operasi lintah kedah lumpuh seketika. lumpuh selama tiga hari (khamis, jumaat dan sabtu lepas). sejak lintah kedah beroperasi, inilah kali pertama kejadian ini berlaku. lintah kedah terpaksa tinggalkan semua kolam... terpaksa tutup semua lawatan tapak... terpaksa berhentikan semua "servis" dan perkhidmatan.... hanya kerana dia...
jangan panik...
sebenarnya keluarga lintah kedah tinggalkan rumah dan tapak projek untuk jalan-jalan makan angin ke pahang dan selangor. sambil-sambil lalu tu...sempat jugalah hantar bekalan lintah di simpang pulai ipoh.
di pahang, keluarga lintah kedah berkunjung ke rumah anak menantu untuk ziarah dan bermesra dengan cucu-cucu mak joyah. lintah (pengendali blog ini) menetap di pahang. teknologi canggihlah yang menghubungkan kami semua.
berbalik kepada "perempuan" itu.
"perempuan" tu sebenarnya........ "bakal menantu" mak joyah. operasi lintah kedah terpaksa di tutup kerana keluarga lintah kedah pergi merisik "azlin" untuk tokeh lintah (en fikri). mereka adalah rakan sekuliah semasa sama-sama menuntut di kolej dar-hikmah kajang tiga tahun dulu.
hahaha....
justeru itu.... kami sekeluarga di lintah kedah berbesar hati menyambut "public holiday" projek ternakan lintah kedah.
rombongan meminang akan menyusul awal tahun hadapan. semoga hajat besar ini akan tertunai... insyaallah...
.
No comments:
Post a Comment