...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Thursday, July 31, 2008

lintah dah melekat... apa nak buat?...

lintah akan melekat pada mangsa selama 40 – 120 minit dan akan jatuh tergolek apabila sudah kenyang.

kalau terkena gigitan lintah dan susah untuk menanggalkannya sebelum lintah kenyang, kenalah buat macam ni...

i - tekan pada bahagian mulut hadapan lintah.
ii - letakkan satu jari pada bahagian hadapan mulut lintah
dan...
iii- dengan lembut tolak bahagian mulut hadapan lintah sampai jatuh...

tapi lepas tu... yang pastinya darah susah nak berhenti sebab lintah dah cucuk anti beku...

lintah: kak cik! kak ngah!.... boleh buat ker?... hahaha...

Wednesday, July 30, 2008

kisah nabi ayub dan lintah...

asal usul lintah ini ada dalam sirah iaitu kisah nabi ayub yang badannya habis dimakan oleh ulat. baginda berdoa kepada allah supaya hati dan lidahnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada allah s.w.t

“...dan sesungguhnya nabi ayub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada allah ta'ala. kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-nya. lalu allah ta'ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia....”
sumber: http://www.geocities.com/kisahkisahteladan/kisahnabiayuub.html

sebab itulah kedua-dua makhluk ciptaan allah s.w.t ini mempunyai banyak kebaikan kepada umat manusia hari ini.

lintah: subhanallah…. maha suci allah…

Tuesday, July 29, 2008

eh... seekor jer ?.....



seekor jer?...
ini sebenarnya nak cuba rasa macam mana gigitan lintah. bila jer letak lintah atas dada... terus dia cari tapak untuk cucuk. geli pun ada... gerun pun ada... tapi tahan aje lah...

lebih kurang 40 minit lintah jatuh tergolek... lepas tu ambil lagi seekor... nak letak dua sekali, almaklumlah...
tak lah sakit sangat... kata orang tu lah...

ini adalah gambar orang yang berani nak cuba bekam guna lintah. penulis blog sendiri hanya berani pegang jer... rasa geli nak bagi darah free kat lintah nie... biar jer lah orang lain cuba dulu...

Lintah: mana-mana ada orang nak datang lintah kedah nak ’derma darah’... silakan...

Sunday, July 27, 2008

doktor pun guna lintah...

dulu-dulu… ramai yang tak tahu tentang khasiat lintah … geli la… takut la…macam mak joyah dalam catatan kat bawah tu…

sebenarnya, lintah mempunyai kelebihan sebagai antikoagulan iaitu pencair darah (anti beku). lintah digunakan untuk rawatan kesan luka, darah beku dan kini di eropah, lintah digunakan untuk rawatan menyambung tangan, telinga putus dan sambung semula urat-urat.


Haa... tengok gambar ni betul-betul...

lintah: rasa geli la pulak...

Saturday, July 26, 2008

mahasiswa UiTM kedah mai tengok lintah....

setiap hari, ada saja orang datang melawat lintah kedah…

ahad lepas, empat orang mahasiswa dari universiti teknologi mara (UiTM) kedah telah melakukan lawatan ke sini. lawatan ini bertujuan meninjau projek ternakan lintah bagi menyiapkan tugasan kursus mereka.

kami di lintah kedah mengalu-alukan kehadiran 'adik-adik'. mereka disambut dan diberi penerangan tentang projek ternakan ini oleh pengarah projek sambil dibantu oleh tn hj abid.

kami berharap setiap maklumat yang diberikan boleh membantu mereka menyiapkan tugasan mereka.

lintah: mai la sini kalau nak tengok lintah… tapi habaq awai-awai naaa...

Thursday, July 24, 2008

lintah dalam perut...

gambar eksklusif...

inilah gambar yang diambil di lintah kedah. lihatlah... lintah dalam usus belut seperti yang kami dedahkan semalam di blog ini...

lintah : oooopsss.... jangan lupa... tidak mustahil lintah juga boleh masuk dan hidup dalam usus manusia!!...

Wednesday, July 23, 2008

pendedahan eksklusif...

salam...
pelawat blog lintah kedah sekalian...

kami di lintah kedah bukannya menjanjikan kejutan yang terlalu besar !.. .
Cuma informasi bersama…

coretan ini adalah satu pendedahan eksklusif yang tidak pernah didedahkan oleh mana-mana laman blog lintah yang lain.

pendedahan eksklusif berkaitan lintah dan belut...
"lintah di dalam usus belut !..."
ya….kami tidak tipu…malah kami sendiri yang tertipu dengan kelicikan lintah ini.

setiap kali selesai menghidangkan belut kepada lintah-lintah kami, belut akan diangkat dan toskan selama 2 hingga 3 jam. ini bertujuan menanggalkan lintah dari badan belut. kemudian, belut akan dibuang begitu saja…

hinggalah suatu hari...
ternampak lintah tertinggal di dalam mulut belut... dan betullah telahan kami.. setelah dibedah perut belut, terdapat 2 ekor lintah di dalamnya... semua belut yang mati terdapat 1 hingga 3 ekor lintah di dalamnya.

ini bermakna....
setakat ini kami kerugian sekitar 40 ekor lintah induk yang mampu mengeluarkan 40 cocoon yang setiap cocoon mampu menetaskan berpuluh ekor anak lintah. kerugian yang tidak disedari...

mungkin inilah hikmah yang allah hendak tunjukkan kepada kami. lintahfarm kedah menyeru penternak lain supaya memeriksa setiap belut yang disajikan kepada lintah. inilah tanggungjawab sosial lintahfarm kedah mengingatkan semua penternak supaya tidak tertipu dengan kelicikan lintah...

bagi pengunjung blog yang tidak menternak lintah.... jadikan ini sebagai ilmu yang baru....

lintah: gambar lintah dalam perut belut akan menyusul dalam masa terdekat untuk tatapan para pengunjung secara eksklusif... hanya di lintah kedah....

Tuesday, July 22, 2008

oooo.... sang lintah...


oooo....
di kerongkong tempat isapan lintah terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti setengah gergaji. dihiasi sampai 100 gigi kecil (macam lambang Mercedes..).

oooo....
lintah mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menyedut darah sampai kenyang.

oooo....
sebanyak 15 ml darah yang diisapnya tu... cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun.

dan...

dengan selamba jer lintah boleh gigit dan hisap darah di kaki badak air...

Lintah: hehehe... hebatnya lintah...

Monday, July 21, 2008

kasih sayang sang lintah...

masih ingat lagi...
kursus ternakan lintah yang kami sertai dulu, penceramah ada mengatakan bahawa apabila anak lintah keluar dari cocoonnya, lintah induk perlu diasingkan!...

inilah proses yang agak rumit untuk mengasingkan 8000 induk lintah dari berpuluh ribu anak lintah yang baru menetas.

"anak lintah akan menghisap darah ibunya..."

berpegang kenyataan di atas, kami di lintahfarm kedah telah membuat kajian lanjut di internet dan buku-buku ilmiah. tiada satu buku atau maklumat internet yang menyokong kenyataan tersebut. apa yang kami jumpa adalah ....

"lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk... "
sumber: JPH Negeri Perak

ternyata... kenyataan awal adalah meleset...

lintah: kasih sayang tidak hanya milik manusia....

Sunday, July 20, 2008

kenangan mak joyah...


dulu...
mak joyah selalu ke bendang
puyu, keli, haruan
diburu hingga ke petang...

dulu...
mak joyah selalunya meradang
lintah kerbau naik ke pinggang
ada yang lain..
sampai belakang

bila mak joyah dah naik berang...
lintah disentap dilenyek dicincang
langsung tidak diberi ruang
sambil menjuih.....
"paaadan muka hang!"

sekarang ni...
mak joyah tidak ke bendang
beralih pula dia ke ladang
lintah pula tidak lagi diradang
yang peliknya kini...
lintah disayang...

lintah: jangan marah ekk mak... lintah sekarang boleh dibikin "uang"...

Saturday, July 19, 2008

cara orang lama...

Lintah digunakan sejak sekian lama....
Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis (lintah) untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman hippokrat.

Menurut penulisan Sanskrit, Dhavantari bapa perubatan India, mengatakan “pegang madu di sebelah tangan dan lintah di sebelah tangan lagi”. Ini menunjukkan, lintah diperlukan untuk proses perubatan ketika itu.

Selain itu, terapi lintah juga digunakan dalam perubatan kuno Cina. Lukisan lintah perubatan telah dijumpai dalam makam dukun-dukun cina.

Dalam perubatan Greek, catatan berkenaan terapi lintah boleh dijumpai dalam puisi Alexipharmacia karya Nicandros. Pakar perubatan Roman, Galen mengelaskan terapi lintah sebagai kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan.

Sebelum industri menternak lintah ini diwujudkan, para pengumpul akan berdiri di kolam atau tasik. Mereka mencabut lintah yang melekat di kaki dan disimpan di dalam bekas untuk dijual. Aktiviti ini pernah berlaku di Wales yang merupakan kawasan pengumpulan lintah utama di Eropah.

lintah: "mat-mat saleh" kat eropah tu 'huloq' kaki ja buat umpan kail lintah.... kita cam ner? sanggup ker buat 'lagu' depa tu...

Thursday, July 17, 2008

lintah... si buruk lantak...

buruknya perangai lintah...
kalau bab melantak(makan)... punyalah banyak.

lintah boleh makan darah sebanyak 5 kali ganda berat badannya. lepas tu lintah tak dapat darah lebih 10 hari pun tak pe...

bab inilah yang manusia kalah....
walau macammanapun buruk lantak manusia.... setakat 5 pinggan pun dah se'eh... tak sampai 10 jam nak makan lagi....

sebab tu ramai manusia yang kantoi puasa. betul tak...?

.

Monday, July 14, 2008

lintah ada telinga ke...?

Seorang guru Bahasa Melayu sedang mengajar simpulan bahasa.

Cikgu Jenap : Baikkkkk......simpulan bahasa seterusnya ialah telinga lintah. Pernah tak kamu semua dengar telinga lintah?

Kasim : Telinga lintah....?

Cikgu Jenap : Yaaa Kasimmm... TELINGA LINTAH !!... (sambil pegang telinga Kasim)

Kasim : Cikgu, inilah kali pertama saya dengar telinga lintah. Bapak saya dah 2 tahun bela lintah, semua lintah bapak saya tak de telinga. Pandai-pandai cikgu kata lintah ada telinga. Cikgu pernah tengok ke telinga lintah...?

Cikgu Jenap : Isshhhhh... aku lempang kang budak ni.

Budak-budak kelas Cikgu Jenap gelak berdekah-dekah...

p/s: lintah mana ada telinga.... tapi orang melayu pandai sangat kaitkan simpulan bahasa dengan lintah... kalau lintah belajar, dia pun pening... hahaha...

Saturday, July 12, 2008

lintah dah bertelur... lega....

berpegang kepada pesanan penternak lain....
"lagi banyak hang bagi dia makan darah belut...lagi cepat dia berteloq"...

kini sudah menjadi kenyataan...
nampaknya selepas genap sebulan lintahfarm memasukkan induk lintah dalam kolam, sudah mula nampak telur-telur lintah.
... macam hingus, warna putih dan akan kemerahan sebelum menetas.

kerisauan selama ini sangat melegakan.
masih ada masa 5 bulan lagi untuk dituai. sempatlah telur menetas dan anak-anak membesar...

fuhhh... lega.... alhamdulillah...

Wednesday, July 9, 2008

lintah nak saman manusia....

Aktiviti mengumpat lintah boleh ditemui dalam pelbagai persembahan genre sastera. Peribahasa dan perumpamaan Melayu juga telah memomokkan lintah (leech) sebagai makhluk yang berkelakuan jahat.

Jika lintah adalah hidupan berakal dan mata duitan, sudah tentu lintah akan menghantar petisyen saman malu terhadap manusia kerana kononnya telah mencerca keturunan bangsanya.

Maka ‘blog’ ini juga tidak akan terlepas daripada tindakan saman kerana kononnya turut terlibat sama menyebarkan fitnah terhadap lintah dan mengumpat tentang hal-ehwalnya.

Antara cercaan terhadap lintah yang boleh dibuat petisyen...
Lintah darat (memeras ugut orang demi kepentingan diri sendiri)
Seperti lintah menghisap darah (mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap duit yang dipinjamkan)
Lintah tergalang (tidak dapat berkata lagi, hanya menurut perintah).

ha ha ha ha.... lu pikir lah sendiri....

Tuesday, July 8, 2008

lintah.... khunsa yang hebat...!

Kedua-dua jantina iaitu jantan dan betina berada dalam satu badan (hermapordit), tetapi lintah perlu juga mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan masing-masing. Kedua-dua lintah akan bunting. Inilah kehebatan lintah untuk mengekalkan generasinya.

Kan pelik tuu... subhanallah...

Monday, July 7, 2008

oooo... ni ke telur lintah....?


Lintah bertelur dalam air dan lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung (cocoon) yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk. Setiap cocoon mempunyai sekitar 30 ekor anak.
oooooo..... gini rupanya....


Sunday, July 6, 2008

gigitan lintah...

tahukah anda?
kesan gigitan lintah macam lambang kereta mercedes.

tahukah anda?
lintah boleh menghisap darah di kedua-dua bahagian hujung.

dan...

tahukah anda?
lintah boleh membunuh secara senyap... huuuuu.... takutttt....


penghasilan hirudin dari lintah tempatan (hirudo medicinalis)

hirudin adalah sejenis protein yang diperolehi dari lintah tempatan (hirudo medicinalis), berfungsi sebagai agen anti-pembekuan semulajadi. dari beberapa penyelidikan, telah dibuktikan bahawa hirudin boleh berfungsi secara berkesan menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.

perkembangan pesat dalam bidang bioteknologi dan biologi molekul, yang melibatkan teknik-teknik DNA rekombinan dan proses penulinan protein, membolehkan hirudin diperolehi, ditulin dan dihasilkan secara skala besar. kebolehdapatan hirudin secara skala besar dalam pasaran membolehkan bahan ini digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan untuk merawat beberapa jenis penyakit thrombotik dan boleh digunakan semasa pembedahan dijalankan.

sumber:
abd. latif, fazilah (1992)
seminar penyelidikan fakulti kej. kimia & kej. sumber asli . I-7.
universiti teknologi malaysia

Saturday, July 5, 2008

beli kolam.....lintah induk...

lintah kedah mengorak langkah baru dengan rundingan membeli kolam lintah. kolam yang diusahakan 10 bulan lalu diangarkan mempunyai lebih 10000 induk dan anak.

lintah kedah membuka penawaran kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan induk lintah dengan menghubungi en fikri di 0133507765

harga induk boleh dirunding dibawah harga pasaran semasa dan kami akan memberikan khidmat nasihat secara percuma.

berita terkini... (14 Jun 2008)
penawaran induk lintah sudah tamat. jika ada induk lagi, kami akan tawarkan semula...
harap maklum.

pengalaman baru...

kami memasukkan induk pada pertengahan Jun 2008 yang lalu.
yang peliknya, bila masuk jer lintah dalam kolam... lintah terus 'cempera' nak panjat untuk keluar. puas difikirkan apa yang tak kena... rasa-rasanya... air ada klorin kott..
biarlah pengalaman ini menjadi guru kepada orang yang tidak berpengalaman ini supaya terus mencari ilmu...

kini, lintah aman dalam kolam dan terus membiak.
dijangka akan dituai hujung disember 2008.
insyaallah ...berjaya hendaknya...

lintah kedah kini berkira-kira untuk membuka pasaran "open market".
jika berminat, hubungi en fikri untuk penawaran.

gambar belut kena makan dek lintah....













En Shakir bersama belut yang "terpaksa dikorbankan".
Perlukah dicari alternatif lain..?
Baru-baru ini kami mendapat berita baik dari blog penternak-penternak lain...
Jelly Darah Lembu ....

Friday, July 4, 2008

sang belut

Belut merupakan "makanan" lintah. Tetapi, lintah bukannya memerlukan darah untuk terus hidup. Lintah memerlukan darah untuk merangsang diri untuk mengawan. Dalam keadaan biasa, lintah akan memakan rumpai air, lumut dan sebagainya untuk hidup.
Ye ke macam tu?
Yeeee......!

rakan kongsi.

En Shakir dan Pn Maimun adalah salah seorang rakan kongsi. Mereka merupakan abang sulung dan kakak ipar En Fikri. Buat masa ini, mereka tidak dapat memberikan komitmen 100% memandangkan mereka mempunyai kerjaya sendiri di Karak, Pahang. Namun, segala sumbangan idea, pandangan dan penambahbaikan projek akan dikongsi bersama rakan kongsi yang lain.


En Kasyfi menaruh harapan yang tinggi dalam projek ternakan lintahfarm ini memandangkan ini kali pertama beliau menceburi bidang ternakan lintah. Beliau merupakan rakan usrah En Fikri dan sama-sama membesar sebagai budak kampung. Beliau turut sama mengikuti kursus ternakan lintah. Kini, beliau berkhidmat di USM Pulau Pinang.


Cik Nadirah adalah rakan kongsi wanita yang percaya akan potensi ternakan ini. Beliau yang berkelulusan bac perniagaan turut memberikan kepercayaan penuh dalam usaha membina projek ini. Beliau kini menetap di Beranang Selangor.

projek rintis lintah kedah


bermulanya projek...

salam perkenalan untuk semua pengunjung blog.

setelah sekian lama mencari alternatif dalam bidang ternakan, kami memilih untuk mencuba ternakan lintah secara kormesil. ternakan ini diusahakan secara usahasama keluarga dan rakan kongsi. buat permulaan kami mempunyai 4 kolam kanves dengan setiap satunya mempunyai 2000 induk lintah.

secara sepakat, kami melantik en fikri sebagai pengusaha dan tn.hj 'abid sebagai pengurus tapak projek. en fikri telah mendapat latihan khusus tentang penternakan lintah dari sebuah syarikat bumiputera di meru, klang.

semoga usaha ini akan membuahkan hasil yang optimum dan diberkati allah.
insyaallah...

projek ternakan lintah (lintah kedah)

...projek rintis ternakan lintah usahasama keluarga dan rakan-rakan...

tagged: ternakan lintah, lintah kedah, harga lintah, telur lintah, anak lintah, benih lintah, induk lintah, kolam lintah, pelintah, gambar kolam lintah, contoh kolam lintah, kolam kanvas, gambar induk lintah, hirudin, pasaran lintah, belut

galeri kami... untuk anda...