...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Thursday, July 30, 2009

resepi siput gondang...

dulu-dulu mak joyah selalu jugak buat masak lemak siput sedut. huiiissshhh... sedaappp...
untuk siput gondang tak pernah la pulak mak joyah buat masak untuk kami semua. manalah tahu kot kot sapa nak cuba buat. tapi kalau hampa makan... jadi tak tahawan... jangan salahkan kami.

kami di lintah kedah tetap makan siput sedut. tapi... kami tak makan siput gondang.

ada orang komen balas dalam tulisan lintah yang lalu. kata dia, siput gondang yang menyerang lintah kedah tu ada manfaatnya. masa kecik-kecik dulu dia buat umpan untuk memancing keli.

baguih juga cadangan dan pengalaman dia tu.. la ni macam ni lah. lintah kedah nak bagi free jer siput-siput ni kat sapa-sapa yang nak mancing keli. mai ambil sendiri kalau berkenan. sorry! siput jer free... lintah tetap kena bayaqqqq !!!

resepi siput gondang? hampa nak jugak ker? tak payah lahhhh..

.

Saturday, July 25, 2009

bahayakah siput gondang ?!!

dalam posting lalu, lintah kedah menceritakan tentang siput gondang merah yang menyerang kolam-kolam lintah kedah. puas lintah kedah memikirkan cara terbaik untuk menghapuskan siput yang dikatakan mengancam lintah ini.

setelah dikaji dan diselidik, lintah kedah mendapati siput gondang merah tidak mengancam lintah di dalam kolam. usahlah risau kalau kolam anda juga diserang siput gondang ini.
perlu diketahui bahawa siput gondang merah adalah haiwan herbivor. haiwan herbivor bermaksud haiwan yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. haiwan ini tidak mengancam haiwan lain secara langsung.
walau bagaimanapun, dalam kitaran hidupnya... siput gondang merah boleh mengancam habitat lintah secara tidak langsung. siput gondang ini akan memakan daun-daun di dalam kolam. keadaan ini akan menyebabkan tumbuhan-tumbuhan ini akan mati. inilah yang ditakuti oleh para penternak.

secara keseluruhannya, lintah kedah merasakan "serangan" ini tidaklah bahaya... ia boleh diatasi dan dikawal.

emmmm.... siput ni boleh dimasak lemak cili padi ker ?!! nantikan resepinya...

.

Monday, July 13, 2009

siput gondang menyerang...

tidak diketahui pula apa nama siput ni. tapi kalau di kedah ni kami panggil siput gondang. siput gondang sangat ditakuti oleh para pesawah. dikatakan, siput gondang boleh memakan pucuk pokok padi dalam masa sekejap sahaja. kalau siput gondang ini menyerang bendang, habislah pokok padi.

kali ni bukan setakat sawah padi. di kolam lintah kedah juga siput gondang menyerang. dari mana siput ni datang? kolam lintah kedah adalah kolam kanvas yang berjauhan dari bendang. ini yang pelik ni !

di kolam lintah kedah, gondang bertelur di tepi kanvas dan celah-celah pokok. telur gondang berwarna pink dan agak keras. seekor siput gondang akan bertelur "seketul" telur. dan... seketul telur mempunyai sekitar 100 hingga 200 biji telur yang akan menetas menjadi anak gondang. wah teruk niiii...

ooooo... setelah diteliti, barulah kami tuhu. anak siput gondang akan melekat di celah-celah akar pokok semasa penetasannya. jadi, siput ni tersesat ke kolam kami semasa kami ambil pokok keladi bunting dan pokok-pokok air dari bendang. maknanya... bendang di kawasan merbok tidak selamat !

awas para petani ! jaga sawah padi anda dari gondang ni. sediakan racun gondang !

sekarang ni kami sedang memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. nak digunakan racun... itu berbahaya kepada lintah. lintah akan turut mati. jadi buat masa sekarang kami cuma memungut telur-telur siput gondang.

info akan datang... kami akan ceritakan tentang adakah siput ini berkemungkinan mengancam lintah !

nantikan...

.

galeri kami... untuk anda...