...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Wednesday, December 31, 2008

oooiittt... pasai apa lintah lari keluaq ni?!...

setiap penternak lintah tentu menghadapi masalah lintah lari keluar dari kolam selepas dilepaskan. alaaa... biasa la... kalau sekoq atau dua tiga ekoq lintah yang "nakal" lari keluaq...

selepas lintah dilepaskan... lintah perlu menyuaikan diri dengan persekitaran baru. cuba kita bayangkan... lintah dah bersesak-sesak dalam balang induk pun dah lebih satu hari. itu diibarat "penjara" untuk lintah. lintah terpaksa berasak-asak untuk kemandiriannya semasa proses kita memindahkan induk. jadi, bila lepas jer... tentulah dia "happy"... lompat sana... lompat sini... panjat sana... panjat sini. tapi... ada hadnya!...

kalau dia panjat dalam jam-jam pertama selepas dilepaskan, itu adalah normal tapi jika berlarutan sehingga empat lima jam... tentu ada yang tak kena!.

lintah kedah bagi sedikit tips aaaa...

pastikan air yang disediakan dalam kolam mempunyai nilai pH air yang betul dan tidak berklorin. masukkan anti-klorin dan gunalah "tester clorin" untuk tahu tahap "keklorinannya". sakit lintah bebbbb... itu pasal dia panjat. masukkanlah lintah dua tiga ekor dulu untuk test...

pastikan juga fasalitis kolam adalah sempurna.... ada pokok tempat berlindung yang mencukupi dan lain-lainlah... haa... ini kena menuntut nie...

satu yang penting. ikhlas lintah kedah sarankan... jangan paksa dan tarik lintah dalam balang induk semasa pelepasan induk.

...hanya buka penutup balang dan rendamkan balang dalam kolam hingga semua lintah keluar.

ok... harap selesai masalah lintah panjat kolam.

.

Tuesday, December 30, 2008

mak joyah masuk wad...

sedihnya kami di lintah kedah apabila mak joyah sakit. bagi sesiapa yang selalu mengunjungi blog ini atau pernah datang ke kolam kami... tentunya kenal mak joyah. mak joyah adalah "mak" kami semua...

dah seminggu lebih mak joyah tinggal di wad. kakinya tertusuk dawai berus lantai. dalam keriangan menyambut menantu baru... mak joyah tidak sedar yang kakinya tertusuk berus dawai. sehari kemudian... kaki mak joyah mula rasa sakit. mak joyah terus dihantar ke hospital sultan abdul halim sungai petani untuk berjumpa doktor pakar. kebetulan mak joyah ada temujanji "penyakit diabetis"nya dengan doktor tersebut pada hari tu.

apa yang mendukacitakan kami... doktor tersebut mengesahkan kaki mak joyah memang tertusuk benda tajam tetapi tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh doktor tersebut. cehh... prihatin ke macam tu?... balik daripada hospital... mak joyah bertambah sakit di kakinya...

anak dan menantu baru mak joyah terus bawa ke klinik swasta di pekan merbok. benda tajam dikeluarkan. sahh!!!... memang dawai berus lantai. doktor kata dia tak boleh "cucuk" ubat sebab ada diabetis!!... issshhh... musykil... musykil. hanya diberi ubat tahan sakit..

esoknya... kaki dah mula bernanah. mak joyah dah mula kena papah. kami terus bawa ke klinik swasta di taman ria sungai petani. kena cuci dan cucuk satu jarum... legaaaa....

balik ke rumah... kaki mak joyah semakin diisi nanah... mak joyah dah tak boleh jalan... anak mak joyah yang bongsu (fikri) dapat tahu ada satu klinik diabetis di seberang prai menyediakan khidmat khusus untuk penyakit diabetis. ada disediakan wad... sehari RM 180.00... tak kisah lah perabih duit sikit... asalkan kaki mak joyah boleh sembuh. duit boleh dicari... boleh kongsi adik beradik sorang sikit... bukan boleh ditukar ganti dengan kasih sayang mak joyah kepada kami semua.

setakat hari ni dah 10 hari mak joyah dirawat. nampaknya semakin sembuh. layanan dan penjagaan pun ok kat situ... kami di lintah kedah kesuntukan masa la sikit kerana terpaksa berkejar ke wad setiap hari.

jadi... sesiapa yang nak datang ke lintah kedah... eloklah buat dulu temujanji dengan en fikri... mana la tahu... tiada siapa pula yang boleh menyambut kehadiran anda di lintah kedah.

doakanlah semoga mak joyah cepat sembuh...

.

Monday, December 29, 2008

salam ma'al hijrah 1430H

salam ma'al hijrah.
lintah kedah menadah tangan dan berdoa agar kita dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan diredhai olehNya.

dalam kesempatan ini, lintah kedah mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1430H. semoga kedatangan tahun baru islam ini dapat memberi seribu satu makna dalam kehidupan kita.
salam ma'al hijrah...

.

Friday, December 26, 2008

kitaran hidup lintah...

rasanya lintah kedah belum lagi cerita tentang kitaran hidup lintah. macam juga benda hidup yang lain... lintah juga mempunyai kitaran hidupnya yang tersendiri...

kitaran hidup lintah adalah ringkas sahaja iaitu telur, anak dan dewasa. tak macam manusia... yang dikelaskan mengikut peringkat umur yang lebih khusus.

biasanya, seminggu selepas mengawan lintah akan bertelur (disimpan di dalam cocoon). selepas 3 hingga 4 minggu, telur akan menetas di mana anak-anak lintah (juvenil) yang berwarna kemerahan akan keluar. juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah dewasa, bezanya ia bersaiz sangat kecil.

purata tempoh mula matang lintah adalah sekitar 4 hingga 6 bulan selepas keluar dari cocoon di mana pada peringkat ini ia sudah sedia untuk mengawan. lintah tempatan, hirudinaria manillensis dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mempunyai tahap pembiakan tinggi pada umur sekitar 2-3 tahun.

jadi janganlah bimbang... lintah boleh membiak banyak kali hinggalah dikatakan monopaus iaitu selepas berumur 4 tahun.

.

Tuesday, December 23, 2008

10 ribu hits di blog lintah kedah...

alhamdulillah...
blog lintah kedah semakin mendapat sambutan di kalangan peminat dan penternak lintah. pukul 7.50 malam tadi... blog lintah kedah menerima pengunjung ke 10 ribu. kami di lintah kedah sangat berbangga dengan perkembangan ini. 10 ribu hits adalah jumlah yang tinggi untuk dicapai oleh blog yang berasaskan pertanian dan ternakan...

dari itu... lintah kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang sentiasa memberi sokongan dan cadangan untuk lintah kedah khususnya dan industri ternakan lintah di malaysia amnya.

blog ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat dan menyediakan medium untuk menyampaikan maklumat terbaru di lintah kedah. kami sentiasa komited dengan hasil kerja kami.

selain itu... kami di lintah kedah "tidak menang tangan" menerima kunjungan daripada pelbagai pihak. kami akan menerangkan kepada anda hala tuju dan bimbingan untuk bakal penternak. anda di jemput mengunjungi lintah kedah... insyaallah pasti anda akan mendapat satu kelainan dan berpuas hati dengan penerangan dan layanan kami...

hubungi en fikri di talian 013-3507765 untuk mendapatkan khidmat kami.
wassalam...

.

Monday, December 22, 2008

penemuan dan mesej penting untuk penternak lintah...

bahagian kualiti dan kesihatan lintah kedah dengan rendah diri ingin mengingatkan para penternak lintah TERUTAMA vendor-vendor lintah kedah...

1. fokus kita menternak lintah buat masa ini lebih terarah kepada memperbanyakkan vendor agar dapat mengeksport lintah ke pasaran antarabangsa. tidak dinafikan, sudah ada yang berani mengeksport lintah walaupun tahu risikonya jika tidak dapat memenuhi perjanjian yang termetrai.

2. jadi...
faktanya... hampir 80% hasil ternakan lintah di malaysia sekarang tertumpu kepada menghasilkan penternak dan vendor baru... cuma dianggarkan 20% sahaja lintah yang diternak untuk pasaran produk domestik.

3. macam mana nak buat?...
perbanyakkan vendor agar kita dapat 'supply' kepada lebih ramai peraih antarabangsa...

4. apa jadi jika tak dapat perbanyakkan vendor dan penternak baru?...
alamatnya... orang yang 'last' sekali menternak lintah akan mengalami kerugian...

5. boleh capai sasaran ke?...
jawapannya BOLEH!... tapi.... ternaklah dengan ilmu dan kajian... bukannya hanya ikut orang cakap tanpa fakta... pas tu percaya bulat-bulat... kalau macam ni la kita menternak... alamatnya... tak ke mana la kita lepas ni...

6. habis!!!... penternakan sekarang ok ke tak ni???...
okkk.... cuma kekadang penternak baru menternak dengan cara yang diwarisi daripada kaedah lama yang tidak sesuai. jangan berfikiran ortodoks dengan menggunakan sebijik macam sawah padi tanpa mengambil kita pH air, tanpa tahu betapa pentingnya omega 3 dalam belut untuk penternakan lintah...

7. lagi... lagi...
penternak baru ni pulak... ada yang pantang jumpa produk untuk lintah... asalkan nama "baik untuk lintah" jer... terus beli atau jadi agen tanpa research dulu. mungkin sekarang mereka beranggapan lintah yang hidup dalam air juga sama dengan haiwan air yang lain. jika kita samakan lintah dengan haiwan air lain... kita silap...

8. di lintah kedah, dengan rendah diri kami ingin berkongsi sedikit ilmu penternakan lintah ini. matlamat kami jelas... kami nak perbanyakkan vendor khususnya daripada kalangan bumiputera supaya kita dapat kumpul lintah sama-sama dan eksprot ke pasaran luar...

9. hati-hati...
lintah tidak seperti hidupan air yang lain. lintah mempunyai "bakteria earomonas" untuk daya ketahanan (antibodi) bagi dirinya. sesetengah produk rawatan air untuk keli, udang dan sebagainya mengandungi asid laktik bakteria(LAB) dan campuran bahan lain. produk rawatan air memang diakui baik dan berkesan tapi... bukan untuk ternakan lintah!!!...

10. kenapa....?
LAB dikuatiri membunuh "bakteria earomonas" sekaligus melemahkan daya tahan sedia ada pada lintah.

11. jangan salah anggap yer....
lintah kedah sekali lagi mengakui produk LAB sangat baik untuk rawatan air bagi penternakan hidupan air yang lain... tapi kalau untuk lintah.... jangan bebbb...

12. peringatan..
ini adalah kenyataan hasil daripada perbincangan pihak lintah kedah dengan salah seorang pegawai daripada jabatan perikanan malaysia. lintah kedah sentiasa mencari kaedah terbaik untuk disampaikan kepada vendor lintah kedah secara khusus dan semua penternak lintah secara amnya... semoga diberkati olehNya.

p/s: sms daripada lintah kedah kepada vendor akan menyusul selanjutnya...

.

Thursday, December 18, 2008

ada pengumuman ni... tungguuuu....

penting...! penting...! penting...!
lintah kedah ingin menarik perhatian para pengunjung blog ini tentang satu penemuan dan pengumuman yang pasti berguna untuk semua vendor dan penternak lintah...

nantikan penemuan dan pengumuman ini pada hari isnin (22 disember 2008) nanti di blog ini.
insyaallah... jumpa nanti yer...

.

Tuesday, December 16, 2008

"proses pengikatan nitrogen" dan selanjutnya...

alhamdulillah...
kenduri di lintah kedah diadakan dengan lancar dan meriah. lintah kedah ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua "orang kampung", saudara mara, rakan niaga dan pengunjung lintah kedah yang hadir ke majlis tersebut...

tengah dok kemas-kemas barang lepas kenduri... lintah kedah menerima kunjungan istimewa "pegawai besar" berkaitan perikanan dan hidupan air. beliau merupakan bekas pengarah perikanan negeri di sebuah negeri di selatan tanahair. ini bukanlah lawatan rasmi beliau tapi hanya dianggap sebagai kunjungan "ziarah" semata-mata...

walau bagaimanapun, lintah kedah mengambil kesempatan meminta pendapat dan pandangan beliau berkaitan kualiti air dan ekosistem dalam kolam lintah. alhamdulillah... melalui perbincangan kami, banyak ilmu yang dapat "dicungkil" daripada beliau.

apa yang menarik perhatian lintah kedah... kami didedahkan dengan cara menjaga kualiti air mengikut kitaran alam semula jadi...

proses pengikatan nitrogen...

ringkasnya.... macam ni...

amonia --- nitrit --- nitrat .... bla bla bla... dan bla bla bla lagi...


fuhhh... pening kepala lintah kedah bila masuk bab-bab kimia dan biologi ni...
lintah kedah telah membuat rujukan dan pembacaan lanjut tentang proses pengikatan nitrogen dalam menyediakan persekitaran dan kualiti air yang amat berguna untuk ternakan lintah.

apa pun... mai la ke lintah kedah untuk mendapat penerangan lanjut. insyaallah... pasti anda tidak rugi mendapat informasi "proses pengikatan nitrogen" ini...

hubungi en fikri 013-3507765 untuk informasi lanjut...

.

Friday, December 12, 2008

jemputan ke majlis perkahwinan di lintah kedah...

keluarga lintah kedah berbesar hati menjemput semua pelanggan, sanak saudara dan rakan-rakan lintah kedah ke majlis perkahwinan anak perempuan mak joyah.

tarikh : 13 disember 2008 (sabtu)
masa : 12 tengahari hingga 4.00 petang
tempat : 1074A kampung tempoyak merbok
(klik lokasi lintah kedah)

semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini. amin

lintah kedah tidak beroperasi pada 11-14 disember 2008 untuk persiapan majlis perkahwinan ini.

.

Friday, December 5, 2008

salam aidil adha...

salam lebaran
lintah kedah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam aidil adha buat semua pengunjung blog lintah kedah khususnya pelanggan-pelanggan lintah kedah yang beragama islam.

semoga lebaran ini membawa seribu makna dalam kehidupan kita. marilah kita sama-sama menyambut kedatangannya dengan penuh kesyukuran.

ikhlas daripada pengurusan lintah kedah.

.

galeri kami... untuk anda...