sapa pulak yang telefon ni... malasnya lintah nak jawab... tengah baring-baring ni..
"wehhh... aku dah tengok hang punya blog !" terpacul keluar dari mulut dia. macam terkejut tak percaya jer yang lintah sekarang ni dah bikin projek.
"hahaha... projek adik beradik..." lintah habaq kat dia. lintah pun cerita la serba sikit apa yang lintah buat la ni.
dalam sembang-sembang santai tu... ada satu perkara yang menarik perhatian lintah. kata muharam.... dia pernah dengar ada orang kena tipu MLM pasal lintah ni.
"cam ner?.. " lintah tanya
"iklan kursus lintah, tapi bila pergi lain pulak yang pihak penganjur terangkan. terang pasal jualan langsung (MLM). duit dah bayar... dengar jer laaa..."
lintah tak pernah dengar pun perkara macam ni terjadi sebelum ni. lintah percaya semua rakan ternak dan pengusaha ternakan lintah tak buat kerja tak senonoh macam tu.
kalau ada benda macam ni terjadi.... lintah syorkan kepada mereka yang teraniaya ni buat laporan polis. biar orang yang mengambil kesempatan diambil tindakan. jangan gunakan perusahaan ini untuk mengambil kesempatan menipu orang !!..
thanks muharam atas maklumat ini.... harap maklumat ni tak betul...
.
No comments:
Post a Comment