...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Wednesday, December 31, 2008

oooiittt... pasai apa lintah lari keluaq ni?!...

setiap penternak lintah tentu menghadapi masalah lintah lari keluar dari kolam selepas dilepaskan. alaaa... biasa la... kalau sekoq atau dua tiga ekoq lintah yang "nakal" lari keluaq...

selepas lintah dilepaskan... lintah perlu menyuaikan diri dengan persekitaran baru. cuba kita bayangkan... lintah dah bersesak-sesak dalam balang induk pun dah lebih satu hari. itu diibarat "penjara" untuk lintah. lintah terpaksa berasak-asak untuk kemandiriannya semasa proses kita memindahkan induk. jadi, bila lepas jer... tentulah dia "happy"... lompat sana... lompat sini... panjat sana... panjat sini. tapi... ada hadnya!...

kalau dia panjat dalam jam-jam pertama selepas dilepaskan, itu adalah normal tapi jika berlarutan sehingga empat lima jam... tentu ada yang tak kena!.

lintah kedah bagi sedikit tips aaaa...

pastikan air yang disediakan dalam kolam mempunyai nilai pH air yang betul dan tidak berklorin. masukkan anti-klorin dan gunalah "tester clorin" untuk tahu tahap "keklorinannya". sakit lintah bebbbb... itu pasal dia panjat. masukkanlah lintah dua tiga ekor dulu untuk test...

pastikan juga fasalitis kolam adalah sempurna.... ada pokok tempat berlindung yang mencukupi dan lain-lainlah... haa... ini kena menuntut nie...

satu yang penting. ikhlas lintah kedah sarankan... jangan paksa dan tarik lintah dalam balang induk semasa pelepasan induk.

...hanya buka penutup balang dan rendamkan balang dalam kolam hingga semua lintah keluar.

ok... harap selesai masalah lintah panjat kolam.

.

Tuesday, December 30, 2008

mak joyah masuk wad...

sedihnya kami di lintah kedah apabila mak joyah sakit. bagi sesiapa yang selalu mengunjungi blog ini atau pernah datang ke kolam kami... tentunya kenal mak joyah. mak joyah adalah "mak" kami semua...

dah seminggu lebih mak joyah tinggal di wad. kakinya tertusuk dawai berus lantai. dalam keriangan menyambut menantu baru... mak joyah tidak sedar yang kakinya tertusuk berus dawai. sehari kemudian... kaki mak joyah mula rasa sakit. mak joyah terus dihantar ke hospital sultan abdul halim sungai petani untuk berjumpa doktor pakar. kebetulan mak joyah ada temujanji "penyakit diabetis"nya dengan doktor tersebut pada hari tu.

apa yang mendukacitakan kami... doktor tersebut mengesahkan kaki mak joyah memang tertusuk benda tajam tetapi tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh doktor tersebut. cehh... prihatin ke macam tu?... balik daripada hospital... mak joyah bertambah sakit di kakinya...

anak dan menantu baru mak joyah terus bawa ke klinik swasta di pekan merbok. benda tajam dikeluarkan. sahh!!!... memang dawai berus lantai. doktor kata dia tak boleh "cucuk" ubat sebab ada diabetis!!... issshhh... musykil... musykil. hanya diberi ubat tahan sakit..

esoknya... kaki dah mula bernanah. mak joyah dah mula kena papah. kami terus bawa ke klinik swasta di taman ria sungai petani. kena cuci dan cucuk satu jarum... legaaaa....

balik ke rumah... kaki mak joyah semakin diisi nanah... mak joyah dah tak boleh jalan... anak mak joyah yang bongsu (fikri) dapat tahu ada satu klinik diabetis di seberang prai menyediakan khidmat khusus untuk penyakit diabetis. ada disediakan wad... sehari RM 180.00... tak kisah lah perabih duit sikit... asalkan kaki mak joyah boleh sembuh. duit boleh dicari... boleh kongsi adik beradik sorang sikit... bukan boleh ditukar ganti dengan kasih sayang mak joyah kepada kami semua.

setakat hari ni dah 10 hari mak joyah dirawat. nampaknya semakin sembuh. layanan dan penjagaan pun ok kat situ... kami di lintah kedah kesuntukan masa la sikit kerana terpaksa berkejar ke wad setiap hari.

jadi... sesiapa yang nak datang ke lintah kedah... eloklah buat dulu temujanji dengan en fikri... mana la tahu... tiada siapa pula yang boleh menyambut kehadiran anda di lintah kedah.

doakanlah semoga mak joyah cepat sembuh...

.

Monday, December 29, 2008

salam ma'al hijrah 1430H

salam ma'al hijrah.
lintah kedah menadah tangan dan berdoa agar kita dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan diredhai olehNya.

dalam kesempatan ini, lintah kedah mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1430H. semoga kedatangan tahun baru islam ini dapat memberi seribu satu makna dalam kehidupan kita.
salam ma'al hijrah...

.

Friday, December 26, 2008

kitaran hidup lintah...

rasanya lintah kedah belum lagi cerita tentang kitaran hidup lintah. macam juga benda hidup yang lain... lintah juga mempunyai kitaran hidupnya yang tersendiri...

kitaran hidup lintah adalah ringkas sahaja iaitu telur, anak dan dewasa. tak macam manusia... yang dikelaskan mengikut peringkat umur yang lebih khusus.

biasanya, seminggu selepas mengawan lintah akan bertelur (disimpan di dalam cocoon). selepas 3 hingga 4 minggu, telur akan menetas di mana anak-anak lintah (juvenil) yang berwarna kemerahan akan keluar. juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah dewasa, bezanya ia bersaiz sangat kecil.

purata tempoh mula matang lintah adalah sekitar 4 hingga 6 bulan selepas keluar dari cocoon di mana pada peringkat ini ia sudah sedia untuk mengawan. lintah tempatan, hirudinaria manillensis dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mempunyai tahap pembiakan tinggi pada umur sekitar 2-3 tahun.

jadi janganlah bimbang... lintah boleh membiak banyak kali hinggalah dikatakan monopaus iaitu selepas berumur 4 tahun.

.

Tuesday, December 23, 2008

10 ribu hits di blog lintah kedah...

alhamdulillah...
blog lintah kedah semakin mendapat sambutan di kalangan peminat dan penternak lintah. pukul 7.50 malam tadi... blog lintah kedah menerima pengunjung ke 10 ribu. kami di lintah kedah sangat berbangga dengan perkembangan ini. 10 ribu hits adalah jumlah yang tinggi untuk dicapai oleh blog yang berasaskan pertanian dan ternakan...

dari itu... lintah kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang sentiasa memberi sokongan dan cadangan untuk lintah kedah khususnya dan industri ternakan lintah di malaysia amnya.

blog ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat dan menyediakan medium untuk menyampaikan maklumat terbaru di lintah kedah. kami sentiasa komited dengan hasil kerja kami.

selain itu... kami di lintah kedah "tidak menang tangan" menerima kunjungan daripada pelbagai pihak. kami akan menerangkan kepada anda hala tuju dan bimbingan untuk bakal penternak. anda di jemput mengunjungi lintah kedah... insyaallah pasti anda akan mendapat satu kelainan dan berpuas hati dengan penerangan dan layanan kami...

hubungi en fikri di talian 013-3507765 untuk mendapatkan khidmat kami.
wassalam...

.

Monday, December 22, 2008

penemuan dan mesej penting untuk penternak lintah...

bahagian kualiti dan kesihatan lintah kedah dengan rendah diri ingin mengingatkan para penternak lintah TERUTAMA vendor-vendor lintah kedah...

1. fokus kita menternak lintah buat masa ini lebih terarah kepada memperbanyakkan vendor agar dapat mengeksport lintah ke pasaran antarabangsa. tidak dinafikan, sudah ada yang berani mengeksport lintah walaupun tahu risikonya jika tidak dapat memenuhi perjanjian yang termetrai.

2. jadi...
faktanya... hampir 80% hasil ternakan lintah di malaysia sekarang tertumpu kepada menghasilkan penternak dan vendor baru... cuma dianggarkan 20% sahaja lintah yang diternak untuk pasaran produk domestik.

3. macam mana nak buat?...
perbanyakkan vendor agar kita dapat 'supply' kepada lebih ramai peraih antarabangsa...

4. apa jadi jika tak dapat perbanyakkan vendor dan penternak baru?...
alamatnya... orang yang 'last' sekali menternak lintah akan mengalami kerugian...

5. boleh capai sasaran ke?...
jawapannya BOLEH!... tapi.... ternaklah dengan ilmu dan kajian... bukannya hanya ikut orang cakap tanpa fakta... pas tu percaya bulat-bulat... kalau macam ni la kita menternak... alamatnya... tak ke mana la kita lepas ni...

6. habis!!!... penternakan sekarang ok ke tak ni???...
okkk.... cuma kekadang penternak baru menternak dengan cara yang diwarisi daripada kaedah lama yang tidak sesuai. jangan berfikiran ortodoks dengan menggunakan sebijik macam sawah padi tanpa mengambil kita pH air, tanpa tahu betapa pentingnya omega 3 dalam belut untuk penternakan lintah...

7. lagi... lagi...
penternak baru ni pulak... ada yang pantang jumpa produk untuk lintah... asalkan nama "baik untuk lintah" jer... terus beli atau jadi agen tanpa research dulu. mungkin sekarang mereka beranggapan lintah yang hidup dalam air juga sama dengan haiwan air yang lain. jika kita samakan lintah dengan haiwan air lain... kita silap...

8. di lintah kedah, dengan rendah diri kami ingin berkongsi sedikit ilmu penternakan lintah ini. matlamat kami jelas... kami nak perbanyakkan vendor khususnya daripada kalangan bumiputera supaya kita dapat kumpul lintah sama-sama dan eksprot ke pasaran luar...

9. hati-hati...
lintah tidak seperti hidupan air yang lain. lintah mempunyai "bakteria earomonas" untuk daya ketahanan (antibodi) bagi dirinya. sesetengah produk rawatan air untuk keli, udang dan sebagainya mengandungi asid laktik bakteria(LAB) dan campuran bahan lain. produk rawatan air memang diakui baik dan berkesan tapi... bukan untuk ternakan lintah!!!...

10. kenapa....?
LAB dikuatiri membunuh "bakteria earomonas" sekaligus melemahkan daya tahan sedia ada pada lintah.

11. jangan salah anggap yer....
lintah kedah sekali lagi mengakui produk LAB sangat baik untuk rawatan air bagi penternakan hidupan air yang lain... tapi kalau untuk lintah.... jangan bebbb...

12. peringatan..
ini adalah kenyataan hasil daripada perbincangan pihak lintah kedah dengan salah seorang pegawai daripada jabatan perikanan malaysia. lintah kedah sentiasa mencari kaedah terbaik untuk disampaikan kepada vendor lintah kedah secara khusus dan semua penternak lintah secara amnya... semoga diberkati olehNya.

p/s: sms daripada lintah kedah kepada vendor akan menyusul selanjutnya...

.

Thursday, December 18, 2008

ada pengumuman ni... tungguuuu....

penting...! penting...! penting...!
lintah kedah ingin menarik perhatian para pengunjung blog ini tentang satu penemuan dan pengumuman yang pasti berguna untuk semua vendor dan penternak lintah...

nantikan penemuan dan pengumuman ini pada hari isnin (22 disember 2008) nanti di blog ini.
insyaallah... jumpa nanti yer...

.

Tuesday, December 16, 2008

"proses pengikatan nitrogen" dan selanjutnya...

alhamdulillah...
kenduri di lintah kedah diadakan dengan lancar dan meriah. lintah kedah ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua "orang kampung", saudara mara, rakan niaga dan pengunjung lintah kedah yang hadir ke majlis tersebut...

tengah dok kemas-kemas barang lepas kenduri... lintah kedah menerima kunjungan istimewa "pegawai besar" berkaitan perikanan dan hidupan air. beliau merupakan bekas pengarah perikanan negeri di sebuah negeri di selatan tanahair. ini bukanlah lawatan rasmi beliau tapi hanya dianggap sebagai kunjungan "ziarah" semata-mata...

walau bagaimanapun, lintah kedah mengambil kesempatan meminta pendapat dan pandangan beliau berkaitan kualiti air dan ekosistem dalam kolam lintah. alhamdulillah... melalui perbincangan kami, banyak ilmu yang dapat "dicungkil" daripada beliau.

apa yang menarik perhatian lintah kedah... kami didedahkan dengan cara menjaga kualiti air mengikut kitaran alam semula jadi...

proses pengikatan nitrogen...

ringkasnya.... macam ni...

amonia --- nitrit --- nitrat .... bla bla bla... dan bla bla bla lagi...


fuhhh... pening kepala lintah kedah bila masuk bab-bab kimia dan biologi ni...
lintah kedah telah membuat rujukan dan pembacaan lanjut tentang proses pengikatan nitrogen dalam menyediakan persekitaran dan kualiti air yang amat berguna untuk ternakan lintah.

apa pun... mai la ke lintah kedah untuk mendapat penerangan lanjut. insyaallah... pasti anda tidak rugi mendapat informasi "proses pengikatan nitrogen" ini...

hubungi en fikri 013-3507765 untuk informasi lanjut...

.

Friday, December 12, 2008

jemputan ke majlis perkahwinan di lintah kedah...

keluarga lintah kedah berbesar hati menjemput semua pelanggan, sanak saudara dan rakan-rakan lintah kedah ke majlis perkahwinan anak perempuan mak joyah.

tarikh : 13 disember 2008 (sabtu)
masa : 12 tengahari hingga 4.00 petang
tempat : 1074A kampung tempoyak merbok
(klik lokasi lintah kedah)

semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini. amin

lintah kedah tidak beroperasi pada 11-14 disember 2008 untuk persiapan majlis perkahwinan ini.

.

Friday, December 5, 2008

salam aidil adha...

salam lebaran
lintah kedah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam aidil adha buat semua pengunjung blog lintah kedah khususnya pelanggan-pelanggan lintah kedah yang beragama islam.

semoga lebaran ini membawa seribu makna dalam kehidupan kita. marilah kita sama-sama menyambut kedatangannya dengan penuh kesyukuran.

ikhlas daripada pengurusan lintah kedah.

.

Sunday, November 30, 2008

cerita bekam penyakit berangkai...

kelmarin... aku ada bawa isteri dengan mak mertua aku pi jalan-jalan di temerloh. bila dah cuti sekolah ni... nak juga jalan-jalan cuci mata... hahaha...

jalan punya jalan... jumpa expo jualan sempena aidiladha. kat situ ada satu gerai urut kaki dan bekam. aku ambil kesempatan untuk test urutan refleksiologi... macam best jer...

uuuhhh.... bila jer urut... macam-macam penyakit la yang dikenal pasti oleh "tukang urut" tu... dia kata aku ada potensi kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, gaout, kolestrol tinggi, darah kotor, angin satu badan, magrin bla bla bla bla... dan bla bla bla lagi...

huhh... banyak betul. biar betul mamat ni... aku dengar dan layan jer la... harap-harap tak betullah apa yang mamat ni cakap. aku rasa sihat wal afiat jer... melampau betul... banyak betul penyakit yang dikenal pasti... boleh mati cepat aku kali ni... hahaha...

"bang... boleh ubat ker penyakit-penyakit tu?" aku tanya la tukang urut tu...
"ooo... bolehhhh..." kata mamat tukang urut tu.
"kita ada jual ubat... bla bla bla bla..."
dia terangkan kat aku... aku layan lagi.

"bekam pun okey bang... ini sunnah rasullullah...". aku mula tertarik bila cerita bab bab bekam ni...

"berapa?.. berapa puluh?..."

"satu pam sepuluh get jer bang...". aku mula congak satu pam sepuluh get... kalau sepuluh... dah seratus get... kang kalau dia bubuh dua puluh pam... mampus aku nak bayaq... bawa lapan puluh get jer...

aku layan lagi...
"nak tanya sikit ni bang... eee... bekam lintah dangan bekam yang abang buat ni sama ker manfaatnya?" aku cuba 'pancing' ilmu dia.

"ooo... sama jaa... tapi... bekam lintah ni leceh sikit".

"ngapenye" ceh... terkeluaq pulak loghat temerloh dari mulut aku.

"bekam lintah ni makan masa lama.. darah pulak keluar sikit jer... lintah susah pulak nak cari... bla bla bla bla... asasnya sama la... nak keluarkan darah kotor..." kata mamat tu.

"kalau bekam pam tu... kita boleh sedut banyak darah... sekejap jer..."

"eeemm... abang tahu ker kat mana boleh dapat lintah kalau nak bekam lintah?!... susah oooo nak cari..."
dia pulak yang tanya aku..

malas aku nak cakap. aku geleng jer... malas aku nak layan dia lagi. banyak sangat penyakit aku... hilang mood aku!.

aku tak jadi nak bekam kali ni... mak mertua aku beli ubat tu sebab dia yakin sangat kawan mamat tu terangkan kat dia...

bini aku?... dia pun nak beli jugak... aku suruh dia balik fikir dulu... huhuhu... muncung jer dia balik ngan aku sebab aku tak bagi beli... dekat 200 hingget beb... pikir dulu...

balik rumah aku tanya la pompuan aku... dia pulak sakit apa?... ceh... sakit yang sama jugak... bla bla bla bla bla... penyakit yang panjang lebar tu jugak...

harap-harap tak betul lah penyakit berangkai tu....
hahahaha... macam filem p.ramlee la pulak...hai obat... hai obat... mari beli obat...

.

Friday, November 28, 2008

cerita panas !... lintah membiak dalam perut !!?...

huhhh... cerita panas ni....
lintah kedah dapat dari satu laman blog milik pujiono, seorang pekerja media yang tinggal di tangerang...

ceritanya...
dia mendapat email yang menceritakan tentang lintah membiak dalam petut manusia. lintah kedah copy bulat-bulat apa yang dia tulis dan memberi kredit kepadanya melalui link ke blog jalansutera.com untuk anda baca email asal yang dihantar kepadanya.

hi hah yang dia tulis...

Hoax Kangkung itu

Posted by JalanSutera.com™ in Blog.
trackback


kangkung lezat

Hari ini paling tidak saya menerima dua email yang berisi cerita tentang seorang anak di Singapura atau Malaysia yang meninggal gara-gara di dalam perutnya hidup lintah yang berasal dari kangkung yang dimakannya.

Terus terang saya senyam-senyum saja membaca email ini. Ini pasti hoax, email boongan itu. Mengapa saya mengatakan ini kabar bohong?

  • Sejak berabad-abad lalu kangkung sudah dimasak seperti sekarang. Belum ada satu kasus pun yang mengatakan bahwa lintah masih tetap hidup di dalam perut terbawa kangkung yang kita makan.
  • Jika memang ini berita benar, mengapa tidak ada liputannya di media koran, majalah, televisi atau juga web.
  • Cerita dalam email ini tidak secara spesifik menunjukkan waktu dan tempat perisitiwa ini terjadi. Sang penulis hanya mengatakan bahwa tempatnya di Malaysia atau di Singapura. Wah…
  • Cerita dalam email ini juga tidak secara spesifik menunjuk nama orang, nama dokter, nama rumah sakit yang bisa dijadikan rujukan. Hanya disebutkan anak yang keren, dokter yang kebingungan, dan seterusnya.

Kesimpulannya:

  • Cerita di bawah ini hanya omong kosong saja
  • Tidak perlu memforwad email ini ke orang lain lagi. Stop sampai di sini saja.
  • Lain kali, kalau forward email, dibaca-baca dulu dong.. Jangan main “tendang”.
  • Hihihihi… ayo makan kangkung lagi saja…
klik sini untuk kisah selanjutnya...

.

Tuesday, November 25, 2008

kelebihan terapi lintah...

dalam posting minggu lepas... lintah kedah ada ceritakan tentang bagaimana lintah "berkerja" bertungkus lumus untuk menyambungkan kapilari seorang pesakit yang putus telinga. kali ni lintah kedah nak senaraikan kelebihan terapi menggunakan lintah pula...

kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. satu daripada bahan pertama yang dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah).

secara umumnya, kesan daripada bahan aktif biologi lintah ke atas organisma hidup:

1. menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
2. kesan anti-inflamasi yang amat cepat
3. kesan anti stress dan adaptonege
4. kesan immunostimulating dan immunomodulating
5. anesthesia
6. anti pembekuan
7. kesan anti bacteria
8. membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh

inilah antara kelebihan terapi lintah... dan satu lagi.... katanya terapi lintah juga boleh digunakan untuk membantu merawat kanser payu dara dan senggugut.

lintah kedah masih mencari lagi faedah lintah yang lain. nanti kalau dapat... lintah kedah akan kongsi bersama anda...

.

Monday, November 24, 2008

masej daripada pengurus lintah kedah...

khas untuk para penternak dan penternak baru!...

ada beza ke lintah yang diternak dan lintah sawah ?!!...


jika lintah sawah dan lintah yang
diternak dari kecil diletakkan di badan untuk berbekam, KUALITInya adalah sama.

TAPI !!...

KUALITI untuk penternakan (pembiakan) punyai perbezaan yang nyata. jadi... jangan menuding jari terus kalau kita menternak dan kita gagal dalam projek ini.

paling penting...

1. kualiti lintah induk dan penyediaan kolam
2. nisbah kuantiti lintah induk dengan keluasan kolam
3. nisbah tanah tanah dalam kolam dengan kuantiti air
4. nisbah kedalaman air dengan kuantiti lintah induk

kegagalan orang yang menternak dengan cara yang salah kelak akan memberi kesan kepada orang lain.

di lintah kedah...
kami menyediakan induk yang berkualiti untuk penternakan dan pembiakan yang afektif.

insyaallah... saya (en fikri) akan berkongsi dan membimbing mereka yang inginkan ilmu penternakan ini dengan percuma berdasarkan syarat pakej yang ditawarkan.

apa pun hubungi en fikri (013-3507765) untuk penerangan lanjut.

.

Saturday, November 22, 2008

khidmat komuniti : hati-hati dengan keylogger...

kali ni lintah kedah nak kongsi informasi tentang peralatan komputer dan tak ada kena mengena dengan lintah. tapi.... mungkin ada kena mengena dengan pengunjung yang melawat blog lintah kedah..!!

awat pulak ?... benda apa ni?...

inilah keylogger. alat ini menggunakan bateri kecil yang boleh menyimpan semua alamat website yang anda layari dan juga setiap ketukan yang anda ketuk pada keyboard.

mudah saja nak akses kembali apa yang telah diakses oleh orang lain. kalau dia dapat maybank2u.. abis lah... yang jahat senang dibuat..yang elok juga senang dibuat tapi susah nak dilaksanakan. betul tak?!

for your information... be careful...
hati-hati kalau guna PC di tempat umum atau cyber cafe... tengok belakang PC... kalau ada benda ni di belakang PC... jangan pakai PC tuu...

alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yang berhubung ke PC. keylogger digunakan untuk menyimpan semua data yang telah diketuk oleh keyboard itu... alat ini biasanya digunakan di internet kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang.

maka berhati-hatilah... terutama anda yang menggunakan internet di tempat seperti itu untuk mengakses akaun bank online atau site penting yang lain. setelah anda masuk ke akaun bank dan meninggalkan PC... dengan mudahnya orang lain akan membuka akaun itu kembali kerana maklumat yang anda ketuk telah tersimpan di dalam black device.

jadi... sebaiknya anda periksa dahulu PC... manalah tahu sesuatu yang mencurigakan ada di belakang PC sebelum menggunakan internet di tempat umum untuk mengakses site penting.

semoga informasi ini berguna untuk anda semua dan boleh mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan.

lintah : informasi dari blog sahabat lintah kedah.
terima kasih amar...

.

Thursday, November 20, 2008

apa lintah boleh buat ?!!...

cuba tengok baik-baik terapi lintah di bawah ni... lintah kedah ambil artikel ni dari carian di blog sahabat lintah yang lain. lintah kedah turut ingin berkongsi maklumat bersama para pengunjung blog ini. selama ni... ramai sangat orang tanya... "buat apa bela lintah ni?"... haaaa.... ni ha jawapannya...


seorang lelaki kulit putih berumur 45 tahun mengalami putus telinga di bahagian dua per tiga telinga kanannya. telinga itu di sambung semula mengunakan microovascular anastomosis pada kapilari luaran yang kecil. tiada veins yang boleh digunakan untuk anastomosis. tidak lama selepas anastomosis, berlaku venous congestion yang jelas. lintah perubatan digunakan untuk merawat venous congestion.

24 Jam24 jam selepas pembedahan
gambar menunjukkan beberapa venous congestion dalam telinga yang disambung semula diikuti avulsion lengkap.
48 Jam48 jam selepas pembedahan
tiga ekor lintah telah di gunakan setiap 8 jam.
kemajuan yang jelas dapat dilihat.
72 Jam72 jam selepas pembedahan
tiga ekor lintah telah digunakan setiap 8 jam untuk jangkamasa 14 ke 30 minit. kemajuan dalam perubahan warna dan bengkak menyusut serta congestion dikesan.
6 Hari6 hari selepas pembedahan
seluruh telinga yang disambung semula dapat digunakan dan pulih dengan baik. kapilari darah dapat disambung dengan bantuan lintah.
2 Bulandua bulan selepas pembedahan
pemulihan lengkap telinga yang disambung semula

prosedur yang dimuatkan dalam kes ini telah dijalankan dengan jayanya oleh Dr. Kulwant S. Bhangoo, M.D.,F.R.C.S., FACS, FICS, Chief of Plastic Surgery at Mercy Hospital, Buffalo, New York.

di malaysia penggunaan terapi lintah buat masa ini hanya terhad kepada kes-kes yang kecil seperti magrin, senggugut, gatal-gatal dan sebagainya.

khidmat perawatan lintah di malaysia ada ditawarkan oleh beberapa spa dan pusat rawatan kecantikan di seluruh negara. walau bagaimanapun, perawatan menggunakan lintah di malaysia masih kurang.

.

Tuesday, November 18, 2008

antara beer, bawang putih dan lintah !...

pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku jika anda mencelupkan lintah dalam beer?.... tak pernah?! sebenarnya... kelakuan lintah akan berubah.

lintah akan meliukkan badan bahagian hadapan, berkelakuan tidak menentu dan jatuh pengsan. mungkin bukan sesuatu yang menghairankan... tapi yang pasti bukanlah pasal lintah mabuk "terminum beer". lintah berkelakuan demikian kerana tindak balas alkohol dalam beer terhadap lintah menyebabkan metabolisma lintah terganggu.


menguji bawang putih pada lintah pula memberi kesan yang lebih jelas dan "mengharukan". dalam satu ujian kecil, sentuhan yang mempunyai bawang putih walaupun sedikit menyebabkan kematian "total" pada lintah.


komposisi bawang putih:
KANDUNGAN KIMIA : dari umbi bawang putih per 100 gram mengandung : - protein sebanyak 4,5 gram. - lemak 0,20 gram, - hidrat arang 23, 1 0 gram, - vitamin B 1 0,22 miligram, - vitamin C 1 5 miligram, - kalori 95 kalori, - posfor 134 miligram, - kalsium 42 miligrain. - besi 1 miligram dan - air 71 gram. di samping itu dari beberapa penelitian umbi bawang putih mengandung zat aktif awcin, awn, enzim alinase, germanium, sativine, sinistrine, selenium, scordinin, nicotinic acid.



ternyata apa saja bahan yang mengandungi asid akan memberi ancaman kepada lintah. walau bagaimanapun, lintah kedah tidak pernah buat "kajian" terhadap lintah seperti yang dinyatakan di atas. info ni lintah kedah dapatkan dari sumber yang boleh dipercayai. semoga info ini berguna kepada anda.

lepas ni... kalau takut gigitan lintah dan terpaksa juga ke bendang... bolehlah buat pilihan ini... beer atau bawang putih !!!?...

.

Sunday, November 16, 2008

eksklusif : lintah lut sinar...

lintah kedah sentiasa mendedahkan kepada anda tentang apa yang berlaku di lintah kedah dan berkaitan alam lintah. sekali lagi lintah kedah ingin mendedahkan kepada para pengunjung blog ini gambar eksklusif berkaitan lintah.

sebenarnya sudah lama kami mencari anak lintah yang "lut sinar" dan masih kecil. baru-baru ini kami berjaya menemuinya... lintah ini seakan-akan anak cacing dan masih lut sinar. maksudnya... kita masih boleh nampak objek di belakang melalui badan anak lintah. sungguh kecil dan sangat susah untuk ditemui.

lintah yang masih kecil dan lut sinar biasanya akan hidup di akar-akar pokok untuk melangsungkan kemandiriannya. anak lintah tidak boleh terdedah kepada persekitaran yang luas dan ekstrim. alaaaa... macam budak-budak juga laa...

musuh utama anak lintah lut sinar adalah anak-anak ikan khususnya "ikan kemeras" dan hidupan pemangsa lain.

lintah kedah seronok berkongsi informasi dengan anda semua. teruskan sokongan kepada lintah kedah.... jumpa lagi...

.

Wednesday, November 12, 2008

eksklusif : darah belut !!!...

seperti yang lintah kedah janjikan... kali ni lintah kedah nak dedahkan kenapa belut menjadi hidangan utama dalam industri ternakan lintah.

lintah kedah mengambil kesempatan melihat sendiri kuantiti dan kualiti darah belut semasa mak joyah siangkan belut untuk juadah tengahari keluarga kami.

lihat sendiri darah belut yang masih segar. darah belut memang banyak berbanding darah keli dan ikan-ikan lain. darah merah segar menggambarkan kualitinya. kita sebagai insan yang berfikir... tentu boleh membandingkan sendiri kualiti lintah yang disaji darah belut dengan lintah yang diberi makan makanan alternatif.

kami di lintah kedah tetap menggunakan belut dalam projek ternakan ini. tidak mengapa kami "korbankan" sedikit kos penternakan... asalkan kami dapat membekalkan induk lintah yang amat berkualiti kepada anda!!!...

sehubungan itu... kami menawarkan pakej lintah kedah. pasti anda tidak rugi berurusan dengan kami... insyaallah. hubungi en fikri 013-3507765 untuk penawaran induk lintah yang berkualiti...

.

Tuesday, November 11, 2008

berdoalah untuk mereka...

hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan menghadapi peperiksan sijil pelajaran malaysia (SPM). lintah kedah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan.

para pengunjung blog lintah kedah...
marilah bersama-sama kita mendoakan mereka. sesungguhnya doa orang yang ikhlas akan dimakbulkan allah. insyaallah...



ya allah ya rahman ya rahim...
kami memohon kepada mu ya allah
tenangkanlah hati anak-anak kami
terangkanlah hati adik-adik kami
untuk menghadapi peperiksaan ini

ya allah ya rahman ya rahim...
jauhilah mereka daripada rasa buntu, rasa resah dan rasa gemuruh
berikanlah kekuatan dan semangat kepada mereka
semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat

ya allah ya rahman ya rahim...
tambahkanlah ilmu mereka
tambahkanlah keimanan mereka

perbaikilah akhlak mereka
semoga mereka menjadi insan yang mulia
untuk agama bangsa dan negara

amin ya rabbal alamin...

.

Monday, November 10, 2008

belut : khasiatnya wowww !!...

selalunya lintah kedah banyak menerangkan tentang lintah dan penggunaan hasil lintah. kali ini lintah kedah nak berkongsi informasi tentang "makanan" kegemaran lintah. sang belut !!...

selain disajikan kepada lintah. lintah kedah juga ambil kesempatan untuk memakan belut sebagai juadah ketika keluarga lintah kedah berkumpul ramai-ramai.... sedaaappp....

disenaraikan di bawah.... khasiat sang belut !!..

sebagai sumber tenaga...
belut boleh dijadikan sumber tenaga dan protein. dilihat pada komposisi gizinya, belut mempunyai nilai tenaga yang cukup tinggi, iaitu 303 kkal per 100 gram dagingnya. nilai tenaga belut jauh lebih tinggi dibandingkan telur (162 kkal/ 100 g tanpa kulit) dan daging lembu (207 kkal per 100 g).


sumber protein...

protein belut pula kaya dengan asid amino yang lengkap iaitu leusin, lisin, asid aspartat, dan asid glutamat. leusin dan isoleusin merupakan asid amino esensial yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak dan menjaga keseimbangan nitrogen pada orang dewasa.


sedap...

tingginya kadar asid glutamat pada belut menjadikan belut sangat sedap dimakan. dalam proses pemasakannya tidak perlu lagi ditambah monosodium glutamat (MSG).

pencegah kanser...

kandungan arginin (asid amino nonesensial) pada belut
dapat mempengaruhi produksi hormon pertumbuhan manusia yang dikenali sebagai "human growth hormone" (HGH). HGH ini akan membantu meningkatkan kesihatan otot dan mengurangkan pertambahan lemak dalam badan. hasil uji kaji makmal menunjukkan bahawa arginin berfungsi mencegah pertumbuhan sel-sel kanser payudara.

kaya mineral dan vitamin...

belut kaya dengan zat besi (20 mg/100 g), jauh lebih tinggi dibandingkan zat besi pada telur dan daging (2,8 mg/ 100g). zat besi sangat diperlukan tubuh
kita untuk mencegah anemia gizi. zat besi berguna untuk membentuk hemoglobin darah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh badan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sehingga tidak mudah terserang pelbagai penyakit berjangkit. belut juga kaya akan vitamin B yang penting untuk otak berfungsi normal, membantu membentuk protein, hormon dan sel darah merah.

tetapi awassss...
l
emaknya cukup tinggi ... meskipun mempunyai nilai gizi yang tinggi, kandungan lemak pada belut cukup tinggi, iaitu mencapai 27 g per 100 g. lebih tinggi dibandingkan lemak pada telur (11,5 g/100 g) dan daging lembu (14,0 g/100 g). di antara kelompok ikan, belut digolongkan sebagai ikan berkadar lemak tinggi. kandungan lemak pada belut hampir sama dengan lemak pada daging babi (28 g/100 g).

menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Singapore General Hospital, belut termasuk makanan berkolesterol tinggi dan wajib untuk diwaspadai.


memang sedap bila makan lauk belut ramai-ramai. isinya yang lembut membuatkan air liur mudah "lecur"... cubalah... takkan nak bagi lintah jer makan...


lain kali lintah kedah akan ceritakan kenapa belut menjadi pilihan kami untuk disajikan kepada lintah... satu pendedahan eksklusif akan menyusul... tunggu yerrr...


.

Sunday, November 9, 2008

operasi lintah kedah LUMPUH !!!...

kerana seorang "perempuan"...
operasi lintah kedah lumpuh seketika. lumpuh selama tiga hari (khamis, jumaat dan sabtu lepas). sejak lintah kedah beroperasi, inilah kali pertama kejadian ini berlaku. lintah kedah terpaksa tinggalkan semua kolam... terpaksa tutup semua lawatan tapak... terpaksa berhentikan semua "servis" dan perkhidmatan.... hanya kerana dia...

jangan panik...
sebenarnya keluarga lintah kedah tinggalkan rumah dan tapak projek untuk jalan-jalan makan angin ke pahang dan selangor. sambil-sambil lalu tu...sempat jugalah hantar bekalan lintah di simpang pulai ipoh.

di pahang, keluarga lintah kedah berkunjung ke rumah anak menantu untuk ziarah dan bermesra dengan cucu-cucu mak joyah. lintah (pengendali blog ini) menetap di pahang. teknologi canggihlah yang menghubungkan kami semua.

berbalik kepada "perempuan" itu.
"perempuan" tu sebenarnya........ "bakal menantu" mak joyah. operasi lintah kedah terpaksa di tutup kerana keluarga lintah kedah pergi merisik "azlin" untuk tokeh lintah (en fikri). mereka adalah rakan sekuliah semasa sama-sama menuntut di kolej dar-hikmah kajang tiga tahun dulu.

hahaha....
justeru itu.... kami sekeluarga di lintah kedah berbesar hati menyambut "public holiday" projek ternakan lintah kedah.

rombongan meminang akan menyusul awal tahun hadapan. semoga hajat besar ini akan tertunai... insyaallah...

.

Saturday, November 8, 2008

siapa pulak ini ?...

lain betul posting lintah kedah kali ni...

pasai apa pulak pi bubuh gambaq dia ni?...
rakan kongsi baru ke?...
penternak lintah jaya wanita kedah ke?...
atau
adakah dia ni "borong" semua hasil projek lintah kedah?...

takkan lah lintah kedah saja-saja nak bubuh dalam blog ni. tentu ada cerita... nantikan cerita menarik dalam posting akan datang.

yang pasti... kerana dia ni operasi lintah kedah "lumpuh" seketika... hahaha..

tentu menarik untuk dibaca... tunggu yer... !

.

Friday, November 7, 2008

siratan makanan : lintah jadi mangsa jugak...

semua orang mengetahui... lintah adalah haiwan pemangsa. walau bagaimanapun, lintah juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa. dalam putaran rantai makanan dan siratan makanan, lintah juga ada tempatnya.

di dalam air....
dalam kehidupan di air, lintah akan menjadi mangsa kepada sang belut. belut akan menyerang dan memakan lintah dalam keadaan alam semula jadi. tapi dalam bidang ternakan lintah... terbalik pulak al kisahnya... lintah pula yang memakan belut.

di daratan...
musuh lintah paling utama ialah ayam. tak sangka kan?... seperti biasa ayam akan memakan apa saja yang dia rasa nak makan. betik, padi, nasi, roti, "tahi manusia"... malah tidak terkecuali juga lintah. di lintah kedah kami mengambil berat hal ini kerana kolam lintah kami terdedah kepada ayam kampung... hissshhh... ayam mak joyah la tuuu...

di awangan...
awas dengan burung-burung yang berkicauan. burung raja udang sentiasa menjadikan lintah dan cacing sebagai menu sehariannya. pantang "lepa".. kata orang kedah. kolam lintah yang tiada penutup akan terdedah kepada "bahaya" ini...

lintah kedah cuma nak berkongsi informasi dengan pengunjung blog. semoga anda mendapat pengetahuan baru... lintah kedah nak pi jalan-jalan... pi mana? tungguuuuuuuuuu...

.

Thursday, November 6, 2008

mak joyah : petua bunuh lintah !!...

bagi pengunjung yang datang ke projek ternakan lintah kedah atau membaca blog lintah kedah, tentu kenal akan mak joyah. macam sajak mak joyah dalam posting terdahulu... mak joyah sangat membenci lintah yang hinggap di kakinya.

secara ringkasnya... mak joyah ialah mak kami semua di lintah kedah. mak joyah membesarkan kami dalam lingkungan bendang yang meluas. jadi adalah menjadi suatu yang biasa untuk kami bermain dengan lumpur, selut, anak padi dan semestinya lintah.

mak joyah ada petua untuk kami... macam mana nak tanggalkan lintah kalau lintah naik ke betis. petua ni mak joyak bagi masa kami kecil-kecil dulu. masa tu lintah menjadi "musuh" kami. kalau terjumpa... lintah mesti mati!!!!...

kata mak joyah...
"hampa guna ja ayaq tembakau...titik kat kepala dia... sat saja dia jatuh!... boleh jugak guna garam, ayag limau..."

semua yang mak joyah cakap memang betul... cuma mak joyah tak dapat nak perincikan secara saintifik yang bahan-bahan tu sebenarnya adalah "asid".

satu lagi... lintah juga takut pada abu yang terbakar... kata mak joyah...

.

Wednesday, November 5, 2008

bekam lintah... macam ner?!...

dulu... lintah kedah ada ceritakan bagaimana kami mencuba sendiri bekam menggunakan lintah ni... alhamdulillah, ada perubahan bila berbekam. walau bagaimanapun, kami belum bersedia menawarkan perkhidmatan ini. sekadar cuba-cuba sendiri jer... kami nak tumpukan kepada projek penternakan lintah dulu...

lepas jer lintah kedah posting kan cerita bekam tu... kami banyak menerima email bertanyakan tentang proses bekam. kali ni lintah kedah nak kongsi macam mana nak bekam lintah.

bagi memastikan lintah menghisap darah dengan baik dan berkesan, lintah tidak diberi makan atau "berpuasa" seminggu hingga ke sebulan.

dalam proses itu hanya lintah bersaiz kecil diambil kerana ketika proses bekam dijalankan saiz lintah akan berubah. selepas digunakan, lintah diasing dan disimpan sehingga mati bagi mengelak darah kotor dijangkiti orang lain. biasanya dalam tempoh dua atau tiga minggu lintah tadi akan mati dengan sendiri. ada juga orang yang sanggup bunuh lintah tu lepas bekam... eemmm... mana lebih elok ekkk?

lintah digunakan sekali saja untuk setiap bekam. jumlah penggunaan lintah bergantung kepada masalah yang dihadapi seseorang. paling sikit digunakan tiga ekor dan paling banyak sehingga 20 ekor untuk satu-satu masa.

jika senggugut, tiga ekor lintah cukup la untuk diletakkan di belakang bahagian pinggang tapi jika penyakit kronik seperti barah payu dara... mungkin sehingga 13 ekor lintah diletakkan di sekitar kawasan barah dan selepas menjalani enam kali rawatan, bengkak itu mengecut.

biasanya dalam tempoh dua jam lintah akan jatuh sendiri.

info ni lintah kedah selongkar dalam internet. biarlah lintah kedah kongsi dengan pengunjung blog ni... eemmm.. tak rugi kan masuk blog ni?... jumpa lagi.

.

Monday, November 3, 2008

harap tak betul laaa...

kringgg... kringgg.... kringgggggggggg....

sapa pulak yang telefon ni... malasnya lintah nak jawab... tengah baring-baring ni..

eeemm... muharam!. kawan sekuliah lintah masa di upm dulu. apa hal pulak yang dia call ni.. jarang sangat dia call lintah.

"wehhh... aku dah tengok hang punya blog !" terpacul keluar dari mulut dia. macam terkejut tak percaya jer yang lintah sekarang ni dah bikin projek.

"hahaha... projek adik beradik..." lintah habaq kat dia. lintah pun cerita la serba sikit apa yang lintah buat la ni.

dalam sembang-sembang santai tu... ada satu perkara yang menarik perhatian lintah. kata muharam.... dia pernah dengar ada orang kena tipu MLM pasal lintah ni.

"cam ner?.. " lintah tanya

"iklan kursus lintah, tapi bila pergi lain pulak yang pihak penganjur terangkan. terang pasal jualan langsung (MLM). duit dah bayar... dengar jer laaa..."

lintah tak pernah dengar pun perkara macam ni terjadi sebelum ni. lintah percaya semua rakan ternak dan pengusaha ternakan lintah tak buat kerja tak senonoh macam tu.

kalau ada benda macam ni terjadi.... lintah syorkan kepada mereka yang teraniaya ni buat laporan polis. biar orang yang mengambil kesempatan diambil tindakan. jangan gunakan perusahaan ini untuk mengambil kesempatan menipu orang !!..

thanks muharam atas maklumat ini.... harap maklumat ni tak betul...

.

Sunday, November 2, 2008

kertas kerja : apa perlu ada ?!!...

semalam lintah kedah janji nak postkan cara-cara nak buat kertas kerja untuk pinjaman di institusi kewangan atau dengan MARA.

ni cumalah ringkasan saja... kalau nak lebih kenalah menuntut dari mereka yang tahu secara langsung....


rangka kertas kerja

1. tajuk
(contoh : projek ternakan lintah kedah)

2. pengenalan ringkasan
jenis perniagaan yang diceburi
nama dan lokasi / alamat perniagaan
tarikh perniagaan dijangka beroperasi
tren dan prospek pasaran semasa

3. tujuan rancangan perniagaan / projek
rancangan projek baru
garis panduan menguruskan projek

4. latar belakang perniagaan
alamat
bentuk perniagaan
tarikh & nombor pendaftaran perniagaan
modal permulaan
maklumat bank

5. latar belakang pengusaha
rakan kongsi / pemegang saham / perusahaan sendiri
nama penuh, no. kad pengenalan, umur, jantina, alamat tetap, no. telefon, taraf perkahwinan, kelulusan akademik , kursus yang pernah dihadiri, kemahiran, pengalaman, pekerjaan sekarang, perniagaan yang pernah diceburi

6. rancangan pemasaran
barangan / perkhidmatan ditawarkan, sasaran pasaran, saiz pasaran, ramalan jualan, strategi pasaran

7. rancangan kewangan
kos perlaksanaan projek (modal) dan sumber pembiayaan
unjuran aliran fizikal ternakan
unjuran aliran tunai
8. prospek keuntungan
unjuran penyata pendapatan
analisis kewangan

9. dokumen sokongan (yang mana perlu sahaja)
surat sebut harga
salinan geran tanah
sokongan pihak tertentu
sijil pendaftaran syarikat
surat dapat tender
salinan permit lesen
surat kepujian
bukti modal sendiri
salinan cagaran
sijil kursus.

perlu diingatkan bahawa apa yang lintah kedah nyatakan di atas adalah asas sahaja supaya bakal peminjam nampak apa yang perlu ada dalam sesebuah kertas kerja.

eloknya... carilah kertas kerja mana-mana dan ikutlah format tersebut dan tukarlah apa yang patut. sorry aaaa... lintah kedah ada cari juga contoh kertas kerja kat internet.... tapi belum jumpa. kalau jumpa nanti lintah kedah masukkan dalam blog ni.

lintah kedah tak ada kertas kerja yang betul-betul sempurna sebab lintah kedah tak pernah buat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan. satu perkara yang lintah kedah nak syorkan... buatlah secara perkongsian modal dengan rakan-rakan atau ahli keluarga. itu lebih elok rasanya... jumpa lagi!

.

Saturday, November 1, 2008

mana nak cari modal ni weeehhh?...

biasanya bakal penternak baru menghadapi masalah modal untuk memulakan penternakan lintah ni... al maklumlah... macam baru-baru kawen jugak la... mana nak sempurna harta benda dalam rumah... tapi bila dah lama sikit... makin-makin sempurnalah...

untuk memulakan projek penternakan lintah bagi skala kecil (modal antara RM2000 hingga RM5000) anda boleh mendapatkan pinjaman peribadi di bank-bank. pinjaman peribadi tidak memerlukan kertas kerja... walau bagaimanapun, pinjaman peribadi memerlukan slip gaji atau akaun bank yang kukuh. kadang kala memerlukan penjamin atau cagaran.

anda juga boleh berkongsi modal dengan keluarga dan rakan-rakan seperti yang lintah kedah lakukan. kebaikannya... untung rugi dikongsi bersama dan semua pemodal dapat memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing... kerja menjadi mudah... berat sama dipikul...ringan sama dijinjing...

dan... satu lagi... anda boleh memohon pinjaman perniagaan dari bank-bank seperti agro bank dan lain-lain. selain itu... MARA juga ada menawarkan pinjaman untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera. MARA hanya menawarkan pinjaman untuk BUKAN kakitangan kerajaan sahaja. sesiapa yang berkerja dengan kerajaan... tidak layak!.

suatu yang penting jika nak buat pinjaman perniagaan atau MARA... anda perlu sediakan kertas kerja. cam na nak buat?... nantikan posting lintah kedah seterusnya... insyaallah...

.

Friday, October 31, 2008

petua dari indon...

hari ni lintah kedah nak kongsikan petua tradisional dari indonesia. lintah kedah pun tak pasti... petua ni betul-betul mujarab ataupun tidak... lintah kedah pun tak pernah cuba lagi...

bagi nak melihat ke"original"annya petua ni... lintah kedah copy bulat-bulat apa yang petua tradisional ni petuakan guna bahasa indonesia...

"ambil 3 atau 5 ekor lintah sawah, lalu masukan jadi satu dalam botol bekas obat yang berisi segenggam kelapa parut, kemudian di jemur hingga lintah & kelapa hancur menjadi minyak.

kemudian minyak dipakai pada saat mau tidur dengan cara diurut dari pangkal penis ke atas [awas muncrat], lakukan selama min 15 menit, paling cepat 1 minggu berhasil apabila elastisitas ototnya bagus."


betul ker ni?... berani ker mencubanya?... lintah kedah hanya nak berkongsi informasi dengan anda...

nanti kalau ada sapa-sapa cuba buat petua ni... kalau menjadi... tolong habaq mai na...

.

Thursday, October 30, 2008

terlepas la pulak...

tengah lintah dok buat kerja... tetiba telefon lintah bunyi, ada orang call la tu... ooooo.... kak tie (sepupu lintah) rupanya. tak pernah-pernah kak tie telefon lintah sebelum ni....

rupa-rupanya dia nak cakap pasal lintah kedah masuk tv. laaaa.... dah masuk dalam berita pukul satu tengahari tadi....

lintah kedah sendiri pun terlepas nak tengok jugak... tak sempat la nak rakam untuk masukkan dalam blog ni... harap-harap petang ni ker...malam ni ker... ada lagi... lintah sendiri pun teruja juga nak masuk tv ni... maklumlah siapalah kami nak masuk tv sebelum-sebelum ni... hahaha...

kata kak tie lagi... petang semalam pukul 7.50 malam pun dah ada tentang lintah kedah ni dalam tv...

harap-harap ada disiarkan lagi...

.

Wednesday, October 29, 2008

kata masuk tv... tak dak pun.?!

lintah kedah memohon maaf kerana berita tentang lintah kedah tidak ke udara di rtm malam ni... pagi tadi lintah kedah dihubungi rtm. katanya rencana tu akan ditayangkan malam ni...

jadi... oleh sebab itu lintah kedah mengwar-warkan perkara ni dalam blog... minta maaf.. nanti lintah kedah call rtm tanyakan balik...

lintah: kami pun tertunggu-tunggu jugak...

.

nak habaq mai... lintah kedah masuk tv malam ni...

seperti yang lintah kedah "publish" kan artikal jumaat lepas... rtm ada mai buat liputan tentang lintah di lintah kedah. di sini lintah kedah nak habaq laa...

malam ni (rabu 29/10/2008) kita pakat-pakat la tengok berita perdana tv1 (jam 8.00 malam) slot pertanian.
insyaallah liputan yang dibuat hari tu ada dalam berita perdana malam ni...


untuk semua peminat, penternak dan pengusaha lintah bolehlah dapatkan maklumat dan gambaran sebenar tentang lintah kedah. lihat dan nilai sendiri tentang potensi penternakan lintah di malaysia.

lintah kedah berharap slot malam ni menarik dan berinformasi untuk ditonton...

lintah: jangan lupa yer... insyaallah malam ni...

.

minggu-minggu bahagia di lintah kedah...

tentunya posting kali ni agak berbeza dengan posting-posting yang lalu. saja je nak kongsi kegembiraan dengan pengunjung blog lintah kedah. bukannya apa sangat... tentang kereta "buruk" jer...

al maklumlah...
tujuh tahun lalu 'lintah' ada beli sebuah kereta baru dan hari ni kereta tu dah agak "kusam" dah... masa beli dulu... itu lah antara "kereta mampu milik" yang best ada kat malaysia ni... bila bawak jer... "ada la sikit rasa......" hahaha..

hari ni... alhamdulillah... kereta tu dah jadi hak milik kekal lintah sekeluarga. dah habis bayar rupanya... dan...yang bestnya lagi kereta kancil abah pun habis bayar jugak... dah dua kereta jadi hak milik "lintah kedah"...

bukannya lintah tak nak tukar kereta baru... masa tahun keempat dan lima dulu... ramai kawan-kawan lintah tukar kereta. masa tu banyak sangat model baru... lintah pun jadi tak tentu arah... nak tukar jugak!.. tapi alhamdulillah bila difikir.. fikir... dihitung...hitung... biarlah lintah selesaikan yang satu ni dulu... sebab lintah ada perancangan tersendiri...

bila dah habis bayar ni... boleh la nak intai-intai kereta baru pulak kot!..... boleh la pakai dua kereta. emmm...kereta ni boleh ker? teringin pulak nak pakai nissan livina... selesa sikit... atau.... mpv proton... bila? tak tahu la...

pagi ni... lintah nak ke jpj untuk nak buat pengesahan pemilikan kereta ni... dan satu lagi berita gembira... adik lintah (si tokeh lintah kedah) pun baru beli kereta pertama dia pulak minggu ni.... bertambah la lagi kereta di lintah kedah... lepas ni berebut garaj la pulak.... hahaha...


lintah: ini semua rezeki dari allah... alhamdulillah... masa kecil dulu tak merasa semua ni....

.

galeri kami... untuk anda...