
lepas jer lintah kedah posting kan cerita bekam tu... kami banyak menerima email bertanyakan tentang proses bekam. kali ni lintah kedah nak kongsi macam mana nak bekam lintah.
bagi memastikan lintah menghisap darah dengan baik dan berkesan, lintah tidak diberi makan atau "berpuasa" seminggu hingga ke sebulan.
dalam proses itu hanya lintah bersaiz kecil diambil kerana ketika proses bekam dijalankan saiz lintah akan berubah. selepas digunakan, lintah diasing dan disimpan sehingga mati bagi mengelak darah kotor dijangkiti orang lain. biasanya dalam tempoh dua atau tiga minggu lintah tadi akan mati dengan sendiri. ada juga orang yang sanggup bunuh lintah tu lepas bekam... eemmm... mana lebih elok ekkk?

lintah digunakan sekali saja untuk setiap bekam. jumlah penggunaan lintah bergantung kepada masalah yang dihadapi seseorang. paling sikit digunakan tiga ekor dan paling banyak sehingga 20 ekor untuk satu-satu masa.
jika senggugut, tiga ekor lintah cukup la untuk diletakkan di belakang bahagian pinggang tapi jika penyakit kronik seperti barah payu dara... mungkin sehingga 13 ekor lintah diletakkan di sekitar kawasan barah dan selepas menjalani enam kali rawatan, bengkak itu mengecut.
biasanya dalam tempoh dua jam lintah akan jatuh sendiri.
info ni lintah kedah selongkar dalam internet. biarlah lintah kedah kongsi dengan pengunjung blog ni... eemmm.. tak rugi kan masuk blog ni?... jumpa lagi.
.
No comments:
Post a Comment