dalam kita mengejar cara pembiakan lintah yang terbaik... pelbagai teknik dan produk 'perangsang' pembiakan diwujudkan dalam pasaran. ada yang menggunakan cecair dan ada yang menggunakan baja-baja dari 'tinja' haiwan seperti cacing dan kambing.
kami di lintah kedah ingin menegaskan bahawa hampir semua produk berkaitan penternakan di pasaran tidak dilakukan kajian secara saintifik. produk-produk ini dihasilkan hanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka sebagai penternak lintah. walau bagaimanapun, kami tidak menafikan sepenuhnya kebaikan produk-produk yang dihasilkan. maksud kami, produk yang dihasilkan bukan untuk lintah tetapi hanya untuk persekitaran hidup lintah.
sehingga kini, di malaysia... tiada kajian saintifik berhubung cara terbaik menternak lintah. jika seseorang menghadiri 5 kursus penternakan lintah... kami percaya... kelima-lima tempat kursus akan menerangkan kaedah yang berlainan. ini adalah kerana penerangan yang disampaikan berdasarkan pengalaman masing-masing.
kami di lintah kedah masih berpandangan "ortodoks" dan masih mengamalkan cara "kembali ke alam asal" lintah. dengan itu, kami berusaha mengembalikan suasana habitat asal lintah di dalam kolam kanvas. cara ini telah membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.
alhamdulillah...
.
...selamat datang...
informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.
bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.
anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..
bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.
anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment