan kakitangan wad kanak-kanak hospital bentong pahang.

.

Saturday, March 28, 2009

lintah kering...

sekali lagi lintah merayap dalam internet untuk mencari informasi mengenai penternakan lintah. kali ni ada pengunjung blog lintah kedah yang bertanyakan tentang lintah kering.

lintah biasanya dijual hidup-hidup untuk perubatan seperti bekam dan pembuatan minyak. walau bagaimanapun, bagi tujuan perubatan... ada juga yang dijual secara kering.
lintah dikumpulkan dan dikeringkan di bawah cahaya matahari yang terik. proses ini mengambil masa dua minggu atau lebih bergantung kepada haba dari cahaya matahari. lintah dijemur sehingga betul-betul kering tanpa dicampur bahan lain.

setelah itu, lintah kering akan dijual kepada pengusaha minyak atau dieksport ke luar negara. apa yang mengujakan... harga di pasaran malaysia bagi lintah kering adalah sekitar RM480 hingga RM500 bagi sekilogram. dan... di luar negara boleh mencecah ribuan dolar. sekilagram lintah kering adalah dianggarkan sekitar 1500 ekor lintah.

fuuuuhhh.... boleh tahan jugak harga lintah kering. buat masa ini, lintah kedah belum menjual lintah kering...
.

Thursday, March 19, 2009

ikan kemeras !!!... apa hal ???...

ada orang tanya lintah tentang masalah anak ikan yang ada dalam kolam lintah. kolam lintah kedah pun tak terkecuali jugak...

dalam kolam lintah kedah ada banyak jugak ikan "kemeras". ikan kecik yang ada titik putih di kepala. telur dan anak kemeras yang terlekat di akar "pokok air" akan masuk ke kolam semasa kita memindahkan pokok tadi ke dalam kolam lintah. ikan ini akan mundar-mandir dalam kolam... berenang dengan senang hati...

sebenarnya... tak payahlah susah hati sangat. ikan tu ok jer... tak beri apa-apa ancaman pun... lintah kedah dah buat pemerhatian sejak mula-mula menternak lintah dahulu... ikan kemeras tidak mengganggu telur dan anak lintah.

secara kasarnya... saiz telur lintah (cocoon) adalah sebesar biji rambutan dan kulitnya agak liat untuk dirosakkan. anak lintah akan membesar hingga kehitaman sebelum mula keluar dari cocoon. ikan yang kecil tidak mampu mengganggu cocoon dan anak lintah. malah... setelah anak lintah keluar dari cocoon... saiz anak lintah sama panjang dengan ikan kemeras.

jadi... tak payah la bimbang dengan ikan kemeras ni... tapi kalau ikan yang lain daripada kemeras seperti seluang dan lain-lain.... awas beb!!!...

.

Saturday, March 7, 2009

lawatan sosial PKNK...

pada 1 mac 2009, lintah kedah menerima kunjungan pegawai-pegawai dari perbadanan kemajuan negeri kedah (PKNK). lintah kedah berbesar hati menerima kunjungan en azizi hj halipah dan en hanif hassan dari bahagian pembangunan usahawan serta en marizan abdullah dari bahagian pentadbiran PKNK.

kunjungan sosial ini bertujuan membincangkan hala tuju penternakan lintah dari segi kaedah penternakan, kos, pasaran dan sebagainya.

PKNK adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang ditubuhkan pada 25 ogos 1965 di bawah enakmen kerajaan negeri kedah no 5/1965 dan berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan bumiputera dengan diawasi oleh kementerian usahawan dan koperasi (MECD)

PKNK juga bertanggungjawab untuk membangun dan membantu usahawan bumiputera di negeri kedah khususnya.

insyaallah... kalau ada rezeki... lintah kedah akan berkerjasama dengan pihak PKNK bagi membantu mewujudkan lebih banyak usahawan muda yang terlibat secara langsung dalam penternakan lintah.

penternakan lintah di malaysia semakin berkembang. pihak lintah kedah sentiasa komited dengan apa yang kami lakukan untuk membantu anda menjalankan ternakan lintah. insyaallah... anda akan berpuas hati dengan penerangan dan layanan mesra kami.
lintah : maklumat lanjut... hubungi en fikri di talian 0133507765

.

Thursday, March 5, 2009

bukan lintah kedah punya...!!

lintah kedah ada menerima email yang bertanyakan tentang aktiviti mengimport lintah dari thailand.

bila dapat jer email tu... lintah kedah pun cari laman web yang dikatakan menggunakan nama lintah kedah. betullah seperti apa yang dikatakan. ada aktiviti mengimport lintah menggunakan nama lintah kedah.

di sini... kami di lintah kedah yang berdaftar dengan suruhanjaya syarikat malaysia (SSM) dan dimiliki oleh restu warisan temurun enterprise sejak 16 januari 2008 (001737266-W) menafikan terlibat dengan aktiviti mengimport lintah dari thailand bersama messer & seagent (thailand) co ltd. kami tidak bertanggungjawab dengan urusan tersebut.

lintah kedah merasakan perlu melakukan penafian tersebut kerana dikuatiri disalah anggap oleh semua pihak.

harap maklum.

.

Monday, March 2, 2009

ramuan minyak lintah...

lintah kedah selalu melayari dan melayan blog serta artikel berkaitan lintah. yang terbaru... lintah kedah ada baca artikel dalam berita harian 1 mac 2009.

dalam artikel tu... dia menceritakan tentang seorang seorang anak muda yang berjaya menternak dan mengusahakan bisnes berasaskan lintah.

lintah kedah tertarik tentang ramuan yang digunakan untuk buat minyak lintah...
"...beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga...." "...minyak lintah yang dihasilkan itu akan diproses selama 40 hari termasuk ditapa sebelum diisi ke dalam botol..."
BERITA HARIAN 1/3/09

memang ternyata... ramuan yang diadun dan direncah akan menghasilkan produk yang berkhasiat untuk kesihatan... semua ramuan tadi mempunyai khasiat yang tersendiri...

untuk pengunjung blog lintah kedah... sapa-sapa yang nak buat minyak lintah.... kenalah pi belajaq dulu nooo... jangan pulak khasiat lain yang dihajat... khasiat lain pulak yang dapat... hahaha...

.

Friday, February 27, 2009

kembali beroperasi...

alhamdulillah... selepas 12 hari terpaksa bercuti... lintah kedah beroperasi seperti biasa pada hari ini. en fikri pun dah habis berkursus di cherating...


semua urusan berkaitan lintah kedah disambung semula... kalau nak mai tengok kolam pun dah boleh. lintah kedah bersedia menerima kunjungan anda. tapi habaq la awal-awal...

untuk urusan tempahan induk pulak... lepas tempah tu...bagi lah sikit masa kat lintah kedah untuk urusan "kutip lintah" dalam kolam... kalau nak la la tu (segera)... pening oooo...

tak pa lah... apa pun lintah kedah dah berjalan seperti biasa...

.

Monday, February 16, 2009

lintah kedah terpaksa bercuti !!...

lintah kedah memohon maaf kepada para pengunjung dan pelanggan lintah kedah kerana lintah kedah terpaksa bercuti seketika.

encik fikri yang menguruskan lintah kedah terpaksa menghadiri satu kursus di cherating pahang selama 12 hari bermula hari ini 16 februari 2009 hingga 27 februari 2009. buat masa ini, hanya pengurus kolam (tn hj abid) yang diamanahkan untuk menjaga ternakan lintah.

oleh itu, lintah kedah terpaksa menutup kolam buat seketika untuk lawatan selama tempoh tersebut. lintah kedah akan beroperasi semula pada 28 februari 2009. segala urusan berkaitan ternakan lintah terpaksa ditunda ke tarikh tersebut.

pihak lintah kedah memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa bercuti seketika.

harap maklum.

.

Thursday, February 12, 2009

kursus bekam lintah...

ramai sangat peminat lintah yang bertanyakan tentang kursus bekam lintah. mai lintah kedah nak habaq...

satu kursus tentang bekam lintah akan dianjurkan oleh cik nadirah iaitu salah seorang rakan kongsi lintah kedah.

cik nadirah adalah berkelulusan bac perniagaan (univty of ballarat australia) dan diploma pengurusan perniagaan (kuis, bangi).

keterangan tentang kursus adalah seperti berikut :

KURSUS TERAPI BEKAM LINTAH & TERNAKAN LINTAH PERUBATAN (2 IN 1)


modal mula perniagaan serendah rm 100.00 ++


tarikh : 28 februari 2009

masa : 8 pagi – 5:30 petang

bayaran : RM 350

tempat : plaza hotel, jalan raja laut, kuala lumpur


  • sijil, nota, 2 modul, makan minum, teori & praktikal
  • input kursus:
    *pengenalan lintah perubatan (kelebihan, pemakanan & cara ternak)
  • *pengamalan terapi bekam lintah (sains, praktikal & testimony)

*anatomi perubatan
*praktikal bekam lintah

jemputan khas doktor dalam bidang perubatan homeopathy

taklimat berkenaan pinjaman perniagaan dari institusi kerajaan (MARA)

bumiputra sahaja.

anjuran bersama

paku rawan resources (sa 0106615-m)

rexend line resources (sa 0111752-h)

hubungi

lot 01-152-6, tingkat 1, kompleks pkns, persiaran tasik , 40505

shah alam, selangor


012-3530726 – nadirah

Thursday, February 5, 2009

MRSM merbok: eksperimen lintah di makmal...

lintah kedah dengan kerjasama guru dan beberapa orang pelajar maktab rendah sains mara (MRSM) merbok menjalankan satu ujikaji kecil untuk mengetahui keberkesanan penggunaan lintah bagi merawat luka dan melancarkan peredaran darah.

lintah kedah berbangga atas daya usaha adik-adik pelajar MRSM yang berpandangan jauh ini. tak sangka pulak yer... adik-adik ini begitu tekun dan teruja untuk melakukan ujikaji ini menggunakan tikus...

pengurus lintah kedah sendiri (en fikri) turut sama menjalankan eksperimen ini di makmal MRSM.

prosedur eksperimen...
1st. lukakan badan tikus 2cm... eeee kesiannyaaa...
2nd. kasi lendir lintah masuk pada luka tadi...
3rd. bekam sebelah luka untuk aktifkan kapilari darah...

alhamdulillah... keputusannya.... luka cepat sembuh berbanding gamat... itulah apa yang diperolehi daripada pemerhatian terhadap eksperimen ini... satu eksperimen yang mudah tetapi memperolehi hasil yang bagusss...!
.

Thursday, January 29, 2009

cocoon di lintah kedah... baguihhh punyaa..

tahun baru cina kali ni, ahli keluarga lintah kedah berkumpul di rumah mak joyah. bukan nak raya tapi ambil kesempatan berkumpul adik-beradik...

operasi lintah kedah berjalan seperti biasa... lintah kedah mencari telur lintah kering (cocoon) dalam tanah. lintah kedah nak buktikan kepada vendor-vendor lintah kedah bahawa cara ternakan yang diamalkan oleh lintah kedah adalah betul dan mendapat hasil yang maksimum. ini berikutan kemusykilan seorang vendor tentang pembiakan lintah. oi mak oiiiiiiiiii... banyak betul telur lintah...

kali ni lintah kedah nak kongsi tentang cocoon dalam tanah. kerja-kerja mencari cocoon dilakukan sendiri oleh pengurus lintah kedah (en fikri) dengan berhati-hari. takut juga terganggu habitat lintah...

hasil daripada pemerhatian, didapati cocoon dijaga dan dilindungi oleh lintah yang bersaiz besar. lintah induk yang bersaiz sederhana lebih suka menyembunyi diri di celah akar pokok. lintah ini akan bertelur di situ.

cocoon yang ditemui berbetuk seperti 'bebola span" lebih kurang sebesar biji rambutan. kulit cocoon yang keperangan akan melindungi anak-anak lintah di dalam cocoon. kelihatan anak lintah berwarna kehitaman dan seekor dua anak lintah ini cuba keluar dari cocoon. dianggarkan sebiji cocoon lintah mengandungi lebih kurang 30 ekor anak lintah.

lintah kedah sedia berkongsi cerita ini jika anda hadir ke lintah kedah. kami akan tunjukkan cocoon yang sebenar dan anda akan dapat melihat sendiri anak lintah di dalamnya...

bagi vendor lintah kedah teruskan usaha kita kerana kami di lintah kedah sangat komited untuk membantu anda dengan memberi khidmat nasihat yang terbaik. kami sememangnya yakin dengan kaedah penternakan yang diamalkan oleh lintah kedah. kaedah ini jugalah yang disarankan kepada vendor lintah kedah... semoga lintah kedah, vendor-vendor lintah kedah dan penternak lintah semua beroleh kejayaan dan keberkatan dariNya... amin.

.

Saturday, January 24, 2009

modal nak ternak lintah...! berapa wehhh...?

mai sini lintah kedah nak cerita tentang modal permulaan untuk menternak lintah. buat apa nak rahsia-rahsia...! ni lintah kedah bagi yang baguihhhh punya...!

bagi sesetengah orang yang berhajat unuk menternak lintah, modal merupakan perkara yang paling dititikberatkan. ada syarikat yang menawarkan pakej permulaan mencecah RM5000.00. mana nak cekau beb!!!... banyak sangat.

di lintah kedah, kami berusaha meminimumkan kos permulaan menternak dan kami juga berusaha memaksimumkan hasil tuaian. untuk penternakan lintah secara komersial, lintah kedah mencadangkan sekurang-kurangnya 1000 induk untuk permulaan projek . baru terasa sikit hasilnya nanti...

sebenarnya... kami mempromosikan secara pakej. dengan pakej ini kami akan tawarkan seperti yang kami janjikan di blog ini... projek lintah yang dijalankan adalah 100% hak pemilikan anda.

bagi memulakan ternakan lintah ini, modalnya tidaklah besar. kurang daripada RM2400 termasuk:
*bimbingan sebelum dan semasa menternak secara percuma
*anda boleh ternak di mana sahaja
*penyelenggaraan belut selama 6 bulan
* induk lintah permulaan 1000 ekor di lintah kedah
* kos membina/membeli kolam

walau bagaimanapun, kami sedia membantu anda untuk mencadangkan kolam yang sesuai. dengan modal sebanyak itu, anda sudah menjadi penternak lintah. hasilnya nanti... insyaallah sangat memuaskan. jika anda kreatif, mungkin anda boleh kurangkan kos ini semasa membina/membeli kolam.

sila hubungi en fikri di talian 0133507765 kerana beliau sendiri akan bincangkan kemusykilan anda dan memberi penerangan serta membimbing anda secara percuma selepas itu...

dengan itu anda tidak perlu membazir masa dan wang untuk berkursus. untuk pengetahuan anda, yuran kursus sekarang di antara RM 300 hingga RM400. jadi, dengan kami anda tak perlu bayar apa pun untuk itu. kami juga mempunyai pelan pemasaran yang afaktif... jangan bimbang...! kami akan membimbing anda. insyaallah... pulangannya pasti memuaskan.

pesanan kami... tuntutlah ilmu ini dan jangan pula dilupa ilmu akhirat. kami yakin anda sangat berpuas hati dengan tawaran hebat kami ini... kami berharap kita dapat berurusan dan berkerjasama... hubungi en fikri berkaitan masalah anda.... 0133507765. tidak mungkin lintah kedah dapat terangkan semuanya melalui laman maya ini.

jemputlah datang ke kolam kami untuk melihat sendiri aktiviti lintah kami. kami di kampung tempoyak merbok.

lintah: buat la temujanji dulu kalau nak mai...

.

Tuesday, January 20, 2009

lintah pun kena AIDS juga...!

merayap-rayap dalam internet ini... lintah kedah terjumpa satu perkara yang unik yang rasanya perlu dikongsi bersama pengunjung blog ini. artikalnya... lintah mati serta merta apabila menghisap darah pesakit AIDS.

macam mana rasanya darah pesakit AIDS ni yer?... hanya lintah yang tahu.

menurut kata pakar bekam lintah AZR Agro Centre, syahrul nizam sudin, 32,dia pernah mengalami pengalaman unik ketika membuat rawatan pesakit strok apabila lintah yang baru diletakkan mati serta-merta, begitu juga jika diletakkan di darah yang disahkan ada HIV atau AIDS.

bagi lintah kedah... ini menunjukkan virus HIV dalam darah pesakit aids memang berbahaya.
lintah kedah ingin mengajak pengunjung blog ni supaya menghindar diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendedahkan kita kepada penyakit ini.

lintah : lintah kedah memberi kredit kepada artkal ini.

.

Thursday, January 15, 2009

hati-hati dengan TANAH....

tanah boleh dijadikan aksesori dalam kolam lintah. tapi awas! tanah yang salah akan membunuh lintah. lintah kedah banyak menerima email dari penternak lintah tentang ternakan lintah mereka yang kerap mati dalam kuantiti yang banyak.

salah satu faktor kematian lintah ialah kualiti airnya. biasanya penternak lintah memang tahu tentang hal ini. faktor keasidan dan kealkalian tanah banyak dipengaruhi oleh aksesori dalaman kolam. salah satunya... TANAH.

para penternak lintah tidak mengambil berat tentang hal ini. asalkan tanah jerr... terus jer bubuh dalam kolam. bahaya beebbb...

jika mahu masukkan tanah ke dalam kolam, pastikan tanah tersebut mempunyai pH yang sesuai dengan lintah. kalau tanah masam... ia turut mempengaruhi kualiti air.

lintah: kalau guna tanah tu jugak... tukar air kolam 10 kali pun tak gunaaa....

.

Friday, January 9, 2009

balang lintah kedah...

lintah kedah mementingkan induk lintah yang berkualiti. dari itu, lintah kedah berusaha untuk membekalkan induk lintah yang produktif untuk membiak.

kini lintah kedah menggunakan balang baru untuk menyeragamkan "gaya pembungkusan" dengan meletakkan pelekat lintah kedah. kami di lintah kedah berani mengambil risiko meletakkan pelekat ini kerana kami yakin setiap ekor lintah yang terdapat dalam balang lintah kedah insyaallah berpotensi untuk membiak jika kena cara "penternakannya".

pelekat lintah kedah juga mempunyai maklumat tentang lintah kedah dan nombor pendaftaran suruhanjaya syarikat malaysia.
.

galeri kami... untuk anda...