di dalam air....
dalam kehidupan di air, lintah akan menjadi mangsa kepada sang belut. belut akan menyerang dan memakan lintah dalam keadaan alam semula jadi. tapi dalam bidang ternakan lintah... terbalik pulak al kisahnya... lintah pula yang memakan belut.

di daratan...
musuh lintah paling utama ialah ayam. tak sangka kan?... seperti biasa ayam akan memakan apa saja yang dia rasa nak makan. betik, padi, nasi, roti, "tahi manusia"... malah tidak terkecuali juga lintah. di lintah kedah kami mengambil berat hal ini kerana kolam lintah kami terdedah kepada ayam kampung... hissshhh... ayam mak joyah la tuuu...
di awangan...

awas dengan burung-burung yang berkicauan. burung raja udang sentiasa menjadikan lintah dan cacing sebagai menu sehariannya. pantang "lepa".. kata orang kedah. kolam lintah yang tiada penutup akan terdedah kepada "bahaya" ini...
lintah kedah cuma nak berkongsi informasi dengan pengunjung blog. semoga anda mendapat pengetahuan baru... lintah kedah nak pi jalan-jalan... pi mana? tungguuuuuuuuuu...
.
No comments:
Post a Comment