
rakan kongsi lintah kedah terdiri daripada para graduan universiti dan kolej tempatan dan luar negara. kami bermula dengan modal sendiri tanpa memohon bantuan daripada mana-mana pihak. hasil perkongsian "wang" dan "usaha" bersama, maka hari ini lintah kedah terus menapak.
apa yang lebih "mengujakan"... kami menjadikan perusahaan lintah ini sebagai sumber "pendapatan sampingan" kerana kami mempunyai kerjaya masing-masing. ini menunjukkan bahawa projek ternakan lintah ini tidaklah susah sangat untuk dikendalikan...
liputan RTM hari ini lebih menumpukan kepada latar belakang en fikri (pengurus projek lintah kedah). dalam usia yang baru mencecah 24 tahun disember ini, beliau berani menghadapi pelbagai risiko "perniagaan". dalam masa yang sama... beliau turut mengusahakan perusahaan kerepek warisan bonda disamping mempunyai kerjaya tetap. dalam masa terdekat ini, beliau akan mengusahakan ternakan ikan puyu... kami sekeluarga dan rakan-rakan bangga dengan usaha beliau dan mendoakan kejayaan ini.
liputan RTM hari ini adalah untuk slot di radio kedah dan slot berita RTM 1. masa dan tarikh siaran akan dinyatakan kelak...
lintah: gambar eksklusif rakaman RTM di lintah kedah akan disiarkan nanti di blog ini. lintah kedah sedang menawarkan pakej lintah yang menarik. sila hubungi en fikri untuk tawaran pakej ini.
.
1 comment:
tahniah bro...
kawan-kawan setempoyak turut bangga dengan usaha bro..
Post a Comment