selalunya lintah kedah banyak menerangkan tentang lintah dan penggunaan hasil lintah. kali ini lintah kedah nak berkongsi informasi tentang "makanan" kegemaran lintah. sang belut !!...
selain disajikan kepada lintah. lintah kedah juga ambil kesempatan untuk memakan belut sebagai juadah ketika keluarga lintah kedah berkumpul ramai-ramai.... sedaaappp....
disenaraikan di bawah.... khasiat sang belut !!..
sebagai sumber tenaga...
belut boleh dijadikan sumber tenaga dan protein. dilihat pada komposisi gizinya, belut mempunyai nilai tenaga yang cukup tinggi, iaitu 303 kkal per 100 gram dagingnya. nilai tenaga belut jauh lebih tinggi dibandingkan telur (162 kkal/ 100 g tanpa kulit) dan daging lembu (207 kkal per 100 g).
sumber protein...
protein belut pula kaya dengan asid amino yang lengkap iaitu leusin, lisin, asid aspartat, dan asid glutamat. leusin dan isoleusin merupakan asid amino esensial yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak dan menjaga keseimbangan nitrogen pada orang dewasa.
sedap...
tingginya kadar asid glutamat pada belut menjadikan belut sangat sedap dimakan. dalam proses pemasakannya tidak perlu lagi ditambah monosodium glutamat (MSG).
pencegah kanser...
kandungan arginin (asid amino nonesensial) pada belut dapat mempengaruhi produksi hormon pertumbuhan manusia yang dikenali sebagai "human growth hormone" (HGH). HGH ini akan membantu meningkatkan kesihatan otot dan mengurangkan pertambahan lemak dalam badan. hasil uji kaji makmal menunjukkan bahawa arginin berfungsi mencegah pertumbuhan sel-sel kanser payudara.
kaya mineral dan vitamin...
belut kaya dengan zat besi (20 mg/100 g), jauh lebih tinggi dibandingkan zat besi pada telur dan daging (2,8 mg/ 100g). zat besi sangat diperlukan tubuh kita untuk mencegah anemia gizi. zat besi berguna untuk membentuk hemoglobin darah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh badan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sehingga tidak mudah terserang pelbagai penyakit berjangkit. belut juga kaya akan vitamin B yang penting untuk otak berfungsi normal, membantu membentuk protein, hormon dan sel darah merah.
tetapi awassss...
lemaknya cukup tinggi ... meskipun mempunyai nilai gizi yang tinggi, kandungan lemak pada belut cukup tinggi, iaitu mencapai 27 g per 100 g. lebih tinggi dibandingkan lemak pada telur (11,5 g/100 g) dan daging lembu (14,0 g/100 g). di antara kelompok ikan, belut digolongkan sebagai ikan berkadar lemak tinggi. kandungan lemak pada belut hampir sama dengan lemak pada daging babi (28 g/100 g).
menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Singapore General Hospital, belut termasuk makanan berkolesterol tinggi dan wajib untuk diwaspadai.
memang sedap bila makan lauk belut ramai-ramai. isinya yang lembut membuatkan air liur mudah "lecur"... cubalah... takkan nak bagi lintah jer makan...
lain kali lintah kedah akan ceritakan kenapa belut menjadi pilihan kami untuk disajikan kepada lintah... satu pendedahan eksklusif akan menyusul... tunggu yerrr...
.
...selamat datang...
informasi terbaru di blog lintah kedah disenaraikan di bahagian atas bagi memudahkan pengunjung.
bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.
anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..
bagi pengunjung baru, kami mengsyorkan supaya anda membaca informasi bermula dari bahagian bawah "posting" ke atas untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian lintah kedah.
anda juga dijemput bersembang-sembang dengan kami di lintah online chat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment