...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Friday, September 19, 2008

lintah muntah !...

lintah adalah pemangsa senyap yang lemah lembut. lintah biasanya disajikan darah belut untuk membantu proses mengawan secara semula jadi. walau bagimanapun, hidupan berdarah yang lain juga boleh disajikan untuk lintah.

jangan menyajikan lintah dengan makanan yang terlalu banyak. lintah akan memuntahkan semula darah yang telah disedut apabila terlalu kenyang...dan kesannya...air kolam akan menjadi kotor.

air kolam yang mengandungi darah akan menyebabkan kualiti air tercemar, bagi menyelesaikankan masalah ini jika telah berlaku... anda terpaksa mengalirkan air baru disamping mengalirkan (buang) juga air yang tercemar. letakkan sedikit sahaja kuantiti makanan untuk lintah. sajikan seminggu sekali atau dua kali sahaja makanannya..

lintah : lintah pun nak bersih jugak...



Monday, September 15, 2008

dua jantina satu badan..,

lihatlah sendiri lakaran anatomi lintah ni. jelas mempunyai dua jantina. nak dicari gambar yang betul-betul susah sikit.

jantina jantan terletak di bahagian atas jantina betina. walau bagaimanapun lintah tidak boleh menggunakan sperma jantan dalam intuk yang sama untuk disenyawakan dengan ovul betina dari badan yang sama. lintah masih memerlukan pasangan untuk saling bertukar sperma.

lintah akan melekapkan badan dengan pasangan masing-masing untuk melepaskan sperma ke badan pasangan.

dengan kekuasaan allah inilah yang menyebabka kedua-dua ekor lintah akan bertelur.



lintah: inilah kekuasaan allah yang menguntungkan penternak lintah. setiap lintah yang dibela akan menghasilkan telur.


Friday, September 12, 2008

the leech ...

....leeches are hermaphrodites, meaning they are organisms that have both female, ovary, and male, testes, sexual reproductive organs.

starting from the anterior sucker is the jaw, the
pharynx which extends to the crop, which leads to the intestinum, where it ends at the posterior sucker. the crop is a type of stomach that works like an expandable storage compartment. the crop allows a leech to store blood up to five times its body size; because of this ability to hold blood without the blood decaying, due to bacteria living inside the crop, medicinal leeches only need to feed two times a year....
spiritus-temporis.com

Thursday, September 11, 2008

banyaknya mata lintah ...

selalu kita dengar tentang telinga lintah dalam simpulan bahasa. sebenarnya kita telah tinggalkan satu lagi keistimewaan yang ada pada lintah. lintah juga sebenarnya mempunyai mata yang hebat.

mata lintah adalah berpasang-pasangan. pasangan mata lintah bergantung kepada spesies lintah tersebut.


lintah hirudinidae mempunyai 5 pasang mata manakala lintah erpobdellidae mempunyai 3 hingga 5 pasang mata. mata lintah terletak di bahagian anterior (hadapan).

banyak kajian telah dilakukan berkaitan anatomi lintah oleh universiti di luar negara. walau bagaimanapun, kami di lintah kedah masih berusaha melihat sendiri mata lintah secara langsung dengan 'membelek-belek' lintah yang ada. buat masa sekarang ni..masih tak nampak...

lintah: manusia ada sepasang je mata, boleh nampak jelas... bagaimana la agaknya lintah ye...

Tuesday, September 9, 2008

permainya kampung tempoyak....

inilah kampung kami. namanya tak lah sesedap kampung-kampung lain. tempoyak!... nama yang sering ditertawakan apabila diberitahu kepada orang lain. lebih memburukkan lagi... bila tercatat dalam kad pengenalan kami...

tempoyak tetap kampung kami... kami bangga bila orang mudah ingat kampung kami... di sinilah kami dibesarkan sebagai budak kampung yang lasak... di sinilah kami belajar kejar ikan haruan. di sinilah kami belajar tentang bendang... dan di sinilah juga kami belajar tentang "tidak gelinya" terhadap lintah...

tempoyak sebenarnya terletak dalam kawasan lembah bujang yang menjadi tapak pemerintahan kedah tua... dari tempoyak jelas kelihatan puncak gunung jerai yang gah di kedah... lihatlah sendiri gambar yang di ambil dari tempoyak.

kini tempoyak telah dikenali ramai... projek ternakan lintah kedah telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar dan luar untuk terus berkunjung ke tempoyak...
kami bangga dengan tempoyak!... biar busuk... rasanya hebat!!..

lintah: lintah di bendang tempoyak sudah pupus kerana teknologi moden....

Sunday, September 7, 2008

unit forensik siasat lintah...

hahaha... tengok pada tajuk memang gempaq gila... bukan apalah sangat... ini adalah sambungan daripada 'post' yang lepas. apabila lintah dah mati mengejut hari tu, terfikirlah pulak nak tengok apa yang ada dalam perut lintah. konon-konon macam unit forensik polis menyiasat kematian lintah laa...

kami di lintah kedah pasti anda belum pernah mengkaji dan melihat seperti apa yang kami tunjukkan ini . di blog lintah kedah, kami akan dedahkan kepada anda walaupun perkara yang kecil tetapi ia cukup bermakna dan bermanfaat.

lintah di'bedah' menggunakan pusau. mula-mula risau jugak... takut-takut terpercik darah ke baju. maklumlah, lintah dah 'cekang dan kembang' sangat. tetapi jangkaan ini meleset apabila tiada darah langsung dalam badan lintah yang mati. tidak kelihatan juga usus dan urat-uratnya. hanya yang ada... dalamnya macam 'lengkong' kata orang kedah atau 'cincau' yang nak dibuat air untuk berbuka puasa. tu jer...

walau bagaimanapun... sampai ke sudah kami tidak menemui jawapan kenapa lintah itu mati...
ini tidaklah membimbangkan kami kerana lumrah la benda yang hidup pasti akan mati... kalau banyak lintah mati... itu lain hal... mesti diambil perhatian serius...

lintah: ....jangan geli untuk mengkaji...
tagged: ternakan lintah, lintah kedah, anak lintah, benih lintah, induk lintah, pasaran lintah

Wednesday, September 3, 2008

temui ajal...

semalam,
bila jer tengok dalam kolam, nampak satu benda pelik. besar tapi tak bergerak... rupa-rupanya ada lintah yang 'menemui ajal'.

bukanlah apa sangat nak masukkan berita ni dalam blog ni. sebenarnya dalam keadaan dan habitat semulajadi... susah sangat nak temui malah boleh dikatakan agak mustahil kita dapat lihat lintah mati... kecualilah kita bunuh dia....

di sini kami nak kongsi dengan pengunjung blog ini keadaan sebenar apabila lintah mati.

tentang bangkai lintah
* kelihatan kehitaman
* agak mengeras

* badan yang pipih akan berbentuk silinder

* badan akan kembung dan kembang

* tiada lendir


lihatlah sendiri keadaan lintah yang mati dalam kolam ternakan lintah ni...

lintah: ajal dan maut di tangan tuhan....

galeri kami... untuk anda...