selama ni pun lintah kedah telah berusaha untuk menembusi pasaran sabah dan sarawak. nampaknya bukan rezeki lagi. pasaran induk lintah di sana khabarnya mencecah hingga tiga ringgit seekor. lumayan tu... di semenanjung, seekor induk lintah tak sampai dua ringgit.
prosedur penghantaran lintah ke seberang laut amat melecehkan. nampaknya, jabatan kerajaan sendiri pun masih tidak dapat menentukan pihak mana yang bertanggungjawab terhadap ternakan lintah ini.
jabatan perikanan kata... ini kerja jabatan haiwan. jabatan haiwan kata.. ini kerja jabatan pertanian... fuhhhh... mana satu ni....!!prosedur kastam juga mengenakan pelbagai dokumen yang menyusahkan penghantaran. lintah perlu ditempatkan dalam bekas yang tahan hentakan dan tidak mudah pecah. lintah perlu dikuarintin apabila tiba ke destinasi.
di satu pihak lain. kami diminta melantik "seseorang" untuk menjadi agen di sabah dan sarawak bagi mengendalikan urusan penerimaan. lintah tidak boleh terus dihantar kepada pembeli.
dengan itu, pihak pengurusan lintah kedah tidak dapat meneruskan niat ini dan terpaksa ditangguhkan. di harap bakal penternak di sabah dan sarawak berusaha untuk mencari pembekal di sana. insyaallah ada...
.
No comments:
Post a Comment