...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Sunday, August 31, 2008

lintah 'bercempera' dalam kolam ternakan....

baru-baru ni kami di lintah kedah melakukan kerja-kerja membersihkan kolam. pokok kangkong hidup sangat subur dalam kolam. nampak semak sikit... pucuk menjalar-jalar ke atas.
bolehlah ambil sikit untuk masak 'kangkong goreng belacan'.

jadi... bila nak bersihkan kolam kenalah masuk ke dalam. terkejut si lintah bila 'ketenangan'nya terganggu. semua lintah bercempera lari dan menyerang kaki kami. dan... yang lain pula bertenggek-tenggek di tepi kanvas.

ini adalah sikap lintah yang sebenarnya... macam orang dulu-dulu kata...
"macam telinga lintah".. walaupun telinganya tidak kelihatan tapi kepekaannya terhadap persekitaran sudah terbukti...

lintah: mungkin lintah lapar kot ...

Wednesday, August 27, 2008

proses P&P di taman ternakan lintah kedah ...

cuti sekolah baru ni aku bawa anak-anak balik kampung ke rumah 'atok wan kedah' untuk 'memperkenalkan' mereka dengan lintah peliharaan kami di tapak projek lintah kedah. selama ni mereka asyik tengok lintah di internet. aku tak tahulah... apa persepsi mereka terhadap lintah selama ini...

masa sampai di rumah 'atok wan kedah' dari pahang, mereka terus pergi ke kolam lintah...
yang si abang...takut-takut... yang si adik pra sekolah...ok jer...

oooo... macam ni ke lintah...
banyak soalan yang di tanya, puas aku menjawab. bagi aku, inilah suatu cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang amat berkesan untuk anak-anak seperti mereka. bagi kita, tak ada apa yang hendak dihairankan...
tapi bagi mereka... satu yang menakjubkan....
P&P yang amat bermakna...

lintah: berilah peluang kepada anak-anak belajar dari pengalaman...

Sunday, August 24, 2008

... siapa makan siapa? ...

dulu...
lintah kedah pernah membuat suatu pendedahan eksklusif tentang bagaimana lintah boleh berada dalam usus belut selepas belut disajikan untuk makanan lintah...

pada mulanya...
kami ingat lintah bertindak begitu agresif untuk mendapatkan darah belut hingga 'sanggup' masuk ke dalam usus dan makan dari dalam.

tapi...
ternyata jangkaan kami SALAH!...

untuk pengetahuan semua, setiap haiwan mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan kemadirian spesies terpelihara.

begitu juga dengan belut...
belut akan 'mempertahankan' diri dan berusaha melindungi diri apabila terancam. ketika belut berada dalam 'sangkar maut', belut terpaksa melindungi diri daripada ancaman lintah-lintah yang rakus dengan memakan lintah yang menyerangnya. belut tidak mengunyah tetapi terus menelan lintah. lintah boleh hidup dalam usus belut hampir empat jam dalam keadaan kekurangan oksigen. walau bagaimanapun, tentunya belut akan tewas juga akhirnya dengan serangan lintah yang banyak.

keadaan ini jelas dilihat ketika kami menyajikan belut untuk lintah.

lintah: belut vs lintah... kalau lawan satu sama satu tentu lintah kalah...

Thursday, August 21, 2008

...uitm permatang pauh pula mai.....

semalam "budak-budak" uitm permatang pauh pulak mai tengok lintah. depa kata nak buat projek ternakan lintah untuk lengkapkan kerja kursus depa. enam orang semuanya....

yang seorang tu macam pensyarah... tapi bila tanya, dia kata bukan. tak pe lah... mungkin kakak depa...

apa yang pasti depa dari fakulti kejuruteraan awam. ini yang pelik ni.... apa kaitan kejuruteraan awam dengan lintah...?

kami di lintah kedah mengalu-alu kedatangan adik-adik uitm permatang pauh dan berusaha menerangkan sebaik mungkin ilmu ternakan lintah untuk dikongsi bersama. kami berharap apa yang kami berikan dapat dimanfaatkan untuk melengkapkan kerja kursus tersebut. semoga berjaya dari lintahfarm kedah untuk depa semua...


lintah : depa bermaksud 'mereka'.... guna loghat utara sikit....

Tuesday, August 19, 2008

dah nampak dah cocoon lintah...

hari ni lintah kedah cuba mencari cocoon lintah di dalam kolam. cari punya cari.... jumpalah seperti lendir di bawah batang pokok keladi bunting.

bila diamati dengan teliti.... betullah ini adalah cocoon lintah (cocoon basah) yang dicari-cari...

di sini kami ingin berkongsi bersama anda....
hanya di lintahfarm kedah....


klik gambar untuk membesarkan imej cocoon lintah

lintah: ....masih mencari cocon yang mempunyai anak lintah...

Sunday, August 17, 2008

haiwan sumber penawar penyakit...

"...saintis kini mengiktiraf ikan talapia nil, lintah dan ulat antara kaedah rawatan terbaik tanpa kesan sampingan. dua haiwan yang dipandang lebih menjijikkan dan menyebabkan sesetengah orang geli-geleman sudah pun diiktiraf sebagai alat perubatan oleh pentadbiran ubat dan makanan amerika syarikat (FDA)..."

"...ulat dan lintah adalah haiwan hidup pertama menerima pengiktirafan itu kerana terbukti berupaya merawat penyakit apabila ubat berteknologi tinggi tidak mampu berbuat apa-apa. memang tiada persoalan lagi, memikirkan untuk berada dekat dan bersentuhan dengan lintah atau ulat sudah cukup membuatkan kita geli, tetapi bagi pesakit yang dirawat dengan ‘peralatan’ ini serta doktor, memuji keberkesanan dalam mengembalikan tisu sihat..."
"..penggunaan lintah yang suka menghisap darah untuk merawat penyakit bukan perkara baru. ia sudah wujud sejak zaman hippocrates hingga pertengahan abad ke-19. pakar bedah telinga, hidung dan kerongkong universiti michigan, dr douglas chepea, antara pakar perubatan yang bergantung kepada lintah untuk merawat dua atau tiga pesakit setahun selepas membina semula wajah atau mulut yang musnah disebabkan barah..."
hazirah che sab berita harian, 12 Ogos 2007
lintah: pengiktirafan ini menyebabkan harga lintah di pasaran semakin tinggi....

Wednesday, August 13, 2008

atasi senggugut guna lintah....

"...bagi penghidap senggugut, kedatangan haid boleh menyebabkan fobia atau ketakutan kerana terpaksa menderita lagi akibat sakit perut yang keterlaluan. masalah senggugut boleh dirawat atau dikurangkan menggunakan kaedah tradisional. salah satu di antara kaedah alternatif yang popular pada masa kini ialah dengan menggunakan lintah sebagaimana diperkenalkan oleh jelitasari spa & beaute."

"bekam lintah antara yang disediakan bagi pakej rawatan senggugut yang turut mengandungi bertangas dan urutan refleksologi. melalui rawatan ini, selepas bertangas kaki pelanggan akan diurut refleksologi selama setengah jam menggunakan keratan rotan yang ditekan pada poin-poin tertentu bagi melancarkan sistem saraf tubuh."

"seterusnya, beberapa ekor lintah akan dilepaskan pada permukaan kulit yang telah disapu dengan alkohol. lintah akan ‘bertugas’ menghisap darah kotor dalam tempoh tertentu sebelum gigitan dicabut..."
sumber: utusan malaysia 12 ogos 2008
lintah: bertambahlah lagi kegunaan lintah....

Monday, August 11, 2008

apa lintah makan di habitat asal ?....

lintah merupakan sejenis parasit yang hidup menumpamg haiwan lain. sesetengah lintah akan menghisap darah manusia dan haiwan seperti lembu, kerbau dan sebagainya.

akan tetapi, sekiranya lintah tidak dapat menghisap darah dari sumber di atas, ia akan mencari mangsa lain seperti ikan, katak, belut, dan kura-kura.

selepas menghisap darah mangsa sehingga kenyang , lintah akan mencari tempat yang gelap untuk menghadamkan makanannya. tempoh penghadaman lintah agak panjang dan mampu bertahan sehingga berbulan-bulan sebelum mencari mangsa lain.

lintah: sekali makan jer... lepas tu terus puasa...

Friday, August 8, 2008

makanan lintah... macam-macam dia makan....

untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut sepanjang satu musim ternakan.

lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, kura-kura, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu termasuklah kiambang, kangkong, keladi bunting dan tumbuhan lain.

sekarang ini, banyak terdapat makanan lintah yang lebih murah dan efisyen. ini boleh menjimatkan kos ternakan...

lintah: lintah bukannya pilih sangat makanan.... asalkan kenyang jer....

Wednesday, August 6, 2008

enzim lintah dalam perubatan...

ekstrak hirudin – mengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah. mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal-sengal badan.

ekstrak pheromone – merupakan hormon yang mengeluarkan bau yang boleh menarik perhatian pasangan. berguna dalam masalah hubungan seksual.

ekstrak histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana dapat melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.

ekstrak nitric oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

lintah: banyak betul khasiat lintah...

Monday, August 4, 2008

pergerakan lintah....


cuba tengok betul-betul macam mana lintah bergerak di atas mangsanya. orang kedah kata “kesot”.... dan kalau dalam air pula lintah berenang macam duyung dalam filem maya karin tu...

penghisap hadapan (interior sucker) berfungsi sebagai alat pengesan cahaya, haba, pergerakan dan lain-lain bagi tujuan permakanan atau menghisap darah. manakala penghisap belakang (posterior sucker) berfungsi menyokong struktur bawah badan semasa bergerak atau melekat pada sesuatu permukaan serta membantu pergerakannya (seperti ulat beluncas).


lintah: demikianlah adanya pergerakan lintah.....

Sunday, August 3, 2008

lintah sawah ke yang dibela tu....?

terdapat lebih 500 jenis lintah di seluruh dunia tetapi hanya satu jenis sahaja yang digunakan dalam industri perubatan farmaseutikal iaitu hirudo medicinalis atau lebih dikenali sebagai lintah sawah (lintah kerbau).

lintah sawah boleh diperolehi di sawah padi atau di sungai. malaysia beruntung kerana mempunyai banyak sawah dan sungai. lintah sawah mempunyai satu jalur kuning di bahagian sisi perut, di bahagian bawah perut lintah pula terdapat warna hijau dan coklat, manakala bahagian atas lintah berbulu. sumber: berita harian 22 disember 2007

manakala, mengikut kajian oleh universiti malaysia terengganu pula pada tahun 2007, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan di malaysia dan selalu ditemui ialah hirudinaria manillensis.


lintah : lintah sendiri pun pening... yang mana satu betul faktanya...

Saturday, August 2, 2008

lintah hiasan... dalam P&P...

ada seorang cikgu dari kulim bagi idea baru kat aku… bela lintah hiasan untuk P&P (pengajaran dan pembelajaran) di sekolah khususnya untuk pra sekolah dan kelas pendidikan khas.

menarik juga idea tu… boleh juga anak-anak kita tahu tentang lintah… tak payah pi cari di bendang lagi. mudah sangat nak bela lintah dalam akuarium. anak-anak aku yang tahun 1 dan pra sekolah pun pening bila tengok aku edit blog lintah kedah hari-hari… asyik-asyik lintah…asyik-asyik lintah…. dia pun tak pernah tengok lintah hidup. bukan apa… malas aku nak bawa depa pi tengok projek lintah tu…

cikgu tu telah sedarkan aku sesuatu… lepas ni aku kena bawa depa dua beradik pi tengok dan pegang lintah… belajar daripada pengalaman…!!

lintah: bela lintah dalam akuarium di ruang tamu pun ok jugak… menyerlah jauh dari yang biasa…

Friday, August 1, 2008

"kemandirian" lintah... untuk jaga keturunan...

lintah… tempat yang paling senang didapati ialah di bendang. tapi la ni susah sangat nak dapat lintah. la ni…pak mat, pak usin, pak mail dan semua petani banyak guna racun serangga dan baja kimia untuk padi…. lintah pun turut mati…

lintah ni tidak mampu hidup pada pH 5.0 dan ke bawah iaitu tidak boleh hidup dengan keadaan tanah dan air berasid.

kebanyakan lintah sukakan tanah yang berlumpur dan ada juga yang suka pasir. biasanya apabila musim kemarau, lintah-lintah ini akan menanam diri dan bersembunyi di dalam lumpur untuk jangka masa yang lama untuk memastikan keturunannya tidak pupus.

dan satu lagi tentang lintah…..lintah boleh hidup dalam keadaan kekurangan oksigen dan makanan...

lintah: kurang oksigen?.. patutlah dah dua jam dalam perut belut pun boleh hidup lagi….

galeri kami... untuk anda...