...selamat datang...

informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.

bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.

anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..

Sunday, November 2, 2008

kertas kerja : apa perlu ada ?!!...

semalam lintah kedah janji nak postkan cara-cara nak buat kertas kerja untuk pinjaman di institusi kewangan atau dengan MARA.

ni cumalah ringkasan saja... kalau nak lebih kenalah menuntut dari mereka yang tahu secara langsung....


rangka kertas kerja

1. tajuk
(contoh : projek ternakan lintah kedah)

2. pengenalan ringkasan
jenis perniagaan yang diceburi
nama dan lokasi / alamat perniagaan
tarikh perniagaan dijangka beroperasi
tren dan prospek pasaran semasa

3. tujuan rancangan perniagaan / projek
rancangan projek baru
garis panduan menguruskan projek

4. latar belakang perniagaan
alamat
bentuk perniagaan
tarikh & nombor pendaftaran perniagaan
modal permulaan
maklumat bank

5. latar belakang pengusaha
rakan kongsi / pemegang saham / perusahaan sendiri
nama penuh, no. kad pengenalan, umur, jantina, alamat tetap, no. telefon, taraf perkahwinan, kelulusan akademik , kursus yang pernah dihadiri, kemahiran, pengalaman, pekerjaan sekarang, perniagaan yang pernah diceburi

6. rancangan pemasaran
barangan / perkhidmatan ditawarkan, sasaran pasaran, saiz pasaran, ramalan jualan, strategi pasaran

7. rancangan kewangan
kos perlaksanaan projek (modal) dan sumber pembiayaan
unjuran aliran fizikal ternakan
unjuran aliran tunai
8. prospek keuntungan
unjuran penyata pendapatan
analisis kewangan

9. dokumen sokongan (yang mana perlu sahaja)
surat sebut harga
salinan geran tanah
sokongan pihak tertentu
sijil pendaftaran syarikat
surat dapat tender
salinan permit lesen
surat kepujian
bukti modal sendiri
salinan cagaran
sijil kursus.

perlu diingatkan bahawa apa yang lintah kedah nyatakan di atas adalah asas sahaja supaya bakal peminjam nampak apa yang perlu ada dalam sesebuah kertas kerja.

eloknya... carilah kertas kerja mana-mana dan ikutlah format tersebut dan tukarlah apa yang patut. sorry aaaa... lintah kedah ada cari juga contoh kertas kerja kat internet.... tapi belum jumpa. kalau jumpa nanti lintah kedah masukkan dalam blog ni.

lintah kedah tak ada kertas kerja yang betul-betul sempurna sebab lintah kedah tak pernah buat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan. satu perkara yang lintah kedah nak syorkan... buatlah secara perkongsian modal dengan rakan-rakan atau ahli keluarga. itu lebih elok rasanya... jumpa lagi!

.

No comments:

galeri kami... untuk anda...