...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Tuesday, September 9, 2008

permainya kampung tempoyak....

inilah kampung kami. namanya tak lah sesedap kampung-kampung lain. tempoyak!... nama yang sering ditertawakan apabila diberitahu kepada orang lain. lebih memburukkan lagi... bila tercatat dalam kad pengenalan kami...

tempoyak tetap kampung kami... kami bangga bila orang mudah ingat kampung kami... di sinilah kami dibesarkan sebagai budak kampung yang lasak... di sinilah kami belajar kejar ikan haruan. di sinilah kami belajar tentang bendang... dan di sinilah juga kami belajar tentang "tidak gelinya" terhadap lintah...

tempoyak sebenarnya terletak dalam kawasan lembah bujang yang menjadi tapak pemerintahan kedah tua... dari tempoyak jelas kelihatan puncak gunung jerai yang gah di kedah... lihatlah sendiri gambar yang di ambil dari tempoyak.

kini tempoyak telah dikenali ramai... projek ternakan lintah kedah telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar dan luar untuk terus berkunjung ke tempoyak...
kami bangga dengan tempoyak!... biar busuk... rasanya hebat!!..

lintah: lintah di bendang tempoyak sudah pupus kerana teknologi moden....

2 comments:

Anonymous said...

Salam ket..

Dah nama tempoyak tu..hebat la tu. Ramai orang la ni suka makan gulai tempoyak. Buah durian ada dak kat situ nak buat tempoyak...?
bri...

Shahrulrock said...

Apa nak di malukan.Apa2 pun, itu le identiti kita, jatidiri perlu kuat.Nama kampung saya, Kg.Kota Kubang Tedoh.Ahhh....pedulikan.

galeri kami... untuk anda...